REVIEW
Review – CITILINK AIRLINES (AIRBUS A320 – 200)

Review – CITILINK AIRLINES (AIRBUS A320 – 200)

Pertama kali dengar Citilink Airlines ni aku cuma bayangkan seperkara je. Tak lain tak bukan khidmat penghantaran City-Link Express Malaysia. Konpius jugak kan. Ni tiket flight ke atau post barang? Tentang syarikat penerbangan ini diketahui sebab FB Pemburu Tiket Murah lalu mewar-warkan di newsfeed aku. Status pemberitahuan tiket flight ke Indonesia dengan Citilink sedang murah. Terus bukak website dan cuba isi maklumat seperti tarikh dan jumlah ahli nak pergi.

Biasa la kan. Mula-mula isi tu main-main dulu. Sambil isi, sambil google syarikat airlines ni asal mana. Kemudian barulah aku macam “Ouh…” Citilink Airlines ni syarikat tambang murah Indonesia. Bawah syarikat Garuda Airlines. Telah dianugerahkan 4 bintang. Route baru KLIA ke beberapa tempat Indonesia. Wow jugak kan. Tema warna bagi penerbangan Citilink adalah hijau. Website pun hijau kalau nak tau.

Berbalik semula isi maklumat tadi. Siang suami dah cuba check tiket. Katanya RM900 return untuk 5 orang (2 dewasa, 2 kanak-kanak dan 1 bayi) Suami aku tak jadi beli sebab aku pernah bagitau nak RM655 ke bawah. Macam tak lojik kan. Tapi aku nak jugak harga tu. Bajet kami ciput yakmat!

Siapa sangka. Dengan kuasa usaha dan doa berterusan serta tawakal, akhirnya kami dapat juga harga tiket RM655 return untuk 5 orang ke Surabaya (Juanda Airport) Pergi harga tiket RM135. Balik pulak free. Cuma bayar tax RM520 pergi dan balik. Mur-mur je. Tax lagi mahal. Tapi tak kisah pun. Janji sampai. Masih under budget!!!! Berbaloi mencuba.

Tiket hanya dicetak dikaunter dengan kertas nipis. Mungkin kertas 70gm kot.

Takde check in online. Semuanya di kaunter. Jenuh beratur. Dah la takde priority lane. 3 jam beratur. Mula beratur pukul 1.45 pm. Setel pukul 3.15 pm. Buang masa betul. Kami ni dah la ada baby 9 bulan. Jenuh keluar masuk nursing room. Mana tahan dia nak tunggu situ sama-sama.

Dalam gambar ni semuanya satu kapal dengan kami. Kami beratur bukan di belakang sekali. Ada ramai lagi kat belakang.

Nasihat kami, datang seawal 4 jam sebelum. Lagi awal, lagi bagus. Sebab, hari tu ada delay. Tapi tak ada makluman pun dalam email. Sampai airport tu baru tau. Kena sentiasa check di notice board. Lebih membimbangkan, kau berada di airport dengan takde itinerary email daripada syarikat penerbangan. Berdebar jugak la waktu menunggu tu. Duk tertanya-tanya betul ke kami nak fly ni? Dah la aplikasi Citilink sentiasa down. Tak boleh nak check apa-apa. Kecuali nombor booking sahaja.

Untuk tidak terburu-buru, korang tunggu la awal ya. Kalau dah panjang orang beratur, pergilah solat dulu. Lama oii! Berkejar kami nak tunaikan solat jamak. Tak baik betul solat dalam keadaan terkejar macam tu. Dah la kami orang terakhir masuk. Final Call. Inilah pertama kali berlaku. Tolong datang awal wei! Flight fly on time. Good.

Suasana di dalam kapal.
Keluasan seat to seat.
Takde monitor belakang seat.
Nasi Kuning Cakalang + mineral water + jeli
Terpandang ke luar tingkap terpandang sekali yang ni.. Bila sentuh rasa macam gam je.. Huhuhu

Sebelum turun, pilot siap berpantun. Aku lupa sebab tak bagi perhatian. Dengar hujung je. Jangan berpaling syarikat penerbangan lain? Haa… Lebih kurang la. So far, ok la flight ni. Aku nak hunting lagi sebab murah dan berbaloi.

Sepanjang fly Malaysia – Surabaya – Malaysia, semuanya ok. Staff mesra. Penumpang boleh dikatakan semuanya warga Indonesia. Kami je kot rakyat Malaysia ketika itu. Ruang duduk tak luas. Rasa panas ketika itu. Aircond macam tak jadi je. Bising tu tak la jugak. Cuma kena hati-hati dengan kuku penumpang belakang. Panjang dan tajam. Sakit jugak kata suami sebab tercakar kepala dia. Huhu

Tapi, kalau di Juanda Airport tak macam ni. Cepat dan smooth. Maybe sebab airport tak besar seperti KLIA. 2 jam pun sempat lagi. Datang kaunter takde siapa tengah beratur. Terus giliran kami. 2 kaunter dibuka satu masa. Kosong takde penumpang. KLIA hanya 3 kaunter je waktu tu. Tapi ramainya ya Rabbi… Melimpah daripada tali garisan…

CHECK IN – Tiada online. Kaunter sahaja. Ini bagi penerbangan International sahaja. Kalau domestic tak ada masalah nak check in online.

LUGGAGE – Free 10 kg. Boleh combine di atas satu tiket booking. 20 kg bagi penerbangan domestic (Sempena promo)

MEAL – Ada disediakan. Tak boleh pilih. Makan apa yang diberi. Bayi kami pun dapat setalam. Konpius jap. Kami bagi balik sebab kami dah kenyang. Lagipun bayi kami tak makan macam kami.

NOTICE – Takde sebarang email diterima. Nombor booking printshot siap-siap persediaan untuk counter check in. Kot apps down waktu nak tunjuk kepada petugas kaunter.

PHONE APPS – Sentiasa down

ENTERTAINMENT FLIGHT – Takde.

TOILET – Tiada bidet hose. Bawa travel handheld bidet personel.

CREW AIR – Mesra dan membantu.

CONDITIONAircond macam tak berasa. Panas.

SPACE SEAT TO SEAT – Macam duduk dalam flight AA

TICKET FARE   Pergi – RM135

Balik – RM0

Tax – RM520

JUMLAH : RM655 – 5 orang (2 dewasa, 2 kanak-kanak, 1 bayi)

Ini baru cerita hal flight. Belum masuk lagi bab perjalanan ke sana. Tempat memang best. Teringat-ingat lagi pemandangan yang lawa dan cun melecun kat sana. Dengan suhu yang nyaman lagi. Wah, tak sabar nak karang! Tunggu tau!

Baca Trip Mt. Bromo bersama anak-anak + bayi

Lets fly with green!

WONDERFUL INDONESIA

4 thoughts on “Review – CITILINK AIRLINES (AIRBUS A320 – 200)

Leave a Reply to Nhazla.fikri Cancel reply