
Panduan travel bersama bayi – Khas buat kali pertama terbang jauh
Dilema bagi individu yang telah bergelar ibu bapa apabila minat terhadap mengembara masih tinggi tetapi mempunyai anak kecil. Lebih-lebih lagi yang berusia 2 tahun ke bawah. Takkan nak break kejap minat tu semata-mata nak tunggu besar kan. Rugi la sebab waktu tu kita dah pun bertambah umur. Masa depan bukan boleh dijangka. Kot sakit terbaring seksok kang menyesal pulak.
Tak kurang ada yang mengejek, “Buat rugi duit je bawak anak besar tu jalan jauh-jauh. Bukan dia ingat pun. Menyusahkan lagi ada la.”
Derr… Dah nama pun anak kan. Takkan nak tinggal. Amanah besar Allah bagi. Nak tak nak, kena bawak. Memang la bayi takkan ingat semua perjalanan tu. Pengalaman tu sebenarnya bukan untuk bayi, tetapi kepada ibu bapa. Buat la photobook ke, video ke atau blog macam ni. Boleh la ceritakan balik kepada mereka bila dah besar nanti. Confirm mereka akan menghargai susah payah kita as parents tidak meninggalkan mereka sewaktu kecil. Perenggan ni kami tujukan kepada orang yang mengejek kami sebenarnya. Sorry!
Guna peluang ini sebanyak mungkin untuk menikmati waktu kecil mereka bersama-sama. Best buddy yang terbaik ketika travel adalah ahli keluarga sendiri. Masing-masing dah kenal peel kan. Dah boleh baca, dah boleh faham. Sekepala. Nak atur apa-apa pun mudah. Bincang di dapur sambil makan cekodok pun takde hal. Ini la sembang-sembang kami kalau duk berkumpul sekeluarga.
Kebetulan, tahun ni kami dapat buddy travel yang baru. Namanya Niqrisa Auni. Baru je berumur 2 bulan 2 minggu sewaktu makan angin di Cameron Highlands. Setelah berjaya ke sana, kami cuba melangkah jauh ke Filipina selama sembilan hari. Dua kali berjaya. Yeay! Rata-rata kata susah nak urus. Yang tak tahan ada yang kata pasti kami akan serik balik nanti sebab bawak bayi. Hahaha Tak cuba tak tahu. Dah cuba baru tau. Macam nak repeat lagi ada la. Will never stop thinking travel la.

Di sini kami ingin berkongsi 12 panduan. Tak la mahir sangat pun. Lagipun ini merupakan kali pertama kami berlima terbang jauh. Sebelum ke sana, kami baca dahulu beberapa posting pengalaman travel bersama bayi. Persediaan itu penting. Setelah kami merasainya sendiri, giliran kami pula berkongsi pengalaman sebagai persediaan buat pasangan lain. Kami pun nak juga memudahkan urusan orang lain. InsyaAllah.
1. KESIHATAN
Beberapa hari sebelum berlepas, sila berjumpa doktor terlebih dahulu untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Kalau sihat, tidak bererti anda boleh terbang macam tu je. Dapatkan juga ubat keperluan daripada doktor untuk dibawa bersama ke sana nanti. Kebiasaan ubat yang perlu dibawa bersama seperti panadol, selesema, batuk, dan antibiotik. Jangan lupa cool fever, handyplus dan termometer. Ambil suntikan vaksin jika dirasakan perlu. Dapatkan nasihat daripada doktor anda.

Sumber : World of Me. Pack dalam satu beg kecil. Takde la sampai tercari-cari sewaktu kecemasan kan. Jangan cuba nak selit kat celah-celah baju. Masalah!
2. INSURANS
Beli insurans perjalanan ke luar negara. Kami biasa membeli insurans AXA dengan pakej harga RM 146.25 untuk sekeluarga. Beli online akan dapat diskaun. Incase ada berlaku apa-apa di negara yang dilawati seperti terpaksa dimasukkan ke hospital, beg rosak/hilang, delay flight atau kemalangan.

3. STROLLER ATAU BABY CARRIER
Ini adalah equipment yang membantu ibu bapa semasa travel. Lebih-lebih lagi kepada bilangan ahli keluarga kecil. Tak mampu nak bergilir pegang. Macam kami, abang kakak bukan boleh dukung lama pun. Jadi tak boleh nak harap sangat dukung lama-lama. Kalau dukung lama akan membuatkan kita guna tenaga yang lebih. Cepat penat, maka cepat la give up. Biarlah win-winsituation bagi ibu bapa dan bayi. Buat pilihan antara stroller atau baby carrier.
Kami lebih prefer pakai baby carrier kerana tangan yang free membolehkan kami pimpin tangan abang dan kakak. Tambahan, rasa lebih selamat bayi melekat di badan berbanding berjauhan dalam stroller. Travel kena bawa banyak beg. Stroller tak friendly buat kami. Berat dan besar. Nak naik turun tangga, leceh waktu angkut dalam transport pun satu hal. Baby carrier lebih menyenangkan buat kami. Keselesaan bergantung kepada badan masing-masing.

4. MAINAN
Bawa mainan satu dua dah la. Bukan satu beg. Bukan juga yang besar gedabak. Saiz comel-comel dah la. Sebagai ibu bapa, kita tahu mainan yang mana paling menarik perhatian bayi. Ini dapat mengelakkan bayi cepat rasa bosan. Biarkan bayi anda ralit dengan mainan kesukaannya.

5. SUSU & MAKANAN
Bagi bayi yang berusia bawah 6 bulan, tak perlu risau akan penyediaan makanan. Jika anda menyusu badan, bawalah pam. Kalau rasa pam menyusahkan, sediakan kain penutup dan baju menyusu. Jika bancuh susu formula, sediakan air panas sendiri (di Filipina kena bayar) dan pastikan bekalan susu tepung tu cukup. Susah pulak nak cari kat negara orang ni. Kena pulak anak jenis cerewet. Tak ke naya? Untuk bayi yang dah mula makan, sediakan makanan yang mudah. Blender? Silakan kalau tak membebankan. Kalau tak sanggup, bawa je mangkuk mash andserve. Senang basuh dan ringan.

6. PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL Ni persediaan buat ibu bapa. Buat kajian kepada diri sendiri. Contoh yang perlu dipersoalkan bagi mengetahui permasalahan yang mungkin timbul:
Masalah : Larat ke?
Penyelesaian : Beli kendongan atau bawak stroller. Berlatih dulu guna pakai equipment tersebut.
Masalah: Fit ke badan?
Penyelesaian : Workout dulu sebelum berjalan lebih jauh. Ini bagi menstabilkan stamina.
Masalah : Kalau bayi meragam tiba-tiba?
Penyelesaian : Bawa anak jalan dekat-dekat dulu. Ke taman sejam, ke mall selama empat jam atau pergi bercuti dekat-dekat. Biasakan dengan situasi sebagaimana nak travel. Alah bisa, tegal biasa.

7. PAKAIAN BIAR SESUAI.
Pakaian bayi perlu selesa mengikut cuaca negara yang bakal dilawati. Jika ke tempat sejuk, pakailah pakaian tebal yang mampu menahan haba badan daripada keluar. Jika ke tempat panas, baju tak perlulah berlapis-lapis. Nak ber OOTD untuk bayi boleh, asalkan tidak merimaskan. Bagi pakaian ibu, pakailah yang ringkas. Yang tak mudah berkedut. Senang cerita, ironless. Jimat masa. Tudung pun biar yang mudah-mudah je.

8. PAMPERS DAN JUMLAH PAKAIAN.
Tersangat la penting. Takkan kat sana baru nak beli semua tu kan. Sedia awal-awal berapa jumlah pampers dan pakaian. Kalau boleh, pampers hanya sekadar topup bila tak cukup di sana. Untuk pakaian, bawa secukupnya. Kalau habis guna sehingga hari akhir, basuh jela. Jangan bawa banyak sebab nak mengangkut tu berat. Berat baju ni boleh tahan juga.
9. MOOD
Ada sebab bayi menangis. Antaranya masalah di pampers, sudah waktu bayi untuk tidur dan perut kena lapar. Atasi segala masalah bayi tu. Konpem perjalanan anda tidak akan diganggu dengan tangisan yang menggila. Takde siapa sanggup tahan dengan tangisan bayi. Nyaring!

10. KELENGKAPAN BAYI
Beg persediaan semasa perlu dibawa ke mana-mana. Dalam beg tu mesti ada wipes, pampers, sepersalinan baju, tuala, plastik sampah, tisu, alas bayi, water spray dan apa yang dirasakan perlu. Sentiasa topup kelengkapan di dalam beg persediaan semasa ketika berjalan-jalan.


11. BERHENTI BILA DIRASAKAN PERLU
Tak usah nak kejar tempat tu. Perlu tahu akan kemampuan diri dan keluarga. Ini trip kita. Takde sangkut paut pun dengan orang lain. Follow your heart. Jalan-jalan santai bersama keluarga. Nikmati percutian tanpa rush. Kalau ikut yang pakej memang akan kelam kabut sebab nak ikut table kan. Elakkan ikut pakej. Buat sendiri lebih enjoy.

12. PASPORT
Bukan main lagi persediaan. Pasport baby pulak lupa. Mau kena tinggal. Hahahaa Buat la. Kejap je. Sejam lepas tu dah boleh amik. Susah ke buat pasport bayi? Klik link ni. Persediaan buat pasport Malaysia bagi bayi.
Enjoy moment sementara mereka masih kecil. Sebenarnya, makin besar, makin banyak ragamnya. Kecik-kecik lagi mudah nak atur. Cuma, persediaan tu yang paling penting. Mental dan fizikal perlu betul-betul sihat waktu travel jauh. Kalau tersinggung dengan anak, jangan marah. Nampak kita yang tak pandai nak handle. Budak-budak ni langsung tak tahu salah. Apatah lagi bayi kan. Kita as parents perlu kenali peel anak sendiri. Boleh tanya orang lain. Tapi situasi tak sama. Baca ni hanya sebagai persediaan. Nanti bila dah keluar bersama, hah, taulah bila berada di real situation. Cuma, bila dah ada pembacaan dan persediaan ni, minda dah set awal-awal AKU DAH GET READY nak hadap semua ni.

Macam mana nak tahu kalau tiada permulaan, kan. So, apa lagi? Tak kisah dalam atau luar negara, pergi la buat lawatan sambil belajar bawak anak-anak!!!
22 thoughts on “Panduan travel bersama bayi – Khas buat kali pertama terbang jauh”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
[…] Baca panduan travel bersama bayi di sini. […]
Heya i am for the first time here. I came across this board and I find It truly useful & it helped me out much. I hope to give something back and help others like you aided me.
Kalau nak bawa baby ni kena betul2 prepare. Lampin pakai buang sentiasa kering, makanan kena sediakan, tidur kena cukup, susu kena cukup, pakaian bersesuaian juga penting. Nak nak kalau pergi luar negara musim sejuk. Masa first travel dengan anak kecil masa tu berumur 1 tahun 9 bulan. Mencabar tapi memang tak sampai hati nak tinggalkan kat Malaysia.
dah kemana anak usia 1 tahun 9 bulan tu?
Salam, boleh saya guna artikel tuan dekat fb post saya? Saya nk guna untuk cari audience bagi yang dh berkahwin. Saya akan letak sekali kredit nama blog tuan
boleh pm sama di nhazla.fikri@gmail.com
memang betul bwk anak kecik ni kalau betul persediaan insyaAllah akan okay..tak cuba tak tahukan..cuma setakat ni anak 1y6m memang suami hold dl travel luar msia sbb dia risau..ciktom wife ikut jela..hihi
yang bestnya keluar selepas anak dah mencapai 2 tahun. sebab kita dah boleh lepas susu dan pampers. barulah barang tak banyak nak bawak. Lagipun anak dah mula makan macam orang dewasa
satu cabaran jugak bawak anak kecik pergi travel tapi kenangan manis sebab bukan semua orang boleh bawa anak bersama. tips cukup berguna untuk parents muda yang berhajat nak bawa anak bersama waktu bercuti. bestnya kecil-kecil dah berjalan ke negara orang
seronok budak-budak ni
Bagus betul tips yang ni sebab ramai juga kawan berkahwin yang tanya tips bila travel dengan baby. Rata-rata malas nak travel bawa baby memang banyak alasan. Tapi x salah kan sebab ramai je mat saleh travel bawa baby & takde masalah. Janji ada persediaan awal.
mat salleh pun prepare dulu. takde nak gamble
Bagus kongsikan pengalaman bawak bayi travel. Selama ni travel tk terfikir pun kepentingan Travel Insurans. Huhu. Lepas ni kena beli lah. Then, Bella tertanya2 bayi tak sakit ke telinga dia naik flight. Kdg2 kita yang tua ni sampai tak tahan sakit sebab perubahan tekanan. Ke bagi puting kat baby, baby akan ok??
insurans wajib tau. jangan tak buat lepas ni. takde pulak sakit telinga. mungkin guna tips menyususkan atau tidurkan dia
Info yang sangat berguna kpd sesiapa yg nk travel dgn bawa anak. Apa yg penting kalau travel ni keselesaan anak adalah sangat penting.. Risau gak kan jln jauh tiba2 anak sakit. Insuran pun perlu ada
Betul kalau nak travel dengan baby memang banyak yang perlu dipertimbangkan. Thanks sebab sharing tips-tips yang berguna ni. Masa kakak 4-5 tahun pernah ke jakarta, korea & turki. Masa si adik2 ni belum keluar lagi. Tapi carrier memang prefer sebab kita boleh multitasking.
Yang besar senang sebab barang tak banyak. Kalau baby ni kena fikir banyak perkara sebab kebergantungan kepada kita sangat tinggi
Yang ada baby dan plan nak travel jauh elok sangat baca tips dan perkongsian yang diberikan. At least kita boleh alert keperluan baby yang perlu disediakan bila travel. Betul tak?
Thank you for the tips, baguslah panduan ni. Boleh saya rujuk nanti kalau nak travel dengan keluarga nanti. Buat setakat ni saya tak pernah lagi naik flight dengan baby saya.
Tak pernah lagi bawak anak anak travel naik kapal terbang. Mak bapak dieorang pun dah lama tak naik kapal terbang. But, good tips! Sebab nak travel dengan budak budak ni memang renyah sikit
Terima kasih atas info yg sangat berguna. Bolehlah utk dirujuk bila nak travel mana2 nanti. Selalunya banyak jugak barang yg tertinggal dan sebagainya. 🙂
Thank you kongsi tips. Baby airah baru tiga bulan ni memang nervous nak bawa jalan jauh. Tunggu besar sikit kot baru nak bawa jalan merata. Walaupun susah sikit nak jalan bila ada baby ni tapi seronok je ada penghibur kecil