TALK
Kembali kurus selepas melahirkan anak

Kembali kurus selepas melahirkan anak

Ramai kata aku kurus. Kah! Aku gelak dulu. Sebenarnya bukan kurus. Tapi kembali ke berat asal je. Lagipun, diorang ni dah lupa keadaan bentuk badan aku sebelum mengandung dulu. Bila banding kini dan sebelum, bukan la beza sangat pun.

Kalau nak tau, berat aku sebelum hamil anak ketiga adalah 54 kg. Berat akhir hamil pula 64 kg. 10 kg naik. Setelah 10 bulan melahirkan anak, berat aku makin menurun sehingga ke 52 kg. Mungkin aku full breastfeeding kot. Mungkin juga aku berdiet. Atau mungkin aku ni buat senaman?

Ketiga-tiga kemungkinan tu sebenarnya aku buat. Bukan sahaja berat menurun, malah kulit tak la menggeleber teruk. Perut aku pun takde la flat sangat. Tapi bila pakai baju saiz M tu tak wujud bonjolan di perut atau kelebaran pinggul. Bagaimana aku buat? Ni kaedahnya. Nak follow boleh, taknak follow baca je dulu. Kot lain kali terbuka hati nak cuba.

1. PANTANG

Tajuk tu macam suruh pantang. Tak dan bertentangan sebenarnya. Aku tak berpantang sebagaimana orang lain buat. Tempoh 40 hari berpantang tu tak wujud. Aku makan apa yang berkhasiat dan rehat secukupnya. Bukan sebab aku ibu moden. Nak tau, makanan sangat penting dalam tempoh penyembuhan selepas bersalin. Jadi, aku suka tekankan pengambilan zat dan khasiat yang cukup. Ayam, telur, daging, semua aku telan. Bermula hari pertama bersalin lagi. Keluar daripada labor room, sup ayam yang aku jamah. Air batu? Sejak berapa hari lagi. Panas la. Air kelapa? Sedap tau. Tolong jangan ugut aku tentang nanti dah tua akan sakit urat, badan cepat lenguh, dan macam-macam lagi. Korang tuhan ke? I’m living a healthy lifestyle.

Dalam pantang, aku makan makanan berkhasiat seperti nasi, sayur dan buah. Ikan, daging dan ayam tu bertujuan mempercepatkan penyembuhan luka. Yang confirm aku tolak tepi adalah ikan masin atau makanan bergoreng. Tinggi kolesterol.

2. SENAMAN

Genap 30 hari bersalin, aku dah mula buat senaman. Kalau boleh nak mula awal lagi. Tapi belum berani. Untuk permulaan, jangan buat yang hardcore, lompat-lompat tu. Semuanya dalam keadaan baring dan mengambil masa hanya 5 minit je sehari, selama sebulan. Perut kita masih besar selepas melahirkan anak. Yang besar tu adalah abdomen di bawah perut. Otot abdomen menjadi regang (memeri) akibat ruang bayi telah membesar di dalam rahim. Untuk memadatkan balik otot abdomen, aku buat la senaman khusus di bahagian perut. Tak perlu buat laju-laju atau terlalu beria. Slow and steady. Buat sekadar mampu. Listen to your body. If you can’t, just stop. It’s ok. Takde nak bersaing dengan sesiapa pun. Ada senaman khas yang dipanggil Postnatal excercise.

Perbezaan abdomen normal dan abdomen yang telah memeri.
Aku banyak buat yang baring je bagi selepas 30 hari bersalin.

Masuk bulan kedua, tambah masa ke 10 minit. Cukup seminggu dua, naikkan ke 15 minit. Bila tempoh dah makin lama, dah boleh mula tukar jenis senaman. Kalau dah mampu berlari, buat la dengan lari-lari anak dulu. Kalau nak zumba, zumba yang tak rancak. Tak kisah la apa pun. Kita je yang kenal kemampuan diri kita.

Aku pula memilih zumba dan cardio HIIT untuk senaman buat masa sekarang. Lebih menyeronokkan. Buat depan tv je pun. Search je fitness dalam youtube, dan keluarlah segala macam workout yang aku nak. Aku takde masuk kelas atau upah coach. Ada juga aku culas. Akibat kekangan masa. Tapi, aku akan pastikan buat minimum 150 minit seminggu. Malas macam mana pun kena paksa. Pandai-pandai la bahagikan masa.

3. DIET

Diet ni bermaksud pengambilan makanan oleh seseorang. Tolong buang jauh-jauh maksud diet tu tak makan. Aku memilih diet kalori dalam seharian sebab lebih enjoy. Aku boleh makan apa yang aku nak. Tak mungkin menolak nasi. Nasi sumber tenaga bagi aku. Aku memerlukan karbohidrat untuk menghasilkan susu buat bayi aku. Cuma dalam portion yang dibenarkan. Mula-mula dulu aku download aplikasi Myfitness dan Mynutridiari untuk bantu aku kira kalori. Kira dahulu BMR dan perlu ketahui BMI terkini.

Aku jenis suka kira kalori. Taknak lebihan kalori dalam badan. Biar bakar sepenuhnya dalam sehari. Kalau aku tak mampu nak halang diri daripada nafsu makan, aku terpaksa buat senaman lebih masa. Intake calories aku adalah 1200 sehari. Disebabkan aku ni buat senaman 5-6 kali selama 30 minit seminggu, maka aku boleh la makan sehingga 1800 kalori. Ditambah pula aku ibu menyusu, aku perlu menambah lagi 300-400 kalori. Maka jumlah kalori diperlukan oleh badan adalah 2200 kalori. Kenali diri dulu barulah buat kiraan. Setiap orang tak sama. Kira sendiri tau.

Makanan sepinggan lengkap

Masukkan data yang diperlukan untuk mengetahui kiraan BMI anda.

Kira kalori (BMR) secara online di sini.

MAKANAN TAMBAHAN

No jamu. No drugs. No supplement. Lebih -lebih lagi yang overclaim. Ampun geng jual jamu. Semua zat cukup pada makanan sebenar. Allah dah buat elok. Takyah susah nak telan pil. Dah la ada jadual masa makan lagi. Baik makan makanan sebenar lagi seronok. Kita ada lidah dan gigi. Rasanya lebih nikmat. Bagi yang dah dapat nasihat doktor, itu lain cerita. Kalau sakit tu memang kena makan ubat la. Dan ada yang tak sakit, tapi kena juga makan ubat. Siapa tu? Orang preggy la. Usaha la macam mana pun makan apa sekalipun, ubat tetap kena makan sebab itu je zat tambahan yang boleh diberikan. Kita ni Allah dah beri kesihatan yang baik nak amik ubat buat apa? Benda nak makan banyak, buat apa cari ubat?

Bila dah tahu tentang pengambilan kalori, secara tak langsung dapat bezakan mana satu makanan yang berkhasiat serta rendah kalori.
Sedap ke hidup telan ubat? Makan nasi dapat karbohidrat. Makan ikan dapat omega 3. Makan buah mempelam bantu perkumuhan. Kan nikmat dapat makan macam-macam.

4. AKTIFKAN DIRI

Buat la sesuatu agar badan sentiasa bekerja. Memang letih. Lebih-lebih lagi yang bekerja. Sibuk macam mana pun, memang kena paksakan diri untuk sentiasa adakan aktiviti. Jika kita banyak berehat, kita juga akan banyak menternak lemak. Terutama sekali di bahagian pinggul dan perut. Bila kerja, kita ni banyak duduk dan statik di kedudukan yang sama je. Lagilah banyak lemak terkumpul.

Bagi yang ada anak ni, susah sikit nak rehat. Ada je kena bangun untuk sediakan sesuatu kan. Baru nak duduk, budak tu dah meraung. Kena bangun dukung pulak. Tak perlu merungut. Secara tak langsung anak membantu badan kita untuk bekerja. Ini salah satu cara nak bakar kalori.

Buat kerja rumah boleh membakar kalori. Kita dah makan macam-macam dalam satu hari. Kerja pulak asyik melekat je di meja. Jadi, bila dah pulang, boleh la buat kerja rumah. Kalori tetap terbakar walaupun perlahan. Rugi la kepada yang balik cuma menyandar di kerusi sambil tengok tv.

Adakah aku perlu buat entri berasingan berkaitan diet kalori? Macam tak puas je kalau diamkan aje. InsyaAllah kalau berkesempatan.

5. MINUM AIR

Minum air ketika dahaga je tau. Aku takde la sampai mewajibkan diri sendiri untuk minum 3, 4 liter sehari. Aku minum hanya ketika tekak rasa kering je. Tekak memang kering pun sebab menyusu. Lagipun aku buat senaman. Waktu dahaga tu, memang aku minum sungguh-sungguh sampai la aku puas. Takde pulak aku kira berapa liter aku minum sehari. Aku tak sanggup nak bebankan buah pinggang. Buah pinggang hanya perlu bekerja tanpa ada bebanan yang melampau. Kena pulak yang jenis minum air banyak sebelum tidur. Boleh menyebabkan penyakit buah pinggang dalam usia muda tau.

Aku tak hadkan minum air kosong je. Aku minum semua jenis air. Air manis sekali sehari. Kopi tanpa gula pun sedap. Cuba la.

6. SOKONGAN PASANGAN

Aku amat bertuah dapat suami yang memberi sokongan penuh untuk sihat bersama. Bukan sekadar seronok tengok angka berat menurun dan inci badan mengecil, bahkan dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat. Badan pun berasa muda. Seronok tu lain macam bila dapat buat semua perkara bersama-sama.

Setakat ni, aku dan suami mampu travel jauh dengan semua anak tanpa sakit-sakit badan. Suami dapat memikul beg depan belakang berbelas kg. Aku pun larat lagi berkejar dengan beg berkilo-kilo di depan sambil menggendong anak berjam-jam lamanya. Stamina kami tak ubah macam orang 20-an. Kalau korang yang berusia 20-an sedang baca entri ni, kita sebaya tau. Kihkih Jangan kalah dengan kami yang dah tua ni.

Berat tau. Perlu stamina yang tinggi.

Perkara paling seronok kami lakukan bersama adalah hiking. Umur kami sebenarnya tak la tua, tak juga muda. Sedang-sedang. Aku 34 tahun, laki aku 37 tahun. Tapi mampu membawa anak-anak termasuk yang paling kecik tu sehingga ke puncak. Perasaan seronok tak mampu nak ungkap. Kami dapat menjalinkan silaturrahim. Bahagia bila sihat dan mampu lakukan bersama-sama dengan keluarga.

Bukit Panorama ialah bukit kelima kami panjat tahun ini. Takde nak rasa semput dah bila kita aktif. Seronok bila badan kita kembali muda. Banyak perkara kita mampu buat.

Okey. Setakat ni jela yang aku boleh kongsikan. Takde kelainan pun dengan orang lain yang sedang menjalani kehidupan sihat. Cuma nak bagitau ini adalah cara aku. Cara aku dan suami. Suami aku pun turun banyak tau. Serius orang terkejut tengok dia jauh berbeza dengan dulu. Kami dah insaf. Usaha dulu nak sihat. Kalau dapat jugak penyakit walaupun dah cuba sedaya upaya mencegah itu dah ketentuanNya.

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat. Tak ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan.

12 thoughts on “Kembali kurus selepas melahirkan anak

Leave a Reply