Beijing
Naik bas ke Tembok Besar China #Pintu Badaling

Naik bas ke Tembok Besar China #Pintu Badaling

Entri dah lama di up up semula! Rugi la ilmu ni kita simpan je kan. Walaupun kejadian ni dah berlaku pada tahun 2017, nak jugak buat panduan kepada traveller lain. Suasana kami menapak ke Tembok Besar China masih terbayang segar dalam ingatan walaupun dah 3 tahun berlalu. Dengan adanya entri ini, sekurang-kurangnya terubat la rindu aku akan pengalaman lepas.

Pengalaman ke Beijing Disember 2017

Sedih pilu buat apa. Aku teruskan cerita macam mana nak ke sana. Aku dah pakat siap-siap dengan laki aku nak naik bas ke sana. Tembok Besar China ni ada banyak pintu. Yang aku tau hanya pintu di Mutianyu dan Badaling je paling dekat area Beijing. Dan pintu Badaling lah yang paling dekat dengan tempat aku menginap.

Dari Hutong, kami bertolak seawal 7 pagi menuju dengan menaiki tren subway ke Deshengmen Station untuk mencari bas bernombor 877. Pastikan kad mempunyai kredit. Kalau takde sila topup dulu. Anak kami seorang tu tak cukup tinggi. Maka takde kad. Naik percuma je. Kalau negara kita ikut umur kan.

Cari bas ni bukan main lama. Tanya orang, orang tak faham bahasa Inggeris. Tanya Bahasa Melayu lagi la bengong kan. Tapi, aku salute la rakyat China ni. Waktu pagi macam ni mereka sibuk berkejar nak pergi kerja. Sibuk macam mana pun mereka ni, akan tolong jugak kami cari bas tu sampai jumpa. Tak kira mereka berkot hitam atau pakcik tua yang sibuk sapu sampah, mereka tetap berhenti daripada melakukan aktiviti dan cuba membantu kami. Semuanya pertolongan ini tak membantu sebenarnya. Hahaha

Masalahnya adalah komunikasi. Tempat mereka tunjuk pun tak sampai betul-betul di depan bas. Ada lagi sorang pakcik ni asyik cakap je. Sepatah haram tak faham. Mungkin keadaan kami ni nampak kecoh, akhirnya makin ramai bantu kami untuk terus sampai ke bas. Alhamdulillah. Akhirnya kami berada juga di dalam bas yang betul. Segan betul la…

Dari jauh nampak driver bas melambai-lambai pada kami. Mungkin boleh cam kami ni foreigner dan ke mana lagi foreigner macam kami nak pergi kalau bukan ke Tembok Besar China kan. Naik je bas terus gerak tanpa menunggu seminit pun. Mujur sempat. Sebenarnya banyak juga buah mujur pagi ni.

Perjalanan kami ke sana selama mengambil masa 1 jam setengah. Layan tidur la dulu. Tapi tak boleh nak lelap pun. Sebab syok menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan. Tak sama dengan Malaysia. Cerah la mata duk tengok kat tingkap luar. Dalam bas ada seorang guide yang memberi penerangan dalam bahasa Cina. Mungkin sedang menceritakan sejarah Tembok Besar China. Mungkin.

Ngam sejam perjalanan, kami tiba pukul 9 pagi di pintu masuk Badaling Tembok Besar China. Dari jauh dah nampak tembok panjang macam ular melingkar atas bukit. Perasaan teruja tu Allah je tau. Semangat nak turun takyah cakap.

Sekitar di Tembok Besar China. Ikut hati nak daki ke puncak. Tapi tau, kami tak mampu. Salah, bukan kami, aku je. Beringat sedang bawa sorang lagi dalam perut (kandungan usia 3 bulan) Turun bas, berasa sejuk yang amat. Tangan dah macam air batu. Cakap sikit dah gigil. Asap dah keluar berkepul-kepul dari mulut. Naura tambah pakai selapis lagi baju. Tak tahan katanya. Usah dicabar musim sejuk bulan 12 ni. Kami pun dah mula bukak dan pakai pad pemanas yang dibeli di Daiso, Malaysia. Sejuk macam nak naik balik atas bas. Tapi rugilah kan kalau dah sampai tapi langsung taknak jejak.

Jauh juga menapak ke kaunter tiket. Harga 70 yuan seorang. Naik kejap je. Sebab makin jauh, makin curam. Jalan, berhenti. Jalan berhenti. Pemandangan? Memang tak boleh tangkis. Teramat cantik. Biasa tengok tv tengok buku je kan. Ini live depan mata. Gembira tak terkata 

Aku kepilkan beberapa keping gambar untuk memudahkan korang nak ke sana nanti. Ingat. Ni pintu Badaling. Nak ke pintu Mutianyu aku tak tau. Dengar cerita sana ada gelungsur berbayar. Nak naik bas dengan harga tiket murah, boleh ikut cara aku. Step by step dah aku cerita ni.

Dari Hutong masuk subway amik Line 2
Kad metro. Cek baki dulu sebelum nak naik tren. Boleh topup waktu di airport lagi
Berhenti di Stesen Dongzhimen
Sila pandai menjaga diri sewaktu menaiki tren. Diam tau.
Turun tren teruskan jalan sehingga jumpa signboard ni. Bas no. 877 ke Badaling Great Wall. Besarkan imej kalau tak puas nak tilik
Jalan je lagi akan terus jumpa bas banyak-banyak macam ni. Ni la saat mencabar mencari bas 877
Signboard ni ada nan jauh atas kepala. Memang tak jelas dan tak perasan pun. Puas orang kat situ tunjuk benda alah ni. Kitorang tak nampak la. Lagipun, bas ni tersorok di sebalik bangunan besar.
Terpampang besar nombor bas. Kami adalah orang terakhir. Beli tiket sebelum masuk. Sediakan wang kecil.
Akak comel memberi penerangan sepanjang satu jam perjalanan. Tak faham pun
Bas berhenti di satu kawasan parkir. Ingat la papan tanda bas no. 877 tu. Nak balik nanti lupa susah pulak
Korang akan melalui kawasan peniaga dulu. Kembang kempis bau makanan. Souvenir seperti fridge magnet dan keychain pun turut sama dijual di sini
Kemudian korang akan menapak jauh lagi. Lebih kurang 1.5 km jugak. Aku yang sedang pregnant pun mampu. Apatah lagi korang yang bawa satu badan je kan. Haha
Pintu masuk Badaling. Ni bukan lagi great wall ya
Beli tiket dengan harga 70 yuan bagi orang dewasa. Kanak-kanak ada ukurannya. Kalau rendah free jela.
Kawasan luar kaunter ada kedai runcit. Kami beli hot choc bagi memanaskan badan. Sejuk wei. Harga mahal. Mungkin kawasan tumpuan pelancong
Tersergam indah tempat ni. Baru jalan 300 meter
Tak jauh pun pergi. Aku tak nak amik risiko. Kat sini la aku jumpa orang Malaysia.
Aku cepat penat. Sebelum keluar, aku berehat dulu makan Snicker yang dibawa dari Malaysia untuk dapatkan tenaga.

Harap boleh membantu sesiapa yang teringin ke Tembok Besar China melalui pintu Badaling. Mudah dan murah. Terpaksa jimatkan duit sebab rakyat ramai. Lagipun sengaja nak budak-budak ni rasa macam mana naik bas kat negara luar. Seronok mereka lain macam. Mereka happy, aku pun happy. Biarpun letihnya waktu pregnant tak payah nak cerita.

“China like never before”

Happy travel guys. We are familypacker. Oyeah! Bertemu di entri lain. Bye!

24 thoughts on “Naik bas ke Tembok Besar China #Pintu Badaling

Leave a Reply to Nur Cancel reply