beijing
Penduduk Muslim di Niujie

Penduduk Muslim di Niujie

Anda perlu ke Niujie kalau nak jumpa penduduk Islam di Beijing. Kelihatan ramai yang memakai tudung dan kopiah di kepala. Masjid yang terbesar dan tertua juga ada di Niujie ini. Pendek kata, nak rasa suasana seperti negara Muslim, anda perlu ke Niujie.

Selama berada di Beijing, aku singgah dua kali ke Niujie. Pertama kali aku ke sana semat-mata nak ke Masjid Niujie dan bertemu dengan orang Malaysia. Dan tak sangka juga sekampung dengan aku. Kecilnya dunia ini. Kali kedua ke sana untuk mendapatkan makanan halal. Disebabkan penduduk Niujie rata-ratanya beragama Islam, tanpa berfikir aku hanya ke sana semata-mata nak makan.

Dua kali pergi, dua kali jugak aku singgah Masjid Niujie untuk menunaikan solat jamak. Kami pergi di musim sejuk iaitu pada tarikh 4 Disember 2017. Suhu pula mencecah 4 darjah celcius. Masuk ke masjid berwudhuk dengan air panas amat melegakan. Tak perlu bayar pun untuk guna tandas dan air di masjid tersebut. Anda juga boleh menghayati seni binaan masjid yang dibina sejak Dinasti Liao pada tahun 966.

Ni kelas belajar. Masjid di belakang tempat aku berdiri sedang mengambil gambar.

Ramai yang berkopiah tak kira perempuan atau lelaki. Jarang nak jumpa perempuan bertudung. Mereka lebih selesa kot memakai kopiah macam tu je. Tapi, bila penduduknya berada di dalam masjid, automatik akan bertudung litup. Lebih kurang je dengan rakyat kita. Ops…

Tak kira lelaki atau perempuan, semuanya berkopiah

Di perkarangan masjid juga mempunyai kedai runcit yang menjual seperti tasbih dan kopiah. Waktu aku pergi tu kedai dah tutup. Dah masuk maghrib kot. Orang dah balik. Siang di musim sejuk sangat pendek. Langit pada pukul 4 pun dah mulai gelap. Angin yang menghembus ketika itu sangat sejuk rasa sehingga ke tulang. Aku yang tak tahan menyedut udaranya terpaksa menutup dengan kain. Udara rasa bagaikan jarum yang mencucuk-cucuk dalam lubang hidung. Sakit sangat.

Disebabkan itu jugaklah aku terpaksa bersembunyi di dalam kedai. Alasan kan. Padahal nak makan. Haha Banyak betul kedai makan di sepanjang kawasan Niujie ni. Tak larat nak pilih. Aku main masuk je. Menu paling banyak disediakan adalah daging kambing. Tak payah risau akan sakit kepala Makan je. Dagingnya yang sangat empuk membuatkan kami tak dapat menolak.

Empuk sangat. Takde gigi boleh main telan je

Paling tak tahan, aku tersalah pesan air kelapa. Ingatkan air kelapa yang jernih tu. Sekali santan yang sampai. Mana mampu tekak ni nak telan. Santan tu biasa kita buat gulai. Mana mungkin aku nak telan macam tu je. Mampu gelak jela di meja makan.

Air santan. Anak perempuan aku taknak pandang pun

Puas hati dah makan, kami ke Pasaraya Muslim Niujie yang berada di sekitar. Luas pasaraya ini lebih kurang 1/2 pasaraya Tesco Malaysia. Banyak barang yang dijual. Sama je dengan masuk Tesco. Cuma barang yang dijual diyakini halal. Macam-macam makanan aku cuba rasa. Dan aku senang hati sebab boleh membeli makanan kering untuk dijadikan bekal ke Hohhot.

Di deretan kedai di bahagian luar juga ada yang menjual makanan. Aku sempat beratur membeli roti. Sedap jugak la rasanya. Harga pun tak mahal. Banyak juga aku beli untuk dijadikan bekal. Tak payah dah susah-susah nak mencari makanan halal di tempat bakal menginap.

Kami tak beratur pun yang ni. Lama nak menunggu di suasana yang sejuk
Beli roti. Banyak pilihan

Kalau bernasib baik, sempat la tengok penyembelihan haiwan seperti kambing di kaki lima bangunan. Ramai penduduk akan menunggu bagi membeli haiwan yang telah siap disembelih untuk dibawa pulang ke rumah. Aku nak beli pun bukan ada tempat nak masak. Ada pun aku malas jugak nak masak. Hehe

Daging penyembelihan yang halal.

Jadi, jika anda tiba ke Beijing, singgah-singgah la ke Niujie ini. Boleh anda merasai sendiri pengalaman suasana berada bersama penduduk Islam di China. Selamat mengembara!

CHINA LIKE NEVER BEFORE

Previous< Pengalaman ke Being Disember 2017

Naik bas ke Tembok Besar China #Pintu Badaling >Next

22 thoughts on “Penduduk Muslim di Niujie

    • Author gravatar

      Jauh ke Niujie ni dari Beijing… inshaAllah bila drmpat ke Beijing nanti pasti akan cari trmpat yang direkomenkan ini apatah lagi ada masjid di situ .. boleh solat!

      • Author gravatar

        Niujie ini dalam bandar Beijing… Soalan puan seolah jauh ke Kg. Baru dengan Kuala Lumpur… Huhu Saya dari Hutong ke Niujie. Perjalanan menggunakan metro tak sampai 30 minit. Bergantung juga pada waktu peek orang keluar masuk

    • Author gravatar

      Seronok melihat negara Islam lain kan. Walaupun negara kita lewat menerima kemasukkan Agama Islam berbanding negara China, kita tetap masih bersyukur kerana mampu mengamalkan segalanya tentang agama tercinta kita Islam tanpa ada sekatan seperti mereka di China.

      Semoga semua umat Islam di seluruh dunia dapat mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya tanpa ada sedikit pun halangan mahu pun sekatan.

    • Author gravatar

      Seronoknya dapat jalan-jalan ke negara orang. Luas perjalanan luas pengalaman saudara. Mudahlah nanti bila trip ada ke sana suatu hari nanti, boleh tuju ke tempat ini.

    • Author gravatar

      Bestnya tengok Islamic culture kat sana. Kalau gi travel mmg suka carik masjid & Muslim community pun. Sbb tu kita digalakkan mengembara kan. Membuka minda & dapat pengalaman.

    • Author gravatar

      Tenkiu share pengalaman seperti ini. Tak pernah lagi menjejakkan kaki di bumi China. Boleh jadikan panduan kalau berpeluang ke sana.

    • Author gravatar

      Tidak sangka saudara se-akidah kita ramai di sana. Semoga mereka selamat. Mesti seronok kan musafir melihat keindahan luar negara . hehe. Naim tak berpeluang lagi. next time kot hehe.

    • Author gravatar

      seronok tengok suasana macam ni kat negara luar kan..harap dapat merasa ke beijing juga nanti

    • Author gravatar

      seriously tak sangka di dalam negara China ada daerah yang majoritinyer penduduk islam, ini sangat-sangat membanggakan. makin mudah orang kita untuk melancong ke China sekarang ni

    • Author gravatar

      Saya pernah ke sini pada tahun 2013, dan pernah singgah ke masjid ni juga. Tapi time sy pergi tu macam ada ramai gelandangan yg minta sedekah di luar masjid.

    • Author gravatar

      alhamdulilah dapat jugak berjalan jalan tengok saudara seagama di luar malaysia. menu masakan pun nampak menyelerakan betul, tambah lagi cuaca sejuk kat sana memang sedap je tengok kan

    • Author gravatar

      Menarik. First time tau pasal Niujie ni. Pelik jugak bila tengok orang perempuan pun berkopiah

    • Author gravatar

      aduhai. apa la yg dpt aida kome, nhazla.
      lom lagi jejak kan kaki ke beijing 🙂
      tq for sharing. tambah ilmu.
      terkenangkan satu kata2 – cari la ilmu sampai ke negara China.
      begitu la lebih kurang, kan.

    • Author gravatar

      Tak pernah lagi sampai ke cina. Memang teringin sgt. Seronok sebenarnya mengembara melihat budaya sesebuah negara..mcm2 boleh kita lihat..contohnya mcm perwmpuan pakai kopiah

    • Author gravatar

      ah I miss Beijing, so many things to see and do there. Niujie sounds like an interesting placce to visit in Beijing too. must go next time

    • Author gravatar

      seronok bila baca pengalaman rakan2 blogger ke negara orang. teringin nak rasai pengalaman itu, walaupun masih beli mampu. in shaa Allah suatu hari nnti. 🙂 jika ada rezeki. terima kasih atas perkongsian ya 🙂

    • Author gravatar

      seronoknya baca entry travel yg mcm gini… tambah2 info dan cerita tentang negara Islam lain.. seronok baca… yelah nak pergi sndiri tak boleh… bila sebut China terus ingat ungkapan nk cari ilmu biar sampai negara china dan mmg betul pun sbb kat sana ada tempat islam yang menarik utk pergi… moga akan ada lebih bnyk story yang mcm gini.. keep travel ye..

    • Author gravatar

      Bestnya berjalan di yempat orang. Dapat mengenali dan memahami budaya mereka. Tak pernah lagi pergi ke tempat sini tapi lps baca entri teringin nk ph satu jr nanti

    • Author gravatar

      hahaa..boleh pulak tertelan santan ye..dah macamorg luar negara dtg malaysia nak minum susu tapi terbeli santan..bestnya tengok suasana nujie ni..

    • Author gravatar

      Wow it is so far away from the city centre but then again that is the very purpose of the visit right? Glad to see muslims live happily over there.

Leave a Reply to Hanny Abdullah Cancel reply

Your email address will not be published.