REVIEW
Menginap di OYO Rooms tidak seindah yang disangka

Menginap di OYO Rooms tidak seindah yang disangka

Baru-baru ini aku sekeluarga pergi ke Kuala Lumpur atas urusan suami. Of course la kena menginap kan sebab tak mungkin nak balik hari ke Kemaman semula. Kebiasaan mencari hotel di website Agoda, Booking.com atau Airbnb. Kebetulan sekarang ni ramai yang mempromosikan website Oyorooms. Apa lagi, tanpa ragu-ragu kami pun menempah bilik secara online di laman
https://www.oyorooms.com/my/ selama dua malam di berlainan tempat.

Kami gerak dari rumah pukul 4.30 petang dan tiba di Damansara pada pukul 10 malam. Nak mencari Hotel A&N ni mudah je. Cari pakai waze je pun. Parking susah nak dapat. Empat kali pusing blok bangunan pun masih tak jumpa. Akhirnya kami buat keputusan park tepi jalan macam tu je. Tunggu tengah malam sikit baru alihkan ke petak di hadapan hotel.

Kami memilih untuk membuat pembayaran di kaunter. Malangnya, kami dikenakan tax sedangkan di dalam syarat dan terma terang-terangan ; Prices are exclusive of Tourism tax, to be collected at the hotel directly.  Aku dah mula rasa tokey ni nak cekau duit lebih.

Malas nak bertanya lebih, suami aku hulurkan je duit deposit RM50 beserta tax berhantu RM8. Total harga bilik daripada RM65 ke RM73 disebabkan tambahan duit tax. Murah je. Tapi, hak penyewa telah dizalimi. Kami tiba dah lewat malam. Penat. Anak-anak pun dah melepasi waktu tidur. Nak tak nak, kami naik ke tingkat tiga tanpa lif untuk berehat.

Bilik yang kami menginap ni mempunyai katil bersaiz queen dan single. Yang sulung tidur bawah. Nasib baik bawa siap-siap sleeping bag. Bilik agak kusam dan berdekorasi lama. Seolah berada di tahun 90an. Melainkan tv je yang terkini. Lain-lain, masih kekal di kurun lalu. Tandas? Pemegang shower dah pecah. Takde sabun disediakan. Hmmm…

Gambar ni jauh lagi indah. Tapi sebenarnya bukan macam ni. Tisu tu? Mana ada. Ho ho ho
Ada sekeping ni je gambar si comel kami. Tema warna Oyo Rooms adalah merah putih

Keesokan hari kami beralih ke Hotel La Putri Boutique yang terletak di Bandar Baru Bangi. Parking kosong terlalu banyak. Pening nak pilih. Haha

Disebabkan kami dah terkena dengan pembayaran tax di kaunter, untuk kali ni, kami bayar secara online. Masuk je check in, kami langsung tak dikenakan tax tambahan. Hanya perlu bagi deposit RM50 je. Penjaga kaunter bukan main tegas. Tanpa senyum cakap dengan nada, “Nak ic. Ic betul.” Baca dengan tinggi tau.

Yang ni ada lif. Bilik bukan main cantik dekorasinya. Gaya Inggeris. Lawa betul. Dapat dua katil queen lagi. Sekali masuk untuk lihat lebih dekat, sungguh mengecewakan. Almari banyak tercabut pintu. Berhabuk. Bekas sampah tiada plastik. Tangki simbah rosak. Kena isi sendiri air baru boleh flush. Bilik air macam baru lepas guna. Sangat kotor. Mandi seminit, air dah bertakung di lantai. Aku bagi 2/5 bintang. Masih ada bintang kira mujur la kan. Apa nak harap bilik dengan harga RM78 ni.

Ini gambar aku snap sendiri. Lupa pulak nak amik gambar bahagian almari di hadapan katil hujung tu. Betapa sudut mengambil gambar itu penting bagi promosi.
Nope. Bukan cantik macam ni. Daun pintu tu dah jatuh sebelah. Dengan karatnya. Penutup tangki simbah tu terpaksa letak bawah sebab nak isi air selepas flush. Kita sebagai penginap kena tau kemahiran hidup.

Cukup dua kali kami merasai pengalaman dengan menginap di Oyorooms. Hari ketiga yang sepatutnya meginap di Putrajaya telah kami batalkan. Pengalaman yang tak boleh aku lupakan kerana tidak seperti aku harapkan sebagaimana hotel bajet yang pernah aku menginap di laman lain sebelum ini. Ini yang paling **rst.

ADAKAH BERBALOI MENGINAP OYO ROOMS?

Tidak berbaloi! Maaf sebab aku tak sempat snap gambar untuk kali ni. Kami hanya iba lewat dan keluar awal daripada hotel. Hanya sempat merasai dan aku mampu meluahkan di sini.

  1. Hotel bajet yang paling tidak menjaga hati penginap. Kotor, berbau dan berhabuk. Yang wajib sediakan hanyalah kain dan bantal merah beserta cadar putih. Boleh lihat semua hotel tema warna sama. Sedangkan, penginap inginkan tempat berehat yang selesa.
  2. Gambar yang ditunjukkan di laman tidak sama seperti yang diberi. Kemungkinan bilik yang oyo sewa/beli adalah yang memang sedia nak ditolak oleh pemilik hotel asal. Kemungkinan gambar di bilik lain, diberi kepada penginap bilik lain.
  3. Tidak mesra pelanggan. Sama je di kedua-dua hotel. Mungkin ini sikap pekerja asal hotel kot. Atau dapat kursus khas daripada Oyo? Siapa tau. Tetap terpalit bagi aku.
  4. Diskaun yang dipamerkan di laman sesawang adalah tipu. Jangan sesekali bayar di kaunter. Pun begitu, aku tak galakkan juga menyelesaikan bayaran secara online. Sebab, bila aku telah menginap, aku baca balik blogger yang berpengalaman bersama Oyo, rata-rata kena tipu.
  5. Terus-terang aku cakap, bilik ni macam bilik terpaksa bagi. Tiba-tiba dapat penginap, tiba-tiba serahkan kunci. Tapi duit tetap kutip. Kebajikan seperti plastik sampah, shower rosak, tangki simbah pecah atau sabun mandi tu sepatutnya sedia la. Air mineral pun berhabuk di bahagian nak teguk. Kotor sangat.

Nak cuba, boleh je. Ini yang pertama dan terakhir. Banyak kali jugak kami menginap di hotel bajet. Tapi tidak pernah sekalipun berpengalaman mendapat teruk begini. Oyo rooms punya promotion bukan main lagi. Ajak blogger promote bagai nak rak. Bersungguh blogger menulis sebab dah dibayar. Lagipun, bilik yang diberikan kepada blogger berbayar adalah yang terbaik. Hanya ingin mengaburi mata bakal penginap.

Dan aku? Blog ini tidak berbayar. Aku tak dapat satu sen pun. Cuma nak war-warkan Oyo Rooms tidak seindah yang dikhabarkan. Kami sekeluarga dah rasa. Pengalaman tidak menyeronokkan langsung. Pejam mata pun, masih terbayang lagi bilik terpaksa menginap tu. Nyah ko dari bayangan!

Semoga pandai membuat pilihan. Lebih-lebih lagi bila bersama keluarga. Insya Allah, aku akan setia semula bersama website lama. Ampunkan kami kerana gatal nak mencuba.

11 thoughts on “Menginap di OYO Rooms tidak seindah yang disangka

Leave a Reply to nhazla.fikri Cancel reply