TALK
Rutin WORKOUT semasa wabak Covid-19

Rutin WORKOUT semasa wabak Covid-19

Duduk dalam rumah membataskan pergerakan fizikal. Banyak duduk, baring dan kurangnya berjalan jauh. Kalau yang rumah satu tingkat je, memang takde lasung naik turun tangga. Ini akan membuatkan badan boleh menjadi lesu.

Aku tak suka keadaan macam ni. Dah la makan dah tak terkawal. Dapur tu tempat hotspot dalam rumah. Peti ais dah tak sejuk sebab asyik bukak tutup mencari makanan. Jajan anak-anak kemain banyak di bawah table top. Keinginan nafsu aku boleh goyah bila tengok cekedis, cokelat dan asikrim. OMG…

SEMUA TU MAKANAN SYURGA BAGI AKU. WARGHHHH!!!!

Untuk pengetahuan, keadaan badan kita dipengaruhi oleh 80% daripada makanan dan 20% daripada workout dan 100% pula mindset kita. Mindset tu aku sengaja ada-adakan. Takde kekuatan mental, mana semua ni nak berjaya.

Image result for 80 pola makan 20 olahraga

Jadi, aku dah cuba kawal makanan semula agar tidak terlebih makan atau bahasa payah overload calories. Aku akan pastikan makanan wajib iaitu sarapan, tengahari dan malam adalah sepinggan sihat.

Image result for pinggan sihat kkm
Website Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Aku pernah ceritakan macam mana nak kawal makan, jadi aku taknak sembang dah. Aku tinggalkan link je. Boleh baca dan rujuk semula di sini. Mudah-mudah je caranya.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 ni takde hal la bagi aku. Sebab aku memang workout dalam rumah pun sebelum ni. Tak mengganggu aktiviti harian pun. Alhamdulillah. Aku cuma tak kongsikan bagaimana cara untuk korang.

Nak workout macam mana kalau dah tak boleh keluar?

Aku merupakan ibu anak tiga yang bekerja mengikut tempoh 8 jam bekerja. Malas macam mana pun, aku akan balik cepat-cepat dan bergegas nak lakukan workout. Hanya dalam rumah je. Jadi, workout aku menjadi huru-hara dengan kehadiran anak-anak di sisi. Bayangkan jugak yang baby sibuk peluk di kaki waktu aku workout?

Bertabah la. Pandai-pandai la korang nak handle macam mana. Samada aku akan bergilir dengan suami menjaga anak, atau biarkan anak-anak tumpukan kepada perkara lain semasa kita sedang workout.

ZUMBA // Fuh, feberet ni. Aku akan pasang tv dan ikut je koreografi yang ditayangkan. Ruang bilik tak perlu besar pun. Cukup keluasan lantai bersaiz 5×6 kaki. Cuma pastikan tiada lego atau halangan di kawasan tersebut. Tak payah ada cermin pun takpe. Apatah studio zumba. Fasiliti ringkas yang perlu ada cumalah TV, pengudaraan yang baik, cerah dan ruang takde sepahan mainan.

Ni untuk panaskan badan ok sangat. Aku suka. Mudah dan menyeronokkan.
Ni fitness dance. Lagi best. Rancak

Aku ada wifi Unifi di rumah. TV aku pun dah direct dengan YouTube. Masalah gangguan semasa streaming tu tak ada. Bagi korang yang takde talian internet macam aku, download siap-siap. TV takde? Buh dalam laptop atau telefon pun boleh.

TABATA // Lagu Tabata ni terngiang-ngiang dalam telinga. Boleh search dalam YouTube. Tempoh workout adalah 4 minit. 20 saat latihan pergerakan dan rehat 10 saat. Bergilir-gilir sehingga tamat 4 minit tempoh masa diberi. Sedang elok satu lagu.

https://youtu.be/Z4ziWoCuf5g
Tahun ke 3 aku dan suami duk follow rutin ni. Huhu
Aku banyak buka Tabata Songs je. Suka buat rutin sendiri. Sebab aku ada part nak fokus

Jenis pergerakan ni boleh diambil di internet. Lebih kurang macam cikgu PJ kita ajar je. Cuma kena buat dalam tempoh masa ditetapkan (dengan lagu) dan sentiasa bertukar. Aku cadangkan, korang taip TABATA WORKOUT untuk lebih faham dan jelas.

TRAINING GEAR// Bertuah siapa ada mesin treadmill, basikal dan segala jenis alat gym. Aku dah jual basikal berlari sebelum ni. Semak rumah kecil aku ni. Yang ada cuma Yoga Mat je. Lebih kemas. Gulung dan sembunyi belakang sofa.

Image result for home gym equipment
Ni semua heaven. Ada jugak aku DIY je. Contohnya isi air dalam botol untuk dijadikan dumbbell

Semua alat/mesin yang korang ada tu membantu anda workout dalam rumah. Ada barang sampai ribu riban, takkan nak buat sangkut tudung je kan. Manfaatkan sekarang. Kesian alatan tu duk berabuk sepi je di satu sudut.

Tali skipping, dumbbell, ankle/ wrist weights, bands dan etc. Sesiapa yang ada ni pun bagus. Bila ada equipments ni, kita akan rasa seronok seperti sedang bermain dengan alat permainan.

JALAN KAKI // Ni tahap paling malas. Jalan jela pusing rumah. Kecik ke rumah tu? Berjalan jalan setempat sambil menonton TV. Boleh dalam 20 minit tu berhentilah. Kalau ada tangga, boleh naik turun sampai mengah.


Ada lagi tak? Boleh la tambah. Aku cuma kongsi apa yang aku buat di rumah selama ini. Pastikan anda berpakaian lengkap semasa melakukan workout. Lengkap maksudnya baju sukan serap peluh, seluar fleksibel/track, dan berkasut stokin. Kalau ada jam Fitness lagi la bagus. Boleh dijadikan rujukan.

Jadi, mana satu pilihan korang? Jangan baca je. Buat tau. Sekiranya tidak bersetuju, dipersilakan komen di bahagian bawah dan kongsikan workout anda. Kita belajar dan menambah ilmu sama-sama.

‘Ke Arah Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu’

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

17 thoughts on “Rutin WORKOUT semasa wabak Covid-19

Leave a Reply to Hanny Abdullah Cancel reply