Sebenarnya, channel youtube dah lama kami wujudkan. Kalau tak silap, dari tahun 2013 lagi. Waktu aku masih berkhidmat di SMK Kerteh. Fuh, dah 6 tahun usia channel Ralitmedia. Aku letak nama Ralitmedia ni bersempena nama lama blog aku. Video yang last-last ni aku baru dah tukar ke nhazlafikri.com. Tapi macam tak kena pulakkan. Nanti aku jumpa nama bersesuaian, aku tukar lagi. Kira channel Ralitmedia ni satu padang latihan.

Niat di hati nak fokuskan channel ni berkaitan travel dan keluarga je. Sekarang dah bercampur-aduk pulak. Nufail tiba-tiba sibuk nak buat vlogging. Guna channel Ralitmedia. Nak buat Ralitmedia for kids katanya. Cit, semua tu hangat tahi ayam je! Vlog takat 5 video dah malas. Ipad jela kerjanya. Ops, berleter pulak! Haha

Video yang aku upload sebelum ni kebanyakannya berdurasi 3-5 minit je. Bukan vlogging. Lebih kepada montaj dan teaser. Setahun ada la 2 video. Penonton bukannya ada. Subscriber jauh sekali nak follow. Like? Siapa la yang sudi ketik. Anak aku sendiri jela kot.

Team channel Ralitmedia.

Aku ada cerita kat suami yang aku nak jugak vlogging. Macam best je cakap sorang-sorang depan kamera. Sebab aku ni jenis manusia yang tidak dilayan bila bersembang ramai-ramai. Sedih kan. Kebanyakan youtuber ni aku tengok dah anggap kamera tu sebagai kawan bicara. So sad and lonely forever kan… Tapi enjoy je aku tengok.

Jadi, kami cuba la buat vlog yang pertama. Malu gila. Walaupun aku dan suami ni cikgu, dan memang kerja kami mengajar depan orang, tapi stay feel awkward bila depan kamera. Tak boleh buat kawan la kamera ni. Berapa kali kami gelak sebab rasa macam bodoh pun ada. Erti kata lain, syok sendiri. Kah! Nak berjaya kan, kena biasakan juga berada depan kamera.

IT’S TIME TO START SOMETHING NEW AND TRUST THE MAGIC OF BEGINNING

Nufail macam rilek je. Mungkin vlog ni zaman dia. Bagi mereka benda ni biasa. Biasa tengok kawan-kawan dia dalam MyTV Channel SK Binjai. Dia pun suka tengok channel yang sedia ada dalam youtube. Dalam vlog pertama ni, seolah berebut kamera pulak dengan anak. Kelakar pun ada.

Apa macam? Nak tau jugak pandangan pembaca tentang vlog pertama kami ni untuk diperbaiki di masa hadapan. Yang aku nampak obvious ialah suara sangat perlahan. Kemudian semuanya nampak kaku. Content pun tak berapa ada editing tak kemas. Eh, banyak la pulak yang perlu dibaiki! Takpe, aku kena pegang kata-kata di bawah untuk naikkan semangat baru channel Ralitmedia ni.

NEW UPDATE

Aku dah bincang dengan suami. Kata sepakat bersetuju untuk tukar nama channel daripada Ralitmedia kepada Ralit Deghak. Semoga mendapat sokongan daripada pembaca dan rakan semua! Jemput LIKE, SUBSRIBE AND SHARE!

Be so busy improving yourself. That you have no time to criticize others.

maame atiase