Trip Mt. Bromo bersama dengan anak-anak + bayi 9 bulan
Trip kali ni singkat. Short vacay orang panggil. Pergi empat hari je pun. Target untuk ke Gunung Bromo jela. Takmau singgah mana-mana sebab nak elakkan daripada trip menjadi gopoh. Takkan nak pecut je sepanjang masa. Hajat nak trip yang santai-santai. Sebab kami tau yang kami pasti akan penat semasa menguruskan anak-anak di sana nanti. Lagipun, ini percutian untuk have fun dengan family. Nak bonding time dengan anak-anak. Kebetulan cuti sekolah ni elok sangat la bawa anak-anak makan angin (Saje buat alasan anak. Padahal aku yang beriya. Kah!)
Terus terang aku cakap, kami nak pakai supir (tour guide) semasa berada di sana. Tempoh empat hari ter sangatlah singkat. Banyak benda dah pikir. Banyak jugak kiraan kos yang dah dianggarkan. Akhirnya, supir adalah segala penyelesaian. Then, bila dah cadang nak hire supir, fikir dahulu apa yang nak dalam trip sebelum menghubungi supir.
JENIS PERCUTIAN
- Santai-santai
- Masa yang fleksibel
- Kos mampu bayar
- Servis mesra budak
- Not high class vacation
Setelah merangka semua ini, elok la bincang dengan supir sebulan lebih awal sebelum terbang ke Surabaya. Mengikut pengalaman lepas, kami ni banyak kali tukar plan. Kejap nak ke sini, lepas tu tukar nak ke tempat lain plak. Terbaca itinerari orang lain, macam nak pergi jugak. Tukar lagi. Begitulah selagi tak sampai masa. Sehinggakan supir pun pernah bagi mesej, “ Can you give me the final plan now?” Ini yang 2, 3 hari sebelum terbang. Sorry la sebab selalu tukar itinerary. Kihkihkih
KENAPA UPAH SUPIR
- MASA
Dah kira. Masa teramatlah singkat. Silap aku sebab mintak nak pergi 4 hari je. Aku lupa kira tentang hari perjalanan. - KEUTAMAAN
Keutamaan kepada anak-anak. Jauh sampai nak kena naik public transport lagi selama 5 jam. Fuh, naya! Nak tunggu esok baru nak pergi sangatlah rugi. - FOKUS
Bonding time la dengan keluarga. Tak perlu fikir dah pergerakan kat sana. Semua supir yang akan bawa. Kami cuma perlu fokus kepada anak-anak je.
HARI PERTAMA (23 MAC 2019)
- Fly KLIA (4.30 pm) – Juanda International Airport Surabaya (6.30 pm)
- Pijak je kaki di airport, terus pusing jarum jam sejam awal
- Sebelum keluar daripada pintu masuk, sebelah tu ada kaunter telco Telkomsel. Simcard berharga 30ribu rp.
- Terus naik mpv dan singgah makan nasi ayam penyet walaupun perut ni takde rasa lapar. Dalam flight tadi dah makan. Tapi saje gatal nak merasai makanan sini.
- Selesai makan, kami terus menuju ke Chemoro Lawang. Kami perlu menempuhi 5 jam perjalanan.
- Tidur dalam mpv. Zzzz….
HARI KEDUA (24 MAC 2019)
- Pukul 12.30 am sampai di Chemoro Lawang. Waktu tu cuaca sangat dingin dengan suhu 8ᵒ Celsius. Berkepul asap keluar mulut.
- Supir kejutkan kami sekeluarga pada pukul 3 am untuk tengok sunrise di Gunung Penanjakan. Tapi kami sekeluarga menolak sebab aku sakit kepala yang amat. Tak boleh bangun. Loya pun ada.
- Pagi kami sekali lagi dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu daripada supir. Waktu tu dah pukul 6 am. Kepala aku sakit lagi weh…
- Cari ubat nan hadoo. Mana menghilang waktu saat memerlukan ni. Padahal aku sendiri yang packing ubat tu. Abih ceruk beg kami cari. Semua beg kena geledah. Takde.
- Dah sampai jauh, takkan nak terperap je dalam homestay ni. Dah la rugi terlepas tengok sunrise subuh tadi. Kalau aku buat keputusan tak nak ikut, sian la anak-anak. Aku gagahkan jugak la turut sama. Pucat kesi muka aku waktu tu wei…
- Kata Irul (supir kami) keadaan ni biasa bagi pengunjung yang tak biasa dengan tempat tinggi. Nama penyakit ini dinamakan AMS (Acute Mountain Sickness) Sini kawasan pergunungan yang berketinggian 2300 m dari paras laut. Patutlah… Paling tinggi aku naik pun Gunung Jerai (1200 m) Tapi kan, kenapa ahli keluarga aku yang lain rileks je. Diorang pun pertama kali jugak dalam hidup ni ke tempat tinggi.
- Rasa sakit macam ni akan hilang apabila berada sehari di pergunungan. Betul la apa Irul cakap. Aku dah mulai ok. Perlahan-lahan sakit tu hilang.
- Tempat pertama kami tiba adalah Bromo Crater. Alhamdulillah. Cuaca sangat baik. Pagi tadi hujan (Mujur tak keluar tengok sunrise) Debu dan bau belerang takde. Syukur sangat sebab bayi kami dapat keluar daripada jip jugak.
- Maka, dapatlah kami berjalan keluar lebih kurang sejauh 3 km. Tangga menuju ke puncak telah ditutup disebabkan oleh asap yang keluar daripada gunung berapi terlalu tebal.
- Tapi, rezeki buat kami, asap tu takde lalu atas kepala. Takde la debu. Udara pun nyaman.
- Orang tak ramai. Mungkin disebabkan oleh berita asap tebal ni yang membuatkan pengunjung risau nak datang. Elok la. Tak perlu bersesak. Bahagia betul sebab tak ramai orang. Kuda lagi banyak. Hehe
- Disebabkan sikit je pengunjung, maka yang buat khidmat sewa kuda ni bukan main ramai yang offer. Harga kaw-kaw turun. Daripada 50 rp ke 25 rp. Bayangkan. Pergh!
- Lokasi kedua pula di Gunung Penanjakan. Tempat yang patut kami tengok sunrise. Pergi jugak la sebab nak tengok tempat tu macam mana. Sekali pergi, huh, kabus tebal tak nampak apa. Bijak pilihan aku untuk teruskan tidur jam 2.30 pagi tadi. Kah!
- Kemudian kami ke Savannah/Teletubbies Hill. Lawa. View macam kat New Zealand. Ye kot. Tak pernah pergi lagi. Hehe
- Seterusnya kami ke Pantai Berbisik. Pasir ni tak berbunyi disebabkan hujan. Tanah dah basah. Kalau kering, pasir ni akan berdesir. Seolah sedang berbisik.
- Selesai menjelajah alam di Chemoro Lawang ni, kami terus check out dan move ke homestay lain. Silap kami book lain-lain tempat penginapan. Penat mengangkut beg.
- Petang kami hanya terbongkang je atas katil. Sempat la tayang gambar minum kopi dulu mengadap tingkap dan update fb. Kah lagi!
- Pukul 6 dah malam. Perut dah lapar, kami cari makan di kawasan sekitar. Jalan kaki je.
- Cuaca sejuk. Pakaian macam musim luruh. Tapi orang tempatan rilek je berbaju T cotton.
- Kami singgah di warung yang dipenuhi dengan penduduk kampung dan pelancong luar dari merata negara. Seronok betul. Suasana yang sangat menyenangkan.
- Selesai makan terus jalan balik dan berehat.
HARI KETIGA (25 MAC 2019)
- Nyaman betul pagi ni. Segar je bila udara disedut. Kawasan gunung ni berbeza betul dengan tempat tinggal aku di bandar K****n.
- Irul dan pemandunya yang bernama Badak dah get ready nak gerak. Malam semalam diorang tumpang tidur di homestay kami. Perasaan perikemanusiaan ada bila tau diorang tidur dalam kereta. Sejuk oi luar tu. Dua malam aku berselimut dengan dua helai comforter + baju sejuk.
- Kami takde hati dah nak ronda kawasan ni sebab asap tebal gunung berapi Bromo dah melalui atas kampung kami. Debu dah mula jatuh. Boleh jelas nampak kat tapak tangan. Tak sesuai untuk bayi. Bertolak balik ke bandar Surabaya adalah keputusan yang terbaik.
- Nasib pakai supir. Takde la pening pikir macam mana nak pergi ke hentian awam dengan keadaan berdebu macam ni.
- Kami singgah makan durian di Kampung Lumbang. Durian kalau dah dibuka tapi tak sedap tak perlu bayar. Tiga biji durian dibuang macam tu je. Bayar yang makan je. 60ribu rp sebiji.
- Perut dah kenyang, perjalanan ke bandar Surabaya diteruskan selama 5 jam. Panasnya Indonesia dah boleh dirasai. Tak sama semasa berada di Bromo.
- Ops, singgah tengok Kawah Lumpur di mana aku pun lupa. Bandar ni dah tenggelam dek tanah tak stabil akibat petroleum. Nak tau cerita lanjut, sila google.
- Akhirnya, pukul 3 pm kami tiba di hotel Bekizaar yang dah ditempah awal-awal lagi di Surabaya.
- Setelah mengucapkan terima kasih dan bye-bye kepada kedua supir kami ni, dapat disimpulkan bahawa mereka ini boleh dicalonkan menantu. Siapa nak? PM tepi.
- Aktiviti petang kami takde apa. Golek-golek je atas katil. Aku, suami dan bayi tidur sebilik. Anak-anak yang besar tidur bilik lain (tempah bilik asing)
- Sebelum hari malam, kami nak cuci mata kat Tunjungan Plaza Surabaya. Seberang hotel je pun. 7 minit dah sampai.
- Murah ke? Boleh la berbanding Malaysia. Tapi, barangan butik jela yang ada. Yang tradisional seperti kain batik, kain pasang, kain tudung atau apa-apa kain tu, takde kat sini ya.
- Selesai shopping, kami terus berjalan balik. Kiri kanan jugak la plastik beg dibimbit. Hohoho
HARI KEEMPAT (26 MAC 2019)
- Go home jela. Flight kami 11.55 am. Sila maklum kepada pihak hotel untuk sediakan teksi. Kemudian maklumkan juga masa penerbangan supaya driver dapat bajet masa. Sana jammed boleh tahan tau.
- Citilink Airlines takde check in online. Semua di kaunter. Better go early before anything can be happen.
- Sana ada priority line untuk yang ada bayi. Urusan di dalam lapangan menjadi cepat. Tak perlu cubit anak suruh nangis semata nak mintak ihsan. Hoho
Jika berminat untuk menggunakan khidmat supir kami sebelum ini, hubungi FB Irul Nurullah : Whatsapp/Call +62 82132385903
TIPS BERSAMA ANAK
- Sediakan buku nota kecil kepada anak-anak untuk mencatat, menconteng atau apa-apa jela supaya tak bosan.
- Masing-masing pikul bagpack sendiri. Berat dan saiz ikut kemampuan. Supaya mereka rasa bertanggungjawab dengan barang yang dibawa.
- Sentiasa maklum kepada anak-anak tentang perjalanan trip. Barulah mereka tak terpinga-pinga. Budak akan tertib dan berdisiplin kalau diberitahu awal.
TIPS BERSAMA BAYI
- Bawa “pembantu.” Pilih la senang yang mana. Baby carrier atau baby stroller. Seperti dalam gambar, aku senang dengan baby carrier Soul Anoona. Tidak memenatkan.
- Bekal makanan mesti lengkap. Bayi aku ni umur 9 bulan. Aku bawa bekas lenyek lagi untuk memudahkan memberi makan. Nasi kita boleh dikongsi bersama bayi.
- Ajari bayi dan anak travel dalam Malaysia sebelum berjalan jauh. Barulah tak huru-hara anda di tempat asing.
- Pampers tak cukup boleh beli. Aku sentiasa tukar brand pampers anak setiap bulan.
- Pastikan tempoh tidur bayi mencukupi.
- Bawa mainan!
- Jangan sesekali cuba merisikokan bayi anda. Kalau dah tahu kawasan tak selamat, tak perlu keluar daripada jip. Duk je dalam.
- Kenali peel bayi anda. Maka semuanya akan mudah diselesaikan di sana.
PERINGATAN
- Semak berkali-kali barangan anda. Beg ubat kami hilang… Nasib takde apa-apa berlaku.
- Semak barang anda sekali lagi. Nursing cover aku pun hilang jugak….
- Bawa pakaian yang bersesuaian dengan suhu. Suami tak bawa. Dapatlah penyakit.
- Makanan tak payah gatal nak bawak banyak. Sekadar megi sebungkus tu boleh la.
- Plag Universal kena bawa. Kalau tak kena beli kat sana.
- Persediaan seperti sarung tangan, baju hujan, muffler dan penutup hidung perlu ada. In case digunakan. Kalau tak, berganda la kena beli.
Kami enjoy menjelajah Surabaya walaupun hanya berbekalkan empat hari je. Aku akan tulis pasal penyakit AMS (Acute Mountain Sickness) nanti. Sakit weh… Lain macam sakit kepala tu. Hanya terasa apabila mencapai altitud yang tinggi. Kenapa boleh kena? Macam mana nak atasi? Sakit tu sama dengan sakit kepala biasa ke? Nanti jawab di entri lain okey.
Update entri : Apa itu Acute Mountain Sickness (AMS)
Nak tahu review Citilink Airlines? Klik link ini : Berdasarkan pengalaman kami sendiri
YOU’LL NEVER KNOW UNTIL YOU GO
WONDERFUL INDONESIA
34 thoughts on “Trip Mt. Bromo bersama dengan anak-anak + bayi 9 bulan”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Tahniah beb…semoga kalian sume sihat sentiasa n dimurahkan rezeki…supaya ble pergi banyak negara lg….
doa ikhlas daripada seorang kawan sentiasa makbul. terima kasih!
[…] Baca Trip Mt. Bromo bersama anak-anak + bayi […]
[…] Harimau Menangis pada 16 Feb 2019 yang lepas. Sebagai latihan fizikal sebelum pendakian sebenar di Bromo pada bulan Mac. Last-last tak naik daki pun sana sebab asap gunung berapi keluar banyak daripada […]
Seronoknya bercuti. Suka baca entry travel yang detail macam ni. Rasa dekat je lepastu membuak buak rasa nak pergi jugak. Memang kena masukkan tempat ni dalam wishlist la
Then, good luck!
wah.. bagus entri ni .. boleh bookmark untuk jadi panduan kalau bawak baby atau anak melancong sekali
Banyakkan buat research sebelum ke sana dear
Serononya pergi Surabaya. Saya tak pernah lagi jejak ke Indonesia. Insyallah, ada rezeki mmg teringin nak pergi travel sana 🙂
Tiket murah sekarang. Good luck!
Seronok baca satu review bercuti bersama2 keluarga. Ia membuat anak2 seronok bercuti di luar negara. Ia menambah satu ilmu kepada kami belum kesana. Terima kasih.
Family always come first
Wahh bestnya kita dah lama tak pergi Indonesia ni hehehe teringin juga nak jalan ker sana macam menarik tempat Bromo ni hurmmm ok lah next year trip…
Why not you share experiance Indonesia Trip before? I love to read!
Menarik tempat yang dilawati, saya suka tengok semua gambar-gambar dalam nih cantik sangat! teringin juga nak pergi ke situ, trip ni pun boleh tahan menarik pakej sekali dengan tips-tips bestnya.
Buy a ticket and go explore
banyak lagi tu tak discover dekat sana..
Pernah ke sana ke? Share skit
I love reading your blog !!! Very attention to details about ur trip to Gunung Bromo. Mmg ramai cakap gunung bromo nie cantik dan perjalanan dia sedikit mencabar. Rasa teruja baca dan teringin nak pergi ke sana. Tak sangka suhu pagi boleh cecah 8 celcius, sy mesti dh menggigil2 kalau mcm tu.
Tak mencabar sangat. Sebab tula boleh bawak budak-budak. Orang tua pun boleh. Cuma beware dengan asap gunung berapi jela. Kebetulan waktu ke sana asap tak melalui kampung kami sedang menginap. Dan waktu tu jugak lepas hujan. Debu kering takde naik ke udara. Semua ni kebetulan dan rezeki kami sekeluarga
Wahh… Taniah sebab berjaya melancong bersama anak-anak kecil terutama baby. I yang anak sorang ni pun tak sanggup. Thank you sebab sudi share tips travel bersama anak. Harap bermanfaat untuk semua yang membaca.
another link to help you “Tips travel bawa anak”
You made it looks so easy, salute you for bringing your kids, I think I am still not prepared enough, hahah but great tips there! Thanks for sharing.
“alah bisa tegal biasa”
Get another tips How travel with kids. Click here
Rawlins tak pernah lagi sampai ke sini. Teringin gak nak ada gambar yang menarik macam yours. BTW, your pictures cantik2 la. Pakai kamera apa tu?
And thanks for your sharing. InsyaAllah akan membantu ramai kelak dengan persiapan mereka.
Kamera : Mirrorless olympus om-d e-m10 mark ii dan Gopro Black Hero 5
Handphone : Experia XZ, Experia XZ2
Tempat tu yang cantik. Amik la sudut macam mana sekali pun akan hasilkan gambar yang ohsem
You post made me want to go there as well. Beautiful places with breathtaking scenery. But what really amazed me is the fact that you 9 months old baby could join as well.
tq. you should go there too
Your kids are so adorable and photogenic too especially the 9months old. That picture at the volcano looks absolutely stunning by the way. Yea, I agree on getting a supir to bring you around. It’s always easier to manage things that way. More time to uruskan the kids too. Glad you had fun with your short vacay! Hope to see more vacay updates soon.
supir saya seorang photographer. kiranya saya bertuah
Bestnya dapat bercuti bersama keluarga.. Pemandangan pun menarik.. Nnti ke sana boleh la AM follow n rujuk program seperti trip awak nie.. Padat n penuh aktiviti..
[…] Trip Mt. Bromo bersama dengan anak-anak + bayi 9 bulan>Next […]
Salam pelancongan semuanya,kami PT NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Surabaya.
Driver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
Makanan yang dijamu juga enak.
Pokoknya,kalau mahu ke Surabaya hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.
Makasih ya empunya blog
Facebook: melancong murah baloi
Ig: melancong_murah_baloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi