Beijing
Penduduk Muslim di Niujie

Penduduk Muslim di Niujie

Anda perlu ke Niujie kalau nak jumpa penduduk Islam di Beijing. Kelihatan ramai yang memakai tudung dan kopiah di kepala. Masjid yang terbesar dan tertua juga ada di Niujie ini. Pendek kata, nak rasa suasana seperti negara Muslim, anda perlu ke Niujie.

Selama berada di Beijing, aku singgah dua kali ke Niujie. Pertama kali aku ke sana semat-mata nak ke Masjid Niujie dan bertemu dengan orang Malaysia. Dan tak sangka juga sekampung dengan aku. Kecilnya dunia ini. Kali kedua ke sana untuk mendapatkan makanan halal. Disebabkan penduduk Niujie rata-ratanya beragama Islam, tanpa berfikir aku hanya ke sana semata-mata nak makan.

Dua kali pergi, dua kali jugak aku singgah Masjid Niujie untuk menunaikan solat jamak. Kami pergi di musim sejuk iaitu pada tarikh 4 Disember 2017. Suhu pula mencecah 4 darjah celcius. Masuk ke masjid berwudhuk dengan air panas amat melegakan. Tak perlu bayar pun untuk guna tandas dan air di masjid tersebut. Anda juga boleh menghayati seni binaan masjid yang dibina sejak Dinasti Liao pada tahun 966.

Ni kelas belajar. Masjid di belakang tempat aku berdiri sedang mengambil gambar.

Ramai yang berkopiah tak kira perempuan atau lelaki. Jarang nak jumpa perempuan bertudung. Mereka lebih selesa kot memakai kopiah macam tu je. Tapi, bila penduduknya berada di dalam masjid, automatik akan bertudung litup. Lebih kurang je dengan rakyat kita. Ops…

Tak kira lelaki atau perempuan, semuanya berkopiah

Di perkarangan masjid juga mempunyai kedai runcit yang menjual seperti tasbih dan kopiah. Waktu aku pergi tu kedai dah tutup. Dah masuk maghrib kot. Orang dah balik. Siang di musim sejuk sangat pendek. Langit pada pukul 4 pun dah mulai gelap. Angin yang menghembus ketika itu sangat sejuk rasa sehingga ke tulang. Aku yang tak tahan menyedut udaranya terpaksa menutup dengan kain. Udara rasa bagaikan jarum yang mencucuk-cucuk dalam lubang hidung. Sakit sangat.

Disebabkan itu jugaklah aku terpaksa bersembunyi di dalam kedai. Alasan kan. Padahal nak makan. Haha Banyak betul kedai makan di sepanjang kawasan Niujie ni. Tak larat nak pilih. Aku main masuk je. Menu paling banyak disediakan adalah daging kambing. Tak payah risau akan sakit kepala Makan je. Dagingnya yang sangat empuk membuatkan kami tak dapat menolak.

Empuk sangat. Takde gigi boleh main telan je

Paling tak tahan, aku tersalah pesan air kelapa. Ingatkan air kelapa yang jernih tu. Sekali santan yang sampai. Mana mampu tekak ni nak telan. Santan tu biasa kita buat gulai. Mana mungkin aku nak telan macam tu je. Mampu gelak jela di meja makan.

Air santan. Anak perempuan aku taknak pandang pun

Puas hati dah makan, kami ke Pasaraya Muslim Niujie yang berada di sekitar. Luas pasaraya ini lebih kurang 1/2 pasaraya Tesco Malaysia. Banyak barang yang dijual. Sama je dengan masuk Tesco. Cuma barang yang dijual diyakini halal. Macam-macam makanan aku cuba rasa. Dan aku senang hati sebab boleh membeli makanan kering untuk dijadikan bekal ke Hohhot.

Di deretan kedai di bahagian luar juga ada yang menjual makanan. Aku sempat beratur membeli roti. Sedap jugak la rasanya. Harga pun tak mahal. Banyak juga aku beli untuk dijadikan bekal. Tak payah dah susah-susah nak mencari makanan halal di tempat bakal menginap.

Kami tak beratur pun yang ni. Lama nak menunggu di suasana yang sejuk
Beli roti. Banyak pilihan

Kalau bernasib baik, sempat la tengok penyembelihan haiwan seperti kambing di kaki lima bangunan. Ramai penduduk akan menunggu bagi membeli haiwan yang telah siap disembelih untuk dibawa pulang ke rumah. Aku nak beli pun bukan ada tempat nak masak. Ada pun aku malas jugak nak masak. Hehe

Daging penyembelihan yang halal.

Jadi, jika anda tiba ke Beijing, singgah-singgah la ke Niujie ini. Boleh anda merasai sendiri pengalaman suasana berada bersama penduduk Islam di China. Selamat mengembara!

CHINA LIKE NEVER BEFORE

Previous< Pengalaman ke Being Disember 2017

Naik bas ke Tembok Besar China #Pintu Badaling >Next

22 thoughts on “Penduduk Muslim di Niujie

Leave a Reply to AhmadiKatu Cancel reply