Thailand
Konvoi kereta Kelantan-Pattani

Konvoi kereta Kelantan-Pattani

Ini entri kedua aku selepas entri Masuk Thailand melalui Kelantan dimuat naikkan baru-baru ini. Panjang lebar aku ceritakan pengalaman memasuki Thailand menggunakan jalan darat melalui negeri serambi Mekah tu. Cop pasport dan melepasi kastam adalah permulaan wajib bagi sesiapa berhajat nak buat roadtrip ke sana. Harap baca dulu entri sebelum ni. Kalau taknak masuk melalui sempadan Kelantan-Thailand, boleh je nak masuk dari negeri lain seperti Kedah, Perlis atau Perak. Boleh baca Road Trip Malaysia ke Koh Samui – Siri I. Aku sekeluarga pernah masuk melalui boundary Padang Besar. Ada banyak perbezaannya.

Baik, aku sambung balik pengalaman selepas selesai urusan di imigresen dan kastam. Keluar je daripada boundary Thailand tu, line telco kami putus seketika. Ah, sudah! Aku ni nak konvoi dengan abang aku. Dah dia nya mana?? Takmo la pandu sendiri-sendiri. Roadtrip kali ni janji nak pergi sama-sama ke Pattani. Sedang kallut pikir mengapa dan kenapa, tup-tup masukcall in.

“Hello, La. Ado mano?”

“Ado ni duk parking tepi jale ngadap nge bangune Welcome to Thailand.”

“Kak Yah pah depe doh ni. Tunggu situ meta deh. Keto nok keno u-turn smula.”

Alhamdulillah… Lepas je restart telefon line terus ada. Tak sampai 5 minit menunggu, kereta 4×4 abang aku dah ada kat tepi dan memberi isyarat untuk follow dia daripada belakang. Kali ni konpem kami akan follow rapat. Sepatutnya kami set dulu perancangan di parking boundary Thailand tadi. Tak pasal-pasal dah susahkan abang aku untuk pusing balik. Lepas ni kena ingat. Nak ke mana, gerak bersama.

Kami singgah di salah sebuah kedai telefon di pekan Sg. Golok untuk membeli simcard. Tak best jalan-jalan kalau takde internet. Mana seronok perjalanan ni kalau tak update ke media sosial. Ini kan trend... Kah!

Simcard yang dibeli daripada telco Ice berharga 250 bath dengan kelajuan 4G. Saiz data yang boleh digunakan sebanyak 20GB. Tapi tak best la. Sebab aku pernah beli simcard Dtac khas hanya kepada traveller. Baru 150 bath. Yang Ice ni sesuai untuk rakyat tempatan. Takpe la. Dah takde pilihan. Yang penting boleh guna sepanjang berada di Thailand.

Pusing jarum jam sejam awal bila dah masuk negara Thailand.

Kebetulan sebelah kedai telefon ada kedai tukaran duit. Tak pasti pulak nama kedai. Kami tukar RM700 = 5080 bath. Duit kita jatuh… Tak boleh nak berjoli sakan. Sejumlah duit ni la nak kena bayar hotel, makan, shopping dan isi minyak kereta selama tiga hari keberadaan kami di Thailand. Mesti pandai berjimat.

Kalau ikut peta, perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit untuk sampai ke Pattani. Disebabkan terlalu lama berurusan di Rantau Panjang, kami buat keputusan untuk berhenti makan di Sungai Padi. Berkeroncong perut ni duk menahan daripada tadi. Bantai je berhenti di salah sebuah kedai di tepi jalan. Jangan risau. Kedai halal. Mereka pun bukan main pompang pompang sembang dalam dialek Klate-Siam. Apa lagi, kami pun tak boleh kalah.

Muka lapar… Penat betul urusan di imigresen tadi. Rewar perut la apa lagi.

“Ado make gapo sini eh?”

“Nasi ado, mi ado. Air basuh tange jah takdop.” Jawab orang ambil pesanan.

Kah! Nak makan pakai sudu. Kisah apa aku dengan air takde. Air kat sini kena catu. Kata tuan kedai sekarang ni musim kemarau. Sungai makin kering. Yelah. Yelah.

“Bui nasi sup perut, nasi putih daging paprik, megi nga mi sup daging. Mitok teh nge milo deh. Beng blako.”

Sedap betul buat pesanan. Teh ais bukan main kaw. Teringat semula kedai kopi bandar Kota Bharu zaman 90an. Manisnya bukan rasa ting ting. Rasanya lemak berkrim. Tapi, seeloknya mintak la kurang manis. Sebab manisnya luar biasa. Aku tak tahu la orang yang berpenyakit kencing manis ni rasa macam mana. Terlompat daripada kerusi kot. Haha

Ini baru nampak tiga mangkuk. Yang lain dirahsiakan. Haha

Takde satu sisa pun berbaki di atas pinggan, kami terus bangun dan berjalan menuju ke kereta. Tak perasan pun masjid ada di sebelah. Kami fikir, baik solat jamak dulu. Walaupun tahu akan sampai dalam waktu lagi di hotel nanti, rasanya lebih baik selesaikan dulu urusan dengan Allah. Lebih tenang.

Bergambar di hadapan masjid. Gambar sipi je. Nak amik betul-betul depan takut kena langgar kereta di jalan raya.

Masuk masjid baru teringat yang air takde. Maka berwudhuk la kami dengan air yang ada dalam tong yang disediakan. Kena berjimat sebab kami ni ramai. Masuk dalam masjid berasa takut-takut jugak. Teringat berita sebelum ni yang penduduk ditembak ketika menunaikan solat. Jeling jugak ke dinding-dinding. Takde pun kesan peluru. Haha Sampai ke situ fikir.

Selesai solat jamak Zohor-Asar, kami teruskan perjalanan menghala ke Yala. Kenapa tak terus ke Pattani? Sebab kami nak cari durian dan makan tepi jalan. Tapi hampa. Gerai satu pun tak bukak. Maka berpatah balik kami ke jalan utama tadi. Rugi masa sejam. Rugi jugak minyak kereta murah. Kua… Kua… Kua..

Gerai durian takde. Kereta atas jalan pun takde jugak. Sunyi betul.

Kami sangkakan dah tak jumpa gerai buah, rupanya ada la. Banyak pulak tu. Harga durian kampung sungguh tak masuk akal. RM2 sekilo. Pakej dengan kokek buah dan masukkan dalam bekas lagi. Aku tak beli. Suami aku tak makan. Mana syok makan sorang-sorang? Anak-anak? Naura je la. Tu pun cuma seulas je. Takyah la. Nak berhenti tepi jalan susah jugak sebab anak-anak abang aku susah nak kawal. Kesian lak nanti tak aman nak makan.

Durian kampung RM2 sekilo. Beli RM10 penuh sebekas tipuware.

Eh, boleh pulak singgah ke Cafe Amazon yang terletak di stesen minyak. Kopi wajib dibeli dengan harga RM5 secawan bersaiz 8 oz. Kemudian aku masuk ke 7E nak beli sesuatu. Fuh, dah macam mall keadaannya. Bersesak dengan orang ramai sedang sibuk membeli-belah. Mereka ni macam baru balik kenduri kahwin. Happening betul kawasan rnr ni. Yang perempuan bukan main melawa. Cantik-cantik dressing. Make up muka bukan main cun. Minum kopi sambil tengok penduduk local ni boleh buat jadi ralit.

Bukan main petugas kaunter pun. Macam orang jual kain pulak gayanya.
Masing-masing dapat air minuman. Kebanyakan penduduk suka pesan air blended.

Kami tiba di Hotel River Palace pukul 7 petang. Gelap sama macam pukul 8 malam di Malaysia. Nasib baik dah solat siap-siap tadi. Dah masuk Maghrib pun. Kakak ipar aku tempah bilik melalui telefon minggu lepas lagi. Ada lagi bilik kosong untuk kami dua keluarga. Bilik besar untuk aku lima beranak. Katil saiz king. Takde sewa tilam lebih sebab anak-anak tidur dalam sleeping bag yang memang sedia bawa seorang satu. Harga bilik pulak tak sampai RM100.

Sentiasa bawa ke mana-mana sleeping bag. Kecil, ringan dan selesa.

Laju kami angkut beg masuk bilik. Kami segerakan urusan mandi, bersiap dan terus keluar. Aku tak follow abang aku untuk makan malam. Katanya nak cari baju buat anaknya sebab tertinggal satu beg kat kampung. Lagipun dia cakap nak makan ‘Bingsu.’ Apa kebenda nama makanan tu aku tak kenal. Kami redah sendiri mencari kedai makan di bandar Pattani.

Siapa pandai translete sila nyatakan di bahagian komen. Aku main tunjuk ikut gambar je.
Isi ketam dan telur ikan. Sedap weh…

Sepanjang perjalanan dari Sg. Golok ke Pattani, banyak askar menunggu di pos-pos kawalan. Tak kurang juga di bandar Pattani ni. Kalau yang tak biasa atau baru pertama kali memasuki Thailand dari Kelantan, memang akan rasa seram sejuk melihat keadaan askar memegang senjata. Tengok kita dengan muka bengis. Tiap kali nak melepasi mereka kena buka cermin kereta. Yang datang dengan keluarga konpem lepas. Muka mereka pun berubah menjadi lembut. Pesanan, jangan gila nak bawa walkie talkie. Nak masuk jel? Walkie talkie merupakan alatan larangan keras di negara Thailand.

Banyak je kedai makan. Kebanyakannya adalah kedai Muslim. Kami pilih Restoren Sun Ketam. Menu of course la ketam. Sedap betul. Murah je makan malam kami sekeluarga. Lebih kurang RM35 jumlah perlu dibayar. Nasi goreng isi ketam baru 120 bath. Kedai makan di Thailand memang menyediakan air kosong kepada pelanggannya. Jika nak air manis, barulah perlu dibuat pesanan lain.

Sebelum balik hotel, kami ronda-ronda kejap tengok suasana malam di bandar Pattani. Pattani Technical Collage terletak beberapa meter je dengan kedai makan kami tadi. Patut la nampak meriah semacam. Kawasan students rupanya. Tak heran la ramai budak-budak muda berkeliaran dengan motosikal. Tak kurang jugak jalan kaki secara berkumpulan.

Aku terlupa perkara paling penting ke sana. Plag universal… Ni aku mintak kat kaunter di lobi hotel. Serahkan balik waktu check out esok.

Seharian berada di jalanan. Berasa sangat penat. Walaupun kaki ni banyak rest, tetap rasa lenguh sebab duduk statik je di kerusi sepanjang perjalanan. Moh la balik bilik dan tidur. Esok kami plan nak keluar dari Pattani dan pusing semula ke Rantau Panjang. Tapi bukan nak terus balik. Nak singgah di satu lagi daerah iaitu ke Narathiwat. Kawasan panas dengan isu bom, letup dan tembakan. Itu berita la cakap. Aku pulak akan bagitau di entri lain.

“Fill your life with adventures, not things. Have stories to tell not stuff to show.”

unknown

AMAZING THAILAND

27 thoughts on “Konvoi kereta Kelantan-Pattani

Leave a Reply to can i buy azithromycin over the counter Cancel reply