Selamat Hari Lahir sayangku Naura

Lahirnya seorang insan seberat 2.95 kg di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada pukul 9.49 pagi bertarikh 26 September 2010 (Ahad). Pertama kali mendengar tangisanmu di dalam bilik bersalin merupakan satu perkara yang sangat indah buat ibu dan abah. Saat itu jugalah, kami namakan kamu, NAURA AUNI BINTI NORAZIZI.

Kamu diiqamatkan oleh abahmu sendiri. Moga di hari akad nikahmu nanti, abah tidak berwakil wali kepada orang lain. Hihi… Jauh betul kami mengelamun, kan? Bukan apa, sungguh tidak disangka-sangka bahawa kamu akan membesar secepat ini. Sayu hati ibu dan abah. Kalau ikutkan, ibu dan abah inginkan kamu sentiasa menjadi kanak-kanak. Gelak tawa, tangisan, rengekan yang selama ini hanya akan menjadi kenangan sahaja.

Membesarlah nak. Membesar menjadi anak yang solehah. Menjadi seorang anak yang baik budi pekerti. Mampu hidup berdikari. Sentiasa meletakkan agama di hati. Waras dalam membuat pertimbangan. Dan yang paling penting, sentiasa ingat ibu dan abahlah yang membesarkan kamu.

Congratulations and best wishes to my beautiful daughter whose birthday is today. May you always be as happy as you are right now! 

Sebenarnya, tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa gembiranya kami hari ini. Naura Auni telah pun menjangkau ke usia 7 tahun. Kami cuba memikirkan ayat yang indah untuknya, tapi tak dapat! Apa yang pasti, Naura, kamu sebenarnya telah melengkapkan hidup kami sekeluarga. Kami 💗 Naura.

Psst, Nufail pun sayang Naura. Dia suka menyakat dan mengusik Naura kerana Nauralah satu-satu adiknya. Itu namanya gurau-gurau sayang. Bunyi rengekan Naura membuatkan Nufail makin suka membina akal untuk kenakan lagi adiknya seroang ni. Jangan marah. Redha sahaja dilahirkan sebagai seorang adik perempuan kepada Ahmad Nufail 😀

~ ~ SELAMAT HARI LAHIR NAURA AUNI ~ ~

0 thoughts on “Selamat Hari Lahir sayangku Naura

Leave a Reply to Shafyqah Azry Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *