Cebu
TRIP MANILA – CEBU 2018 #vlog

TRIP MANILA – CEBU 2018 #vlog

Tak sah kalau dah balik daripada travel tak siapkan vlog (video travelogue)
Beza tau perasaan kita bila tengok gambar dan video ni. Setakat gambar sahaja macam tak puas. Vlog ni menampakkan keseluruhan perjalanan yang lebih jelas.

Aku dah kepam video mentah ni selama 7 bulan. Takde masa nak edit. Benda ni kalau hadap bukan sejam dua je. Mau berhari-hari. Untuk vlog Trip Manila – Cebu ni mengambil masa 5 bulan tak silap aku. Siapkan 10%, kemudian postpone. Bukak balik siapkan lagi 30%, kemudian senyap… Dan sekarang baru lengkap 100% vlog kami. Lama kan. Aku terpaksa curi masa di waktu malam ketika anak-anak tidur je secara on off.

Alhamdulillah. Siap jugak vlog ni walaupun tak nampak hebat macam orang lain punya. Cukup sekadar kenangan buat aku sekeluarga. Anak-anak memang dah bising lama dah nak tengok. Sebab mereka tahu aku ni suka buat video. Kebanyakan videoklip aku upload di sesawang youtube channel RALITMEDIA. Ada beberapa lagi vlog travel yang lain kalau nak tengok.

KLIK MANA-MANA VLOG YANG INGIN DITONTON

Kembara kami ke Filipina selama 9 hari bertarikh 10 – 18 Disember 2018

Shoot by

Handset Experia ZX, Experia XZ2, Olympus OM-D E-M10 Mark II, GoPro Hero 5 Black

Edit by

Sony Vegas Pro 10.0

Background sound

BLACKPINK & Dua Lipa – KISS AND MAKE UP | Alex Goot, Jada Facer, KHS

Clean Bandit – Symphony feat. Zara Larsson cover by One Voice Children’s Choir with Rob Landes

Aku cuba masukkan transition terkini macam zoom in/out dan tukar side cepat-cepat tu. Tapi videoklip tak nampak smooth sebab laptop aku ni dah slow. Time edit tu aku tak boleh nak tengok macam mana video ni run. So, aku gamble je buat dan hasilnya agak mengecewakan. Nak tukar laptop baru, takde duit. Pakai jela sampai rosak. Aku sayang lagi laptop zaman belajar ni. Banyak kenangan.

Okey, hope enjoy watching my vlog. Thanks for watching, and don’t forget to subscribe!

It’s more fun in the Philippines

22 thoughts on “TRIP MANILA – CEBU 2018 #vlog

Leave a Reply to Airah Cancel reply