Ubah sikap selepas daki Bukit Harimau Menangis
Hiking merupakan satu aktiviti glemer masa kini tau. Aku bukan terjebak. Memang dah gemar sangat daripada dulu lagi. Zaman aku kecik-kecik dipanggil Jungle Trekking. Pernah kawan aku cerita pasal hiking di negara luar. Masa tu bodoh-bodoh lagi sebab tak pernah dengar perkataan tu. Jakun la kan. Tanya la pasal hiking tu. Katanya aktiviti redah bukit. La… Tu je ke… Beriya aku tanya. Hahaha
Tu cerita 10 tahun lepas. Perkataan hiking dah popular di masa kini dan telah menggantikan jungle trekking yang telah diguna pakai zaman aku sekolah lagi. Jangan guna la. Tak hipster. Kihkih. Bukit atau hutan, dua-dua sinonim dengan aku. Laki aku pun sama. Nasib baik sama minat. Cuma lepas kahwin dah tak aktif. Aktif balik pun semenjak 2 3 tahun ni je. Banyak beza sebelum dan selepas ada anak ni. Lagipun, suasana pun dah berubah. Ada beberapa perkara yang aku dapat lihat dan sepatutnya ditegur. Walaupun aku ni bukan la pakar bukit, tapi ada perkara yang patut aku sampaikan. Aku kan cikgu. Elok la pesan-memesan.
1. Usia bawah 18 tahun perlu bersama ibu bapa/penjaga.
Anak-anak di bawah usia 18 ni memang memerlukan penjaga yang dewasa supaya ada yang boleh bersama mereka sekiranya apa-apa yang berlaku. Sikap anak-anak yang suka bermain sememangnya sebati di jiwa mereka. Mereka kurang berfikir kesan kemungkinan kecelakaan yang bakal berlaku. Jika adanya penjaga, mereka akan dijaga dan dikawal sepenuhnya. Ada dua kejadian yang berlaku.
Kanak-kanak lebih kurang darjah 3 dan 4 melompat girang semasa menuruni kawasan bukit curam. Lompatan mereka pun tanpa menghiraukan siapa pun di hadapannya. Kalau jatuh, jatuhlah. Nasib mereka baik sebab takde apa-apa yang berlaku. Kami yang dewasa ni hanya menggeleng kepala je. Ada juga terdengar beberapa orang bertanya, “Ibu bapa mereka takde ke?” Sama dengan soalan yang berlegar dalam kepala aku ni.
Sebelum pulang, ada kanak-kanak berusia lebih kurang 12 tahun berlari laju menuruni bukit dan hanya memakai selipar. Seperti dijangka kesannya, kanak-kanak tu jatuh tergolek. Kawannya yang lain gelak jela. Kami dapat dengar bunyi nafas yang ditarik budak tu dah lain macam. Abangnya yang jual air di salah satu gerai di bawah buat tak tahu je. Kami panggil untuk angkat adiknya pun diejeknya. Kalau kami bantu lagilah dikatakan kami ni busy body. Kami tinggalkan mereka dan dari jauh dapat didengar si abang melaung, “Jangang care ke orang laing ah!” Dan dari jauh jugak la aku nampak adiknya tadi sedang dibantu oleh bantuan kecemasan. Waktu tu kami dah di dalam kereta. Mujur. Walaupun sakit hati dengan perangai biadap si abang tadi. Akhirnya terdiam jugak bila tengok adiknya terpaksa dirawat.
2. Berpakaian yang sesuai.
Dah tau ni aktiviti mendaki bukit, kenapa tak pakai kasut? Kenapa hanya berselipar jepun? Dan kenapa pakai baju tangan Saloma? Berseluar jeans? Susah sikit nak educate orang kita pasal pakaian ni. Bagi mereka pakaian tidak penting. Kononnya dah otai dengan persekitaran hutan. Lagi sakit jiwa bila sesetengah berpandangan orang dulu ok je takde berkasut bagai. Dulu memang takde pilihan. Lagipun orang dulu memang tinggal dalam hutan.
Keselesaan la yang paling utama. Naik turun bukit pakai selipar? I cannot brain… Berapa kali aku tengok orang tersadung sebab selipar tu lekat di akar kayu. Baju pun material macam-macam. Kan selesa kalau cari kain yang boleh menyerap peluh. Tak perlu mahal. Yang penting bersesuaian.
3. Utamakan keselamatan
Hutan ni berbeza dengan keadaan real life kita sehari-hari. Jalan bertanah. Akar kayu timbul di permukaan. Takde tangga. Susur tangan hanyalah batang pokok. Batu pun ada yang licin. Kita tidak biasa. Berhati-hatilah semasa melangkah. Sentiasa fokus ke hadapan.
Ramai jugak yang duk bergurau. Main tolak-tolak kawan. Alahai. Hutan ni dik. Bukit bukan main curam. Sekali jatuh, menyesal diri. Teriak la mak bapak korang. Kalau hidup sampai mati menjadi igauan. Kalau mati, tinggal cerita jela.
4. Timbang rasa
Kebetulan datang waktu ada event. Memang sesak la kat atas bukit. Jadi, perlu ada timbang rasa. Laluan sempit je. Kena jadi macam kereta masuk kampung. Beralih ke tepi bila datang gerombolan dari arah depan. Ni semua nak teruskan, akan jem. Berlakulah perebutan jalan. Siap berlanggar lagi. Nasib tak baik, ada yang jadi tempat berpegang. Geli la…
Mulut tu satu hal. Bercakap guna volum 5 kot. Gelak sakan tak ingat dunia. Orang macam ni biasanya datang berkumpulan. Takde hal nak bersembang pun. Cuma yang datang ni nak ketenangan. Bukan nak dengar isi perbualan orang lain. Dilaungnya ke kawan yang berada di belakang kami. Kami pulak kat tengah. Tension betul.
5. Sediakan Baby carrier atau Child carrier
Bawa bayi bersama tapi didukung di pinggang. Kenapa tak guna baby carrier? Malang kalau datang kita tak boleh nak bau tau. Anak kalau masih bawah 6 tahun, sediakanlah carrier yang bersesuaian dengan usia. Budak ni cepat penat. Bukan macam kita bertenaga. Bayi lagi la. Tak masuk dek akal tengok letak di pinggang yang hanya menggunakan sokongan lengan je. Turun bukit tu. Bukan pakai tangga. Sorry to say. Nak beraktiviti lasak macam ni perlu prepare betul-betul. Anak ni tiada ganti. Kalau dah preparation dah dibuat. Tapi jadi jugak musibah, itu dah memang kerja Tuhan.
6. Jaga kebersihan
Pernah dengar kan kempen Cintailah Alam Sekitar? Ada terap tak dalam diri tu? Sakit mata bila tengok sampah sarap diselit di ranting kayu, puting rokok atas tanah, plastik roti di semak samun dan segala macam lagilah. Vandalisme pun tak kurang juga. Janganlah ditoreh batang pokok tu oii… Sian pokok. Elok je dia hidup kat situ. Takyah la. Tunjuklah bukti kasih sayang kat tempat lain. Kertas kan ada. Tak pun muat naik la kat mana-mana media sosial. Tak moden la korang kalau tenyeh kat alam sekitar.
Sampah janganlah dibuang merata. Walaupun tong sampah tidak disediakan, tolonglah bawa turun bersama. Monyet tak reti nak kutip segala sampah yang dibuang oleh manusia. Silap-silap binatang ni makan plastik-plastik semua. Bukannya binatang tu pernah sekolah. Botol air minuman kosong tu lenyekkan biar jadi sebesar penumbuk je. Boleh je masuk simpan dalam poket. Sampai bawah boleh la buang dalam tong sampah. Simple.