“Aku, selagi anak-anak aku tak berumur 20 tahun, memang takkan bawa diorang keluar daripada Malaysia.”  

“Tempat sejuk mana boleh bawak anak kecil. Tak kesian ke budak-budak akan sejuk? Orang tua pun tak tahan. Ni kan pulak budak.”

“Budak-budak ni susah la nak arrange. Tunggu diorang besar baru bawak travel.”  

Dan bla bla bla… Yada, yada. Banyak momok tak nak orang tu bawak anak sekali. Korang yang taknak travel sama-sama dengan anak suka hati la. Your choice Jangan hasut atau down kan semangat ibu bapa yang beriya nak bawak anak-anak berjalan.

Jika ada orang bertanya tips atau pandangan, beritahulah tanpa memberi ugutan. Macam dia Tuhan je boleh nampak apa akan berlaku di negara yang bakal dikunjungi. Bagus ada amaran. Tapi berpada-pada la. Takkan bila dah ada anak nak stop segala aktiviti. Dosa ke? Terpalit sial ke? Bencana akan terjadi kalau bawak sama? Maaf la. Kasar sikit.

Kesian kepada parents yang pada mulanya rancang bersama, last-last terus tinggalkan di kampung. Korang tak rasa sebenarnya korang takde ilmu tapi memandai nak bagi pendapat.

Buat parents dah pasang niat nak bawak anak-anak bersama untuk travel, boleh. Yang penting persediaan. Usah peduli kata traveller bujang. Diorang takde anak. Tak faham perasaan mak-mak yang tak sanggup tinggalkan anak dalam jagaan orang lain. Bagi parents selalu travel tanpa anak ni, memang konpem la dia akan cakap tak payah bawak. Reason mereka, wallahualam.  

Meh nak bantu. Kami tak la pandai nak bagi tips. Cuma boleh kongsi pengalaman travel bersama anak-anak je. Kami tak pernah sekali pun tinggalkan mereka kepada sesiapa pun. Memang angkut je ke mana-mana.

1. Ajar daripada awal.

Biasakan anak-anak travel dalam Malaysia dulu. Mula-mula naik kereta. Dah biasa, naik kereta api. Kemudian bas. Cuba berangkut dengan beg sekali. Cuba manage macam mana nak kontrol barang dan anak-anak sekali. Semua ni berkaitan dengan kekuatan mental.

2. Negara sejuk.

Kenapa tak boleh bawa? Bolehlah. Kami pernah bawa anak-anak ke negara yang bersuhu -16°c. Yang penting adalah pakaian. Sebaiknya, belilah di negara yang bakal dikunjungi. Beza sangat ketahanan kain sewaktu menghadapi musim sejuk. Bawa bersama pad panas Daiso. Stoking dan mittens perlu yang wool.

3 lapis untuk si comel ni. Memang dah macam teddy bear dah rupanya

3. Beg keperluan.

Banyak barang dan pakaian perlu dibawa. Kami pun tak larat tau. Jadi, belilah beg sorang satu. Biar mereka bawa sendiri. Tak perlu terlalu berat. Tapi nak mereka bertanggungjawab. Lama-lama mereka rasa ralat kalau tak bawa beg.

4. Bayi.

Yang bayi ni la paling banyak barang. Pampers, susu, makan lagi. Semua keperluan bayi ni asing daripada ahli keluarga lain. Baju boleh tahan banyak sebab sentiasa tukar. Jadi, bawa cukup-cukup je. Kalau habis, beli. Tak payah pening kepala. Kalau bayi dah mula makan, bagi je biskut. Nak bagi nasi, bawa la bekas mash. Bawa blender besar sangat. Makan space.

5. Parents perlu berstamina tinggi!

Tolong la fit kan badan tu. Nampak mudah kan. Tapi, kekuatan fizikal amat diperlukan. Budak-budak tak reti penat. Kita ni perlu guna tenaga lebih. Buat la senaman di Malaysia dulu. Jalan kaki je round bandar. Setiap minggu berlari kat taman ke. Nak extreme, naik bukit. Secara tak langsung, parents dah biasa keluar bersama anak-anak.

Abah, ibu, anak-anak yang dah besar, semuanya perlu berstamina tinggi. Kalau tak, memang cepat berasa lelah.

6. Disiplin.

Ni sebelum pergi. Cerita kepada anak-anak itinerari ke sana. Apa yang perlu dibuat, perkara yang jangan dilakukan di negara orang. Bagitau sekali akibat. Budak ni faham. Tapi, kena cakap berulang kali la. InsyaAllah, semua tu akan smooth. Jangan nakal. Kalau tak, tak dapat mainan sana. Janji la seketul hadiah yang saiz kecil. Senang masuk poket.

7. Vaksin.

Kalau pergi ke negara yang berisiko, ambil lah vacsin injection. Anak yang mudah kena demam selsema, lagilah digalakkan.

8. Barang mainan.

Asyik dengan kamera sendiri. Kamera yang digunakan adalah jenama Amkov.

Kami sediakan kamera sebagai mainan anak-anak. Biar ralit bergambar. Selain tu, sediakan juga buku nota kecil bersama pen baru setiap kali nak travel. Feel tu lain macam bagi mereka. Untuk bayi, bawa satu je mainan yang kecil dan konpem akan tertarik. Kami guna buku je. Buku mainan yang mempunyai corak lukisan yang menari, bunyi dan lembut digunakan.

The child supplies the power but the parents have to do the steering

Benjamin Spock