Thailand
Masuk Thailand melalui Kelantan

Masuk Thailand melalui Kelantan

Senarai negeri yang berada di sempadan Thailand cumalah Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan sahaja. Jadi, pilihan terletak di tangan anda untuk memilih masuk melalui negeri mana. Mana-mana pun boleh. Sebelum ni aku ada ceritakan bagaimana kami masuk ikut Padang Besar, Perlis tahun 2018. Boleh rujuk entri Road Trip Koh Samui kalau nak baca lebih lanjut. Ada kisah tragis sesewaktu berada di imigresen sana waktu tu. Elok jadikan panduan. Huhu…

Disebabkan rumah orang tua kami ni berada di Kota Bharu, maka kami memilih pergi ke boundary Kelantan-Thailand. Buat apa nak ke negeri utara sedangkan Kelantan pun ada. Disediakan dua tempat lagi tau. Satu di Ta’ba (Boleh guna khidmat feri ke Thailand) Satu lagi di Rantau Panjang.

Aku gerak pukul 9 pagi dari Kota Bharu. Kami tiba di jeti Ta’ba sejam kemudian. Ingatkan dah boleh naik feri kan. Tapi hampa yang kami dapat. Feri rosak. Takkan nak selam kereta dalam air pulak. Terpaksa tukar plan ke Rantau Panjang. Bukak waze terus dibawanya kami masuk jalan kampung mana ntah. Ingatkan dah sesat ke hutan mana. Dalam 30 minit kemudian, akhirnya kereta dapat dipandu keluar ke jalan besar semula. Terus hadap jammed. Bukan Kelantan la kalau tak bersesak kan. Ingatkan jammed pasal kereta banyak di jalan raya, rupanya orang masjid sedang kutip derma di tengah jalan. Pandai ya engko waze

Kata si ahli masjid, “Ado make-make sikit. Bulih la singgoh.”

Suami buat isyarat tangan taknak. Kalau tengah lapar memang konpem kereta ni parking elok bawah pokok. Malangnya, kami masih kenyang. Tujuan waktu ni satu je, nak cop pasport secepat mungkin. Ingatkan kami nak masuk dulu sebelum abang aku. Rupanya aku bertembung dengannya di stesen minyak Petronas Rantau Panjang. Waktu ni, elok la beratur ke tandas. Sebab azab sedang menunggu di imigresen. Di bersebelahan tu jugak ada banyak kaunter menyediakan khidmat buat insurans kereta. Harganya RM30 selama sebulan. Insurans ni hanya hanya syarat nak masuk Thailand. Takde nak cover apa-apa. LOL.

Boundary Malaysia mudah dan menyenangkan. Cop pasport drive thru je. Tak perlu turun kereta. Pandu ke lorong yang disediakan, berhenti, bukak tingkap, serahkan pasport, pegawai bilang ahli, cop pasport dan pergi. Simple.

Boundary Thailand lain pula ceritanya. Selesai cop pasport di imi Malaysia, anda perlu pandu lebih kurang 500 meter ke hadapan. Ada sebuah bangunan lebih kurang sama dengan boundary Malaysia. Tapi yang ni, Thailand punya. JANGAN PANDU TERUS KE LORONG. Anda perlu parking kereta dan kesemua pemegang pasport perlu turun untuk masuk ke bangunan tersebut.

Kaunter Kastam bersebelahan dengan pintu masuk. Berada di sebelah kanan sekali.
Kanak-kanak dan bayi ni elok sangat duduk dulu. Bagi bapa atau ibu yang beratur. Kalau tak, memang tak terkawal di barisan. Bila dah tiba di depan kaunter, barulah angkut semua ni.

Sebelum masuk ke bangunan, bawa bersama pasport, insurans dan geran kereta bersama. Semua pemegang pasport wajib ada. Dapatkan borang biru di kaunter 3 dan 4 atau masuk di pintu antara dua kaunter sebelah kanan. Selesai mengisi borang biru bagi setiap pasport, beratur semula di mana-mana kaunter 1 hingga 4. Kalau nak cepat, sorang beratur di imigresen dan sorang lagi beratur di kastam. Dua kaunter ni berada bersebelahan sahaja. Pastikan semua ahli pasport setelkan dulu di kaunter imi. Strategi ni hanya sesuai bagi yang datang berkumpulan je ya.

Ambil dulu borang ni baru beratur di kaunter imigresen. Kemudian selit di pasport.
Tak reti nak isi? Tengok contoh besar gedabak ni di papan kenyataan.
Aku ada labelkan kedudukan kaunter untuk lebih jelas.

Selesai semua urusan, sila keluar ikut pintu keluar yang berada di belakang. Jangan tetiba buat kalut keluar pintu sama dengan yang masuk tadi. Nak kena marah ke? Oh, sebelum lupa. Borang biru tadi dah dipotong sebahagian oleh pegawai imigresen. Simpan elok-elok yang sebahagian lagi. Jangan hilangkan. Nanti tak boleh nak balik Malaysia pulak.

Dari pintu keluar tadi, singgah kejap kat kaunter kastam di salah satu lorong. Serahkan borang pengisytiharan bawa masuk kenderaan. Nanti pegawai akan bagi satu lagi borang untuk kita serahkan balik bila nak balik nanti. Ada je yang tak serah. Biasanya orang tempatan area Sg. Golok dan Rantau Panjang je berani buat. Untuk elakkan kereta anda kena sita atau dapat tindakan yang teruk daripada undang-undang, ikut la sebagaimana yang telah digaris panduankan.

Serah dan dapatkan borang di lorong kastam di luar bangunan.

Dari kaunter kastam, boleh balik semula ke kereta dan pandu lalu di lorong kastam sekali lagi. Berikan pasport untuk disemak. Buka tingkap untuk memudahkan pemeriksaan pegawai kastam. Bila mana pasport diserahkan, maka secara rasminya anda telah masuk ke Thailand secara sah. Nampak dengan jelas ayat Welcome to Thailand di salah satu bangunan di hadapan jalan di pekan Sg. Golok ni.

Welcome to Thailand jelas terpampang kat bangunan seberang tu.

Terus boleh tarik nafas lega sebab semuanya dah selesai. Lagi lega bila abang aku pun sama siap urusannya dengan waktu aku. Nanti aku sambung lagi entri seterusnya ke Pattani. Nak ke sana, perlu ada data internet dan tukaran duit Thailand. Aku akan ceritakan satu persatu di entri lain. Demi memudahkan urusan pembaca yang nak ke sana. Takde la teraba-raba mencari jalan. Aku kan ada. Aceh!

Enjoy masuk Thailand! Wee!!!

BOUNDARY KELANTAN-THAILAND

  • Bawa geran kereta yang original. Fotostat tak diterima.
  • Jika anda rakyat Kelantan, tak semestinya pakai pasport. Boleh buat borderpass. RM10 je dan dapat cover anak berumur 15 tahun lagi. Rujuk link.
  • Seeloknya borderpass dibuat sehari awal bagi mengelakkan berjam lamanya berurusan di sempadan.
  • Dah ada pasport, takyah gatal buat borderpass.
  • Bagi pemegang borderpass, urusannya lebih cepat dan tak perlu beratur di kaunter. Masuk je di pintu antara kaunter kastam dan kaunter 4.
  • Insurans kereta boleh buat di kaunter kastam yang berada di dalam bangunan. Tak perlu susah-susah buat kat luar.
  • Insurans ini tak cover apa-apa tapi wajib diambil untuk memasuki negara Thailand.
  • Siap sedia dengan karenah imigresen Thailand. Lebih-lebih lagi kalau pergi waktu cuti umum atau perayaan.
  • Tak perlu selit duit RM1.
Information tentang insurans ni aku dapat tahu daripada FB milik MasNiza Smize. Boleh terus pm kepada pemilik untuk keterangan lanjut.
Untuk makluman, pemilik FB ni adalah seorang agent insurans yang sah. Pencerahannya tentang pembelian insurans perlu diambil serius jika nak memandu di Thailand.

Ni pengalaman aku sewaktu berurusan di sempadan Thai-Kelantan. Aku tak tahu korang pulak macam mana. Kalau ada yang aku tertinggal atau tersalah tulis, sila nyatakan di bahagian komen. Yang khilaf itu adalah daripada aku sendiri. Aku manusia biasa yang tak pernah lari daripada membuat kesilapan. Ayat elok sebab masih mood raya haji. Jumpa di entri seterusnya! Terima kasih kerana sudi membaca.

“Fill your life with adventures, not things. Have stories to tell not stuff to show.”

unknown

AMAZING THAILAND

30 thoughts on “Masuk Thailand melalui Kelantan

Leave a Reply to Mahamahu Cancel reply