REVIEW
Pengalaman buruk host Airbnb

Pengalaman buruk host Airbnb

Ini bukan la pertama kali kami mengalami pengalaman ditolak oleh host. Aku tak kisah pun kena reject diawal berurusan tanpa melibatkan pembayaran. Biasa la kan. Host pun ada demand jugak nak pilih tetamu yang nak menginap di rumah dia. Itu hak dia yang tak boleh kita nak melenting balik kepadanya. Traveller perlu mempunyai hati yang kental. Hal kecik je pun. Cari jela yang lain. Banyak lagi kan pilihan yang ada.

Yang membuatkan aku hot bila dah deal elok-elok dalam website, host / owner apartmen mintak duit lain di inbox lain. Alasannya nak kenakan cleaning fee. Padahal dalam website terang-terang boleh baca TIADA. Pembayaran pun dah dibuat. Aku dah rasa something wrong. Sesenang dia je nak duit lebih. Harga sewa bagi satu apartmen berjumlah RM81. Tapi disebabkan dia mintak 50**** (lebih kurang RM30 duit Malaysia), tak pasal-pasal harga meningkat jadi jadi RM111. Over budget la kan. Kami niat nak cari bawah RM100 je.

Kami boleh berminat dengan tawaran host ni sebab reviews semua okey. Boleh kata setiap tetamu bagi 5 bintang. Feedback pulak boleh dikatakan 90% daripada local people. Takde pulak yang komen pasal duit tepi. Sebelum ni pun kami ada kes hampir terkena sebab kami ter mesej dulu tanya amenities rumah host tu. Sekali bila dia tau kami ni tourist luar negara, terus amik kesempatan naikkan harga sewa. Mungkin yang ni tak sempat nak naikkan harga kot sebab kami dah booking direct through website.

Bila dah rasa hal ni macam tak patut, terus buat report ke Airbnb Support. Ya, memang betul. Apabila pembayaran dah dibuat, maka tak ada akan ada lagi tuntutan yuran lain diperlukan. Nampak sangat nak cekau duit kami. Boleh baca ya kes kami di bawah :

Baru mula perbualan. Dah mintak cleaning fee. Korang rasa?
Takde nak sembang banyak. Direct mintak kami masukkan duit ke akaun persendirian dia. Soalan daripada kami pun belum sempat keluar.
Tak pernah lagi kami sewa di Airbnb kena jumpa host (walaupun pengalaman orang lain ada) Biasanya kunci dijanjikan di sesuatu tempat je. Ni nak jumpa semata nak duit. Kalau jumpa tetiba minta nak lebih lagi? Bahaya betul.
Sambil mesej personal dengan host, sempat report di website Airbnb Support. Bukti sembang dengan host tu pastikan simpan elok.
Kami jelaskan kepada dia tentang payments rules. Kot la host tu tak baca sebelum join Airbnb.
Eh, eh.. Tak takut langsung manusia ni. Siap berlagak suruh reject dia. Kalau kami yang reject, tak dapat la refund duit. Dia yang untung sebab boleh cari tetamu lain. Banyak lawa punya perangai.
Haa… Kan. Nasib baik tak reject booking. Tak pasal-pasal nanti tak dapat refund atau kalau nasib baik dapat separuh je.
Tak perlu buat tindakan apa-apa. Tunggu je dalam tempoh 48 jam dengan hati yang tenang. Duit pasti refund balik.
Muahahahaha! Rasa-in! Mampu lagi tak host tu nak berlagak?

Kes penganiayaan ke atas kami mendapat pembelaan daripada Airbnb. Elok sangat buat report kalau ada sesuatu tak kena. Instinct kami kuat mengatakan hal ni tak patut. Kalau tak buat report, kami risau akan mengancam keselamatan kami di sana nanti. Naunzubillah! Negara orang tu. Bukan boleh mengadu sama macam polis Malaysia. Lagipun, hal ni boleh jadi pengajaran kepada host dan bakal tetamu lain menjadi lebih berhati-hati.

Usah takut. Berani kerana benar. Walaupun nampak kecil je usaha kita, besar bagi orang lain. Mungkin kes macam ni akan membuatkan host lain lebih berdisiplin dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pengalaman ini sebagai panduan buat sesiapa sahaja yang bakal berkunjung ke negara lain dan terutama sekali yang akan menggunakan Airbnb sebagai tempat penginapan.

Tak perlu nak selidik negara mana kami telah berurusan. Sama je mana-mana pun. Orang yang suka ambil kesempatan memang wujud. Tak kira bangsa, agama dan negara. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan pula kata kami bodoh. Kes ni boleh berlaku kepada sesiapa pun. Di laman web penginapan lain pun ada masalah jugak. Kami pernah terkena di Booking.com dua tahun lepas. Hotel dah booking online. Sampai sana hotel pulak tak wujud. Terkumat-kamit memandang bangunan kosong yang dah lama dibuat renovation.

Apapun, aku tetap suka guna Airbnb. Sebab dapat sewa satu rumah. Anak kami ramai… Nak kena luas dan mesra keluarga. Bukan tu je, lebih jimat dari segi nilaian wang. Murah, selesa dan kondusif. Siapa taknak kan.

“Sometimes You Will Never Know The Value Of A Moment Until It Becomes Memory.”

Dr. Seuss. 

NEVER STOP TRAVEL – #familytravel #backpackwithchildren #malaysiantraveller

19 thoughts on “Pengalaman buruk host Airbnb

Leave a Reply to Mimi Azirah Cancel reply