Macam ni. Aku ingatkan, sijil atau apa-apa dokumen boleh diterjemah sendiri pakai google translate. Scan sijil, edit Bahasa Inggeris bawah ayat Bahasa Melayu. Kemain confident buat macam tu. Sekali, bila aku dan suami tengok di satu channel ni di youtube, baru tau yang sebenarnya sijil atau apa-apa dokumen perlu diterjemahkan hanya dengan orang yang berkenaan sahaja. Kah! Nasib baik tak submit sijil tu kat mana-mana lagi. Boleh bikin malu!

Siapa yang layak terjemahkan sijil dan dokumen ni? Mereka adalah interpreter. Aku pun baru tau jawatan ni wujud. Interpreter atau translator adalah orang yang sama. Aku cuba google untuk ketahui rupa sijil yang telah diterjemah. Takde beza sangat dan hanya pakai kertas A4 nipis je pun. Yang wajib ada pada sijil setelah diterjemah adalah cop yang disahkan oleh yang sah taraf/berjawatan. Kalau syarikat persendirian, dikhuatiri kena reject semasa urusan di kemudian hari. Nak elak daripada buat kerja dua kali, elok terus ke mahkamah. Kat sana ada jawatan interpreter.

Sumber daripada perbincangan di inbox : Ada cop tulis court atas paper. Ni yang nak.

Ada jugak aku pm dengan beberapa interpreter sekadar nak survey harga. Di Mahkamah Kemaman takde sediakan perkhidmatan penterjemahan (Ni aku call je) Di Kuantan aku tak pasti. Aku cuba pm beberapa interpreter yang bekerja di Kuala Lumpur. Dia mintak fax copy sijil dan dikenakan harga RM50 sekeping + tambah lagi duit pos. Aku cuba tanya orang lain pulak. Terkejut bila dapat harga perkhidmatannya lagi mahal (RM80/dokumen) Dah kalau aku ada 10 dokumen perlu diterjemah, jumlah semua jadi RM800 la??? Hangus duit rumah sebulan baii.

Dah la mahal. Kemudian bukan penterjemah sah mahkamah. Dia pakai cop syarikat je. Elakkan.

Urusan dibuat bertarikh 6 Jan 2020

Aku balik ke kampung di Kota Bharu dan cuba berurusan di dua jabatan berbeza. Untuk sijil nikah, aku ke Pejabat Agama Balai Islam. Surat beranak anak-anak pula aku ke mahkamah. Balai Islam ni tempat aku amik sijil nikah 14 tahun lepas. Maka, aku ke sana sekali lagi bertujuan nak terjemahkan ke Bahasa Inggeris. Jangan risau. Ada je perkhidmatan terjemah sijil ni di pejabat agama. Harga yang dikenakan bagi sekeping sijil nikah adalah RM25. Kena tambah lagi RM2 untuk fail sebab nak letak sijil lepas siap. Kalau dulu percuma. Yang terkini kena bayar dah. Baru berangan jimat satu sijil. Takpe la. Macam mana pun kena terjemah jugak. Pagi buat, petang dah boleh amik. Ni pun sebab mintak tolong kawan-kawan. Kalau takde orang dalam ni, maunya siap dua tiga hari jugak kot.

Sijil nikah dalam bahasa Inggeris. Kelass gitu

Kami ke mahkamah Kota Bharu pulak. Tengok dari luar pagar kosong takde orang. Keseluruhan bangunan nampak sunyi. Ingatkan orang tak ramai disebabkan orang sibuk bekerja hari Khamis dan tak sempat berurusan di mahkamah. Rupanya mahkamah dah lama dikosongkan dan telah berpindah ke Tunjong. Jauh pulak nak kena pusing ke sana. Nasib baik datang pagi. Masa siang masih lagi panjang. Kalau petang, maunya aku berkejar buang masa dalam bandar Kota Bharu ni. Dah la jem tak kira musim.

Parking susah. Jauh menapak lagi. Kosong dan sepi pulak bangunan sebab dah berpindah tempat… Hampeh betul

Di mahkamah pula, aku ke kaunter pertanyaan untuk mengetahui arah tuju dalam bangunan. Kami diarahkan ke Kaunter Berpusat di pintu sebelah kanan bahagian dalam bangunan. Tak perlu sibuk nak amik nombor. Pergi terus ke kaunter dan tanya hal nak terjemah sijil. Pegawai akan mintak copy dan lihat sijil original sebelum menyuruh kita balik dan tunggu panggilan daripadanya minggu hadapan. Harga sijil surat beranak secara kasar RM30-RM35. Tapi, harga sebenar akan diberitahu kemudian. Nak kena tengok jumlah perkataan pada sijil yang perlu diterjemah. Kalau banyak perkataan, harga akan bertambah. Tiga anak, tiga keping la kena buat. Harga pun perlu digandakan tiga.

Silapnya waktu ni, tiket diambil tanpa tanya dulu di kaunter. Buang masa 5 minit duk tunggu. Terus je ke kaunter tanya.

Maka, selesai sudah urusan terjemah sijil dan dokumen. Untuk sijil ijazah pula dah tak perlu nak terjemah sebab memang diberi dua bahasa pun. Kalau nak terjemah bahasa lain selain bahasa Inggeris pun ada disediakan. Kot la korang nak sambung belajar di Jerman atau Turki. Jadi, interprenter akan terjemah dalam bahasa yang korang tentukan. Nak selamat, terjemah je ke bahasa Inggeris. Senang. Sebab bahasa Inggeris adalah bahasa yang banyak digunakan pakai di mana-mana negara. Urusan rasmi macam ni baik pilih Bahasa Inggeris. Lain tahun, lain harga. Kalau nak buat, buat secepat mungkin. Sebab harga khidmat menterjemah akan sentiasa meningkat.

PERKARA YANG PERLU DIDAHULUKAN

  • Photostat semua dokumen dulu sebelum ke pejabat/mahkamah.
  • Cari interpreter sebaiknya menggunakan cop sah mahkamah/court supaya tidak memberi masalah di kemudian hari.
  • Harga bagi satu sijil/dokumen berbeza. Bergantung jumlah perkataan yang perlu diterjemah.
  • Bandingkan harga dulu sebelum buat. Banyak sebenarnya yang buat perkhidmatan menterjemah sijil. Google dan call.
  • Terjemahkan sijil yang perlu sahaja. Sila berjimat-cermat.

:: This is our Ohsem Journey ::

Diary no. #01