
Kenapa sakit kepala semasa berada di tempat tinggi? Kenali gejala Airplane Headache dan Acute Mountain Sickness (AMS)
Entri sebelum ni aku telah menyediakan entri tentang perjalanan ke Gunung Bromo Surabaya bersama kanak-kanak dan bayi. Perjalanan lengkap selama empat hari berada di bumi Surabaya. Terselit sikit cerita tentang sakit kepala semasa berada di atas gunung. Dan aku pernah janji nak ceritakan semula pengalaman tu. Sebenarnya, bukan sekali tu je sakit kepala datang menyerang. Pertama kali semasa berada di atas kapal terbang, dan kali kedua pula menyerang ketika kereta meluncur ke Cemoro Lawang. Sakit kepala yang tak pernah alami selama ini.
Alhamdulillah. Aku ok je dan takde perkara melampau yang berlaku kepada diri ini sepanjang berada di sana. Kebetulan waktu tu bekalan ubat satu beg hilang entah ke mana. Puas mencari sepanjang berada di Indonesia. Tak jumpa-jumpa. Syukur jua kepada Allah akhirnya beg ubat tu jumpa kembali. Jumpa pun kat dalam beg transit yang ditinggalkan bersama kereta di parking ‘Park n Go Putrajaya.’ Hampeh betul. Buat penat cari merata. Sampai ke supir pun beriya membantu. Ampun pak! Sia-sia je perasaan gelabah terbuang macam tu je. Huhu
Balik dari Surabaya, aku terus buat pembacaan. Nak tau jugakkan apa ke nama sakit ni. Normal ke tak simpton tu. Tak pergi jumpa doktor pun sebab dah tak rasa sakit kepala sebagaimana di sana. Hasil daripada pembacaan, inilah yang diketahui.
1. AIRPLANE HEADACHE
Sakit kepala ni aku rasa selepas sejam penerbangan. Sakit tu di kawasan dahi atas kedua belah kening. Bagaikan satu urat yang ditarik-tarik tegang secara melintang. Hidung pun jadi tersumbat. Mata macam nak terjojol keluar. Telinga pun berdesing. Nak makan pun tak lalu. Takde rasa lapar dah. Sakitnya tak pernah alami. Aku tengok orang lain rileks je. Anak-anak aku pun elok duk bergelak ketawa. Kenapa aku yang dipilih? Ini sebabnya.
- Selesema.
- Tekanan udara di tempat tinggi.
- Stress.
- Kurang air.
Aku memenuhi kriteria senarai di atas. Ya, aku memang selesema waktu fly dan menyebabkan hidung tersumbat dan sakit kepala. Radang sinus. Dan aku memang stress. Faham-fahamlah dengan situasi bersama anak berumur 11 tahun, 9 tahun dan bayi 9 bulan. Ada waktu anak-anak terkawal. Ada waktu aku yang tak terkawal. Niqrisa pula menyusu sepenuhnya. Tak campur langsung. Breastfeed mom sentiasa dahaga. Aku banyak ignore. Lupa pun ya. Aku akui yang aku kurang minum air sebelum berlepas.
Tak hairan la aku kena serangan Airplane Headache. Cara mengatasinya, perlu terbalikkan hal di atas.
- Dapatkan rawatan dan makan ubat untuk sembuhkan selesema sebelum berlepas. Ubat ibu menyusu tak jadi la. Aku dah makan. Tapi tak berkesan. Tukar ubat. Minta nasihat doktor.
- Jangan stress! Lalu je situasi kacau-bilau dengan anak-anak. Biarlah tunggang-langgang macam mana pun. Jiwa kena rileks.
- Minum air dengan cukup. Sebelum dan selepas menyusu.
- Sediakan ubat paracetemol.


2. AMS (ACUTE MOUNTAIN SICKNESS / ALTITUDE SICKNESS)
Acute Mountain Sickness / Altitude Sickness dikenali sebagai penyakit akut gunung di kalangan pendaki. Anda akan berisiko untuk mendapat AMS apabila :
- Anda tinggal di dataran rendah yang berhampiran pantai dan tiba-tiba ke 2400 meter tinggi dari paras laut.
- Pernah menerima sejarah diserang AMS
- Ke tempat tinggi dengan cepat.
- Badan tidak mampu dengan ketinggian.
- Berada bawah alcohol
- Mempunyai masalah jantung, paru-paru dan sistem saraf
- Pesakit anemia
- Pengambilan ubat penenang, tidur, tahan sakit dan seumpama dengannya yang boleh mengurangkan kadar pernafasan
- Dehidrasi / kurang air dalam badan

Jika anda salah satu tersenarai di atas, maka anda akan mula mengalami gejala ringan seperti berikut :
- Sukar untuk tidur
- Pening
- Kepenatan
- Sakit kepala
- Bengkak pada tangan, kaki dan muka
- Hilang selera makan
- Mual dan muntah
- Nadi / jantung bergerak dengan cepat
- Sesak nafas
- Hidung berdarah
AMS ini terbahagi kepada tiga iaitu ringan, sederhana (High Altitude Pulmonary Edema –HAPE) dan berat (High Altitude Cerebral Edema – HACE) Tahap berat ni boleh membawa kepada kematian.
Aku pernah tau AMS sebelum ni. Sungguh tak sangka kena kat aku. Laki aku dengan anak-anak slumber je berada di gunung. Aku ni sampai tahap nak angkat kepala pun tak mampu. Simpton lain turut dirasai seperti loya, tak boleh nak tidur, sesak nafas dan sakit badan. Mulalah fikir latihan naik turun bukit sebelum ni seperti takde makna. Tak fit lagi ke aku ni? Perlu usaha kuat lagi!
Untuk pengetahuan korang, AMS ni menimpa kepada pengunjung bermula di ketinggian 2400 meter dan ke atas daripada aras laut. Perkara ni biasa jika kita ni asal dari dataran bawah. Tak biasa dengan udara sejuk dan oksigen yang kurang. Ni lah pertama kali aku ke gunung. Aku ingatkan AMS ni menyerang hanya kepada pendaki. Rupanya yang daki dengan menaiki kenderaan pun kena jugak. Lagi teruk sebenarnya sebab naik dengan kadar lagi laju daripada pendaki. Ni namanya tak cukup persediaan. Aku tak buat pembacaan atau rujuk doktor sebelum ke gunung.

Gunung Bromo berada di ketinggian 2329 meter sahaja. Tak capai pun minima 2400 meter tu. Tapi badan aku dah tak dapat menerima ketinggian tersebut secara tiba-tiba. Dah la takde ubat. Takde pengetahuan pulak tu. Maka, terpaksa la menahan sakit selama AMS.
Baring, duduk, jalan, guling, semua tak kena. Kata Irul (supir) sakit kepala ni akan hilang apabila tinggal semalaman di gunung. Tak pun kena turun ke tempat rendah dari tempat aku berdiri ketika tu. Ikutkan hati aku nak je terus turun. Tak mampu rasanya nak tahan sampai esok pagi. Bagai nak pecah di bahagian depan kepala. Dah la dalam flight dah kena. Hari yang sama jugak menyerang di gunung. Dua kali alami membuatkan aku nak terus give up.
Yang mujurnya aku ni tak panik. Panik akan menyebabkan sesak nafas. Bahaya weh bila berkait semangat yang lemah. Suami aku banyak membantu. Anak-anak pun behave. Kesian kat mereka punya pasal. Aku gagahkan juga. Cuba menerima dengan ketinggian ini. Datang jauh-jauh takkan nak berkelubung dengan selimut je atas katil. Alhamdulillah, sakit tu beransur pulih. Maknanya badan aku dah mula menerima dengan tempat tinggi. Sakit tu hilang macam tu je lepas tu. Ditambah pula dengan pemandangan yang kebabow lawa. Selain cara membiasakan diri satu malam di tempat tinggi, cara lain yang boleh diatasi seperti :
- Turun ke kawasan rendah dengan cepat
- Berehat sekurang-kurangnya sehari
- Minum air dengan banyak
- Gunakan oksigen tambahan
- Jika makin teruk, perlu segera ke hospital untuk menerima rawatan.
Apa yang berlaku ini tidak membuatkan aku serik. Perasaan seperti nak lagi, lagi dan lagi. Inilah namanya pengalaman. Kalau tak pergi, memang tak tahulah apa itu AMS. Untuk itu, aku perlu membuat beberapa pencegahan agar perkara seperti ni tidak akan berulang. Mencegah lebih baik daripada merawat.
LANGKAH MENCEGAH
- Mendaki gunung secara beransur-ansur
- Berhenti untuk sehari atau dua di lain-lain ketinggian bagi memastikan badan dapat membiasakan dengan paras tinggi
- Tidur dengan ketinggian yang lebih rendah
- Keupayaan turun dengan cepat
- Ketahui cara mengendali AMS
- Minum air secukupnya
- Tidak minum alcohol
- Makan makanan tinggi karbohidrat
- Elakkan minum air mempunyai kafein seperti kopi
Aku perlu berhati-hati selepas ini. Kesihatan yang kurang baik akan mengganggu mood travel. Aku pun risau jugak kot lepas ni anak-anak atau suami pulak yang terkena. Naunzubillah… Mintak jauh la. Kalau AMS ringan macam aku sebelum ni boleh la handle. Buatnya yang AMS sederhana, atau yang berat mau panik satu keluarga. Walaupun insurans cover sekalipun takde makna dah. Keluar berjalan niat nak suka-suka. Takkan la nak masuk hospital. Rugi duit dan masa.

Sesiapa yang langsung takde mengalami AMS, tahniah kepada anda. Anda sangat bertuah. Aku insan terpilih dan semangat makin kuat nak ke tempat tinggi sekali lagi. I challenge myself going up to the mountain again. Challenge accepted! Bhahahahahhaaha!!!! (First, kena fit kan badan dulu. Huhu….)
NEVER STOP TRAVEL
WONDERFUL INDONESIA
15 thoughts on “Kenapa sakit kepala semasa berada di tempat tinggi? Kenali gejala Airplane Headache dan Acute Mountain Sickness (AMS)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
[…] tak naik daki pun sana sebab asap gunung berapi keluar banyak daripada biasa. Lagipun aku mengalami AMS. Fuh… Bukan biasa-biasa sakit tu. Yang naik tempat tinggi je boleh rasa. Nak tau apa cerita, […]
Kalau naik flight tu takde pening2, kalau tempat tinggi tu maybe ada gejala sesak nafas sikit. Most of the time duduk kat kawasan bawah ajer. Hmmm baru tau sebab musabab pening ni haa…
Terima kasih untuk info gejala AMS dan airplane headache .mama baru taw tentang gejala ni..tidak pernah naik fliht,dan tidak pernah naik tempat tinggi lagi atas sebab takut,gayat..
Alamak.. Dahla migrain-sakit kepala dgn diriku tak dapat dipisahkan. Walaupun begitu memang xnak alaminya!
I kalau Naik plane ok je tapi Ada takut tempat sempit. So kalau Naik plane mesti nak duduk kat aisle area je. Tapi Naik tempat tunggu just takut la…seriau
terima kasih atas perkongsian ilmu baru. saya sebenarnya mmg tak tau langsung pasal benda-benda ni. baru tau ada rupanya sakit disebabkan tempat tinggi dan sebagainya. teringin juga nak mendaki gunung dan sebagainya, bolehlah beringat2 lepas ni 🙂
malaysia ni tak tinggi sangat
Alhamdulillah lah kita tak ada semua yang AIRPLANE HEADACHE dan AMS tu naik kapal terbang ok jer relax kalau boleh tidur kita akan tidur hehehehe cuma jangan kapal tu bergoyang kuat sangat mungkin boleh muntah dibuatnya wakakakakaka…
tak terbang tinggi takpe la. ni pun pertama kali buat saya. Sekali kena, memang tak boleh bawak bincang
Cantiknya view di atas gunung Bromo tu wak. Teringin nak travel gini balik. Nak mula tu yg payah. Dah mula memang tak berenti nanti…hihi
Baru tahu pasal dua benda nie. Xsangka ianya wujud walaupun nmpak mcm biasa2 je tp effect dia boleh tahan. Biasa sy ke tempat tinggi akan alami muntah2. Xtahu pasaipa. Kalau naik kapal terbang tu xde pulak sakit kepala or rasa nk muntah
Masa first time bawak anak naik flight, susukan dia je masa take off / landing sbb takut dia x selesa. sdgkan kita yg dewasa pun boleh pelik-pelik je simptom kan..
Sy tak pernah lagi ke tempat tinggi atau naik flight. Takut juga dengar ni. Dah la sy sejenis mabuk kenderaan, kalau tempat tak selesa pun boleh mabuk. Erm.. Tak boleh byng kan kalau travel kena serangan macam ni.
Minta dijauhkan la.
setakat ni ciktom naik aeroplane atau tempat tinggi okay..tapi suami dua2 tu memang tak boleh..jadi sakit telinga dan kepala..tp dia ada ams pun alhamdulillah dh selamat daki gunung kinabalu..hihi
mantap, tulisan ini sangat mudah dimengerti. gua jadi mengerti banyak hal dari web ini. lanjutkan!!!