TALK
Mitos nak kurus

Mitos nak kurus

Mitos ni adalah ‘cerita’ orang zaman dulu yang dibawa dari turun temurun. Kebanyakan orang kita sangat percaya dengan mitos. Aku dulu pun sama jugak. Percaya gila dengan orang sekeliling terutama sekali geng orang-orang tua. Banyak betul pantang larang yang perlu buat. Kalau buat tak tau, pelbagai perkara yang menakutkan didengari. Siapa tak cuak bila tau kesan buruk bakal terjadi pada badan sendiri kan

Mulanya aku ikut jugak. Lama-lama rasa macam mengarut pun ada. Daripada mana sumber orang lama ni dapat ek? Ujian ke atas diri sendiri ke? Boleh percaya ke hanya dengar sahaja tanpa kajian prosedur sebenar? Semenjak ada internet ni, maklumat semua menjadi mudah. Hanya di hujung jari je. Baca dulu, kemudian barulah pergi rujuk secara berdepan. Sekurang-kurangnya soalan aku ajukan nampak macam seorang yang bijak. Acecece!

Berbalik semula kepada mitos nak kurus. Sebenarnya bukan semuanya adalah betul! Semua itu adalah testimoni orang dulu-dulu. Kebetulan je elok dengan badan mereka. Lagipun, zaman mereka bukan semuanya merujuk doktor. Kebanyakan mereka hanya cuba jaya je. Dan boleh dikatakan apa yang dijaga tu tak memberi kesan pun. Malah boleh membahayakan kesihatan. Testimoni bukan bukti kepada satu kajian.

Kajian bermaksud membabitkan isu, institusi, berdasarkan maklumat terperinci yang
dikumpulkan dalam masa tertentu. Sumber Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

Bukan nak kondem orang lama. Cuma, kita yang bukan ahli ni sebaiknya rujuk la kepada ahli dalam bidang seperti pegawai kesihatan, dietation atau farmasi. Kalau ikutkan ramai lagi yang boleh dirujuk. Cuma hanya mereka ini je yang paling glamor dalam masyarakat kita.

Apakah mitos kurus yang biasa kita dengar?

  • Minum ais penyebab perut buncit.
  • Menolak nasi.
  • Makan biskut, mi atau roti sebagai pengganti nasi.
  • Jangan makan pagi.
  • Minum air paling kurang atau lebih 3 liter sehari.
  • Tak perlu workout. Sapu sampah pun boleh keluarkan peluh.
  • Percaya dengan jamu / pil kurus.
  • Pantang larang dengan sayur / lauk tertentu.
  • Pakai bengkung.
  • Wajib berpantang makan 44 hari, 60 hari, 100 hari (bagi yang lepas bersalin)
  • Mengamalkan detox (ni trend terkini)
Bila dah lama sangat kita guna pakai kata orang dulu-dulu, macam ni rupanya bila fakta terbongkar.

Ni antara yang aku biasa dengar apabila sedang bersembang dengan geng bawang di kantin staf. Tak kurang jugak saudara mara, sahabat lama dan lain-lain golongan. Kalau ada sebarang tambahan, masukkan di bahagian komen nanti. Adakah semua mitos kurus di atas betul-betul berkesan?

Aku pernah merujuk doktor, pegawai pemakanan dan membuat pembacaan sendiri. Hasil yang aku dapat, aku kongsikan kepada pembaca agar dapat mengubahkan persepsi supaya hidup dengan gaya lebih sihat. Senarai mitos kurus di atas aku tinggalkan agar pembaca boleh buat penilaian sendiri.

1. DIET

Diet merupakan makanan dan minuman yang dihadkan. Bukan maksudnya TAK BOLEH makan. Biasa dengar kan, “Eh, Minah. Ko diet ke tengahari ni?” Apa yang pembaca faham daripada ayat tu? Tak makan tengahari kan. Waktu aku di wad sebelum ni, aku baru habis makan. Aku ingat lagi ayat misi macam ni, “Saya ambil diet puan ya.” Jelas dan terang bahawa perkataan diet adalah MAKANAN.

Diet ada macam-macam. Diet eat clean, diet eat dirty, diet Atkin, diet Kalori, diet sihat, diet sayur, diet orang sakit kencing manis dan pelbagai lagi jenis diet yang aku sendiri pun tak tau. Yang aku buat sekarang adalah DIET KALORI.

Ikan tu aku akan goreng tanpa minyak. Daging tu bakar. Aku akan elakkan makanan berminyak. Takde rasa? Zaman dulu takde perisa sangat. Yang ni taknak pulak ikut. Haha

DIET KALORI

Aku suka diet ni sebab aku boleh makan apa sahaja. Asalkan aku disiplin dengan pengambilan kalori. Kalau terlebih, aku perlu bakar agar kalori aku cukup-cukup dengan keperluan badan. Susah nak fahamkan. Aku akan terangkan di entri lain. Kalau nak tau apa itu diet kalori, boleh klik pautan ini atau masuk group FB Diet Kalori. Banyak info pembaca boleh dapat.

2. KENALI KUMPULAN MAKANAN

Nasi adalah karbohidrat bertujuan kita bergerak seperti berjalan, naik turun tangga, bangun daripada duduk dan segala pergerakan badan memerlukan tenaga. Nak bertenaga? Makanlah makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi. Baru bersemangat nak menoreh kan. Hihi

Biskut, roti dan mi adalah makanan proses yang mempunyai campuran pelbagai. Nasi hanya sekadar nasi. Nak jadikan biskut perlukan tepung, garam, gula, mentega dan perasa lain. Segenggam nasi = 3 keping biskut kraker = 2 keping roti. Ini adalah sifir asas pengambilan makanan.

Susah ke nak tau berapa banyak pengambilan makanan dalam satu pinggan? Belilah pinggan sihat yang banyak dijual di pasaran kini. Dalam pinggan memisahkan kepada 3 nutrisi wajib iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Eh, lemak nak jugak. Yelah. Semua makanan yang ada di dunia ni penting.

Belilah senang. Ada dijual. Isi kategori makanan mengikut pembahagi pinggan tu.

3. BERSENAM

Disebabkan teknologi yang canggih manggih, banyak hal dipermudahkan. Contohnya penggunaan lif, pembelian dan pembayaran online serta kenderaan yang menggerakkan kita ke tempat yang jauh. Teknologi ini mengurangkan pergerakan kita. Kalau bekerja di pejabat yang hanya duduk sahaja di kerusi 8 jam tanpa bangun duduk lagilah kan.

Seeloknya buat cardio dan weight training. Bergilir la

Curi masa untuk bersenam. Pilihlah senaman macam mana pun, asalkan pergerakan yang dibuat sekata dalam tempoh tertentu. Buat kerja rumah tak sama dengan bersenam. Walaupun berpeluh sebab menyapu sampah atau buat kerja dapur, peluh bukan penentunya. Ada orang tak buat apa-apa pun tetap berpeluh banyak. Kalau orang bersenam di dalam aircond, langsung tidak mengeluarkan peluh. Adakah senamannya sia-sia?

Ramai yang mengganggap berpeluh adalah jaminan untuk hidup sihat. Sebab itulah ramai yang terlihat berlari dengan memakai sweater. Niat nak berpeluh banyak. Cuaca Malaysia kategori panas. Tak pakai pun memang dah berpeluh tahap menitik-nitik. Pakaian nipis dan menutup aurat sudah memadai. Elakkan badan daripada terkena over heat.

NAK PERUT FLAT?

Yang membuncit tu adalah abdomen. Bukan perut. Perut tempat pengumpulan makanan yang dimasukkan ke dalam setelah dikunyah di mulut. Abdomen adalah otot yang telah memeri akibat tolakan lemak banyak atau mengandung. Kawasan dah longgar. Padatkan balik dengan senaman. Bukan setakat flat, six pad pun dapat tau.

4. PENGAMBILAN AIR

Minum jela sekadar keperluan badan. Orang tu minum sampai 3 liter sehari berkemungkinan dia dinasihatkan oleh doktor. Berkemungkinan dia kerja di tempat panas yang mengakibatkan kehilangan air dalam badan. Kalau kita berekon je 24 jam, minum ketika rasa dahaga dah la.

Usah bebankan buah pinggang anda untuk bekerja lebih. Kesian la sebab supply air yang tidak berpadanan dengan keperluan badan.

DETOX

Siapa yang keluarkan minuman detox ni? Tidak lain tidak bukan adalah penjual. Usus tidak perlu dicuci. Itulah keadaan usus sebenar dalam badan. Nak cuci macam mana lagi? Itukan tempat laluan makanan yang dah diproses. Aku tak pandai nak ulas. Haha Ampun. Detox adalah minuman berjus sahaja. Tak lebih daripada itu.

Nilah detox. Ini adalah minuman menyegarkan. Jus semata-mata. Air buah untuk sedap di tekak.

5. PENGAMBILAN / PENGGUNAAN TANPA NASIHAT

Pemakaian bengkung boleh merosakkan tulang belakang. Bayangkan bantal golek diikat dengan kemas di bahagian tengah. Apa jadi? Tercekik di tengah kan. Begitu la keadaan tulang belakang anda. Takde kajian pun dengan perut menjadi kempis. Tipu la badan akan mengikut acuan bengkung.

Ramai yang suka makan jamu dan ubat-ubatan. Siapa penasihatnya? Doktor? Atau pakar farmasi? Kalau penjual, tanya la soalan banyak-banyak. kalau dia boleh berikan jawapan yang meyakinkan, teruskan la. Kalau aku, tetap tak percaya. Mana gudang? Kandungan apa? Tahap belajar si penjual setakat mana?

Rela habiskan duit dengan membeli bahan yang diragui dalam kapsul.

DUTA PRODUK ADALAH DOKTOR

Doktor yang menggunakan jawatannya bagi berkepentingan diri seperti perniagaan adalah salah sama sekali. Dia telah melanggar etika sebagai seorang doktor. Dengan senangnya menjual nama doktor. Semak status doktor anda di http://appsmmc.moh.gov.my/spmpp/ atau
searchmmc/main_search.php Boleh tau terus doktor tu penipu atau tidak.


Hal seperti bersenam dan jaga makan betul-betul berkesan kepada aku. Berat aku selepas melahirkan anak yang ketiga adalah 56 kg. Bagi orang lain okey sangat kan. Pada aku tidak. Aku tak boleh terima. Aku ikut garis panduan sebagaimana aku terangkan di atas dan akhirnya aku berjaya menurunkan berat badan sehingga 49.5 kg. Berat sebelum kahwin pun 52 kg weh. Seronok betul dapat berat zaman sekolah.

Sekarang aku sedang membina otot. Nak kurangkan lemak dalam badan. Sekaligus akan meningkatkan stamina. Penting bagi aku untuk keluar travel luar negara hujung tahun nanti. Sekali keluar hampir 2 minggu. Badan kena betul-betul fit untuk menapak jauh serta mengangkat beg yang maha berat.

By the way, kalau ada kata-kata orang sekeliling membawang seperti ini;

  • “Orang dulu elok je hidup sampai sekarang.”
  • “Tunggu la ko tua kena sakit urat baru tau.”
  • “Ko manusia lupa asal usul.”
  • “Tak payah moden sangat la.”

Ini kata-kata paling biasa didengar. Ingatlah. Anda berada di zaman kini. Cuba untuk adapt. Terlalu agungkan zaman lampau sehinggakan kita lupa zaman sekarang boleh menjadikan kita bongkak. Aku menyampaikan ilmu betul pun orang taknak terima. Adakah kita Tuhan sehingga nampak masa depan?

Lagipun, Islam mengajar kita untuk bersederhana. Makan, bersenam dan menyampaikan sesuatu tidak terlalu obses. Mitos kurus ni boleh membuatkan orang betul-betul amalkan sehingga ke akhir hayat. Kesian pun ada. Kenapa kita menolak nikmat yang Allah berikan?

Badan masih sihat, bersenamlah sebagai peringatan di hari tua. Makan biar berpada. Supaya makanan tu boleh dimakan sampai bila-bila. Tak perlu pun pengambilan produk tambahan untuk tampil kurus. Semuanya Allah dah sediakan secara percuma. Hargailah sementara masih milik kita.

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat

21 thoughts on “Mitos nak kurus

Leave a Reply to Mahamahu Cancel reply