Jauh berjalan kali ni. Alah, Perak je pun. Jauh weh. Aku nak ke sini 5 tahun sekali pun payah. Sebab perlu rentas jalan dari timur ke barat semenanjung Malaysia. Rasa excited nak ke negeri Perak ni lain macam. Anak-anak kemain lagi happy. Ini pun, kebetulan majlis hantar menantu adik suami yang berkahwin dengan orang Kampar. Tumpang menginap sebilik di homestay ya. Kah!

Ok. Macam ni. Perancangan nak balik terus je lepas majlis. Disebabkan adik ipar dah book homestay ni selama 3 hari, maka tak salah pun nak menginap semalaman lagi. Kalau tak, rugilah satu bilik jadi kosong. Lagipun, cuti Deepavali tahun ni panjang. Balik Kemaman pun duk berbaris jela dalam rumah selama 2 hari lagi. Baik stay lagi kat Kampar ni. Anak-anak pun belum puas lagi nak terokai negeri Perak. So, simpan balik beg-beg dalam bilik. Cancel mau balik hari ni.

Belakang homestay ni ada stesen keretapi. Tak tau pun. Terus bincang dengan suami nak tuju ke Butterworth naik keretapi ETS. Lepas tu naik la feri ke Georgetown. Sampai sana, panggil je Grab. Best tak plan? Semuanya main ikut terlintas je. Backpack dah ready ni. Tapi, tiket pulak habis. Yang ada cuma yang pukul 12 am je. Tak kuasa naik time tu. Sesiapa nak pergi di hari cuti umum Malaysia macam ni, sila booook awal!

Berhuhu la kami di dalam kereta sambil memandu entah ke mana. Tak sampai 2 km dari bandar Kampar dah jumpa signboard Gua Tempurung. Tak sempat bincang terus ramai-ramai jerit nak masuk gua. Sepakat membawa berkat. Berjaya tiba di tempat pertama dengan hanya berbekalkan RM30 dalam wallet suami dan RM17 dalam slingbag aku. Dah dua hari tak cucuk. Tak jumpa ATM…

Gamble je parking dan terus tuju ke kaunter. Tengok harga, fuh, masih mampu bayar untuk tiket Tour Tow (Dry Tour 2) yang berjumlah RM36 sekeluarga. Ngam dalam poket. Siap ada baki beberapa ringgit lagi. Masih berduit.

Boleh rujuk jadual ni. Pilih la tour mana yang berkenan.

Tour Tow ni perlu melalui 5 platform. Tempoh ulang alik yang dijangkakan adalah sejam. Kami fikir, mungkin kejap je kot. Apa sangat la pemandangan dalam gua kan. Konon.

Safety helmet ni diperlukan kepada yang nak buat rafting atau Wet Tour.
Adik dah ready nak masuk gua!
Ni pintu masuk. Scary tak? Kitorang bukan main teruja.

Amik kau. Jalan je lebih kurang 300 meter akan bertemu tangga. Dalam gua ni panjat je kerjanya. Jumpa platform yang lapang baru boleh nak rehat sebab kawasan ni lebih luas. Kalau berhenti di laluan akan mengganggu orang nak jalan. Sempit. Boleh berselisih bahu.

Awal-awal berjalan flat je. Takde lagi tangga.

Kawasan agak gelap disinari dengan lampu malap. Bagi yang tidak memakai kasut, sila berhati-hati mengatur langkah. Takut tersadung di tangga. Sakit jugak kalau terkena jari kaki. Ada juga laluan yang licin sebab ada air yang mengalir dari dinding gua.

Hati-hati. Tangga basah ni.

Keadaan anak-anak juga ok. Mereka seronok melihat gua. Satu pengalaman yang berbeza yang memberi pendedahan dari segi pendidikan. Dapatlah mereka belajar keadaan bentuk muka bumi, suasana, melihat tumbuhan dan haiwan yang hidup di dalam gua dan macam-macam lagilah. Sebagai ibu bapa jadilah guru kepada mereka ketika beriadah seperti ini. Ceritalah sedikit tentang gua ni. Gua ni dipanggil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua adalah 1.9 km. Dalam gua dapat dilihat bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Kan nampak bijak ibu bapa di mata anak-anak. Barulah ada rasa kagum oleh mereka. Jalinkan hubungan yang selama ni kita sibuk bekerja. Ambil peluang yang jarang ada.

Bentuk dalam gua seolah macam tempurung kelapa.
Anak-anak memang sangat teruja.
Dalam ni tak tembus cahaya matahari. Tumbuhan ni masih mampu hidup dengan bergantung pada lampu dalam gua.

Jadi bayi la paling bertenang. Tak berpeluh, tak penat dan santai je. Muka bosan dan akhirnya tertidur je dalam baby carrier. Pesan aku, pakailah kendongan seperti SSC, child carrier, baby carrier, wrap atau apa-apa jela carrier yang ergonomic agar memberi keselesaan kepada bayi dan ibu bapa. Keselamatan bayi juga terjamin. Takde la nak berkejar atau dukung sambil panjat tangga. Tangga licin tu. Dah la tinggi. Berbatu pulak tu. Taknak fikir kalau ditimpa musibah. Nauzubillah!

Berpeluh. Tahap ketibas (Ketiak basah!) Last platform

Sampai platform 5 je tour kami. Kalau nak jugak tembus pagar sekatan terakhir, boleh je. Kena amik Tour 3 iaitu yang Wet. Yang ni kena standby basah baju, jalan melalui lantai gua yang sebenar (bukan pelantar kayu) dan yang paling penting, kena tambah duit time beli tiket sebelum masuk gua tadi. Tour ni memerlukan iringan guide. Safety helmet dan kasut bertutup diwajibkan.

Rezeki kami. Waktu masuk tadi laluan masih lengang. Bila dah pusing nak balik semula laluan sama, orang dah mula ramai. Bagi yang taknak bersesak, elok datang awal pagi. Ramai orang dalam gua dalam satu masa boleh jadi rimas dan panas. Kami masuk lebih kurang pukul 11 pagi. Eh, dah hampir ke tengahari rupanya. Haha!

Semakin hampir ke pintu keluar, kami terserempak dengan kumpulan yang menyertai Tour 3. Mereka lalu bawah platform kami sedang jalan. Seronok tengok mereka meredah air sungai. Tapi yang tak seronok tengok adalah ibu bapa yang menggendong anak di pinggang macam tu. Bagi aku, tak cool. Takde safety.

Siapa yang amik Wet Tour, laluan keluar mereka adalah bawah jalan kami ni. Seronok jugak rempuh air.

Tepat satu jam kami keluar masuk gua. Pandai betul diorang ni sukat masa kan. Ni masa kami. Yang korang aku tak tahu. Cubalah sendiri. Tengok korang capai tak masa yang ditetapkan. Kalau dapat, kita geng. Kalau tak dapat, nampak sangat korang banyak posing amik gambar dalam tu. Kan? Hihi

Kami keluar ikut pintu yang sama. Untuk Wet Tour, jalan keluar mereka adalah laluan sungai. Aktiviti seterusnya konpem la mandi kan

“Take only memories, leave only footprints.”

FAMILY TRAVEL –

NEVER STOP TRAVEL – #familytravel #backpackwithchildren #malaysiantraveller