Hari-hari sebelum aku ingat tarikh 30 Mac ni. Tapi, disebabkan kesibukan Work From Home (WFH), tarikh ini aku lupakan. Sehinggalah suami aku ke sisi memberi ucapan Selamat Hari Lahir. Sweet je bila dapat ucapan pertama daripada orang tersayang.

Tak ada sambutan apa pun. Tak boleh keluar selagi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum berakhir sehingga 14 April 2020. Jadi, supaya ingatan ini menjadi memori di masa hadapan, aku up status di Facebook. Sekadar suka-suka di wall sendiri yang hanya boleh dibaca oleh rakan-rakan. Bukan public tau.

Kebetulan ketika ini trending pasal Status Challenge bersama gambar bertujuan membanjiri newsfeed dengan caption positif. Ada yang kongsi gambar 20 tahun lepas yang slim, gambar pasangan tersayang, gambar aktiviti perkhemahan dan macam-macam lagilah.

Bukan bertujuan nak participate, cuma ayat aku ikut trending. Aku copy paste balik.

This is not a challenge.

Saje nak up gambar untuk bagitau hari ni genap umur aku 35 tahun. Untuk pengetahuan juga, ini gambar 9 tahun lepas. Yang aku dukung tu Naura dan bukan Niqrisa.

Tengah buat kerja datang Azizi Aziz wishing to me Happy Birthday. TQ…

Takde hajat material. Cuma berharap nak sama je macam ni tak kira berapa banyak pertambahan usia pun. Mampu ke Nhazla Fikri? Challenge accepted! Lalang betul. Atas tu tulis lain!!!

#stayathome #challenge #mybirthday #tolakcovid1 9 #pkp2020

I’m printscreen from my FB account

Apa yang membuatkan aku terkesima, di WhatsApp group ada yang share pasal tak patut up gambar kebahagiaan di FB yang boleh mengundang orang lain dengki dan hantar sihir. Aku pun jadi, hah??? Kau dah kenapa dik? Masalah hati betul dia ni. Bukan seorang. Tapi ahli dalam group tu bersetuju secara berjemaah. Taknak la prinstcreen komen mereka. Sebab mereka ‘kawan’ aku.

Status ni yang jadi trending sekarang. Ramai duk pakat share.

Sungguh tak menghormati orang lain. Mata dia yang galak baca status orang, dia yang dengki lebih. Busuk hati betul. Aku terasa tau. Walaupun aku tak join pun challenge tu, tapi status aku macam sama.

Challenge tu trending dalam FB, tapi ditegur dalam WhatsApp group. Patut tak? Berapa ramai friends di FB dan dalam masa yang sama dalam WhatsApp group? Dan mereka dah up status challenge tu.

Minggu lepas bising pasal tak boleh up gambar makanan sebab kesian kumpulan Frontliner bekerja. Minggu ni pasal gambar family atau pasangan pulak tak boleh. Bulan sebelum pasal jangan kongsi kejayaan anak SPM. Ini namanya sosial media. Tak pandai bersosial, tutup la segala akaun media tu. Tak pun, jangan la friends dengan sesiapa. Hidup la dalam sosial media tu sorang-sorang. Orang macam ni ada masalah hati bila melihat kebahagiaan orang lain.

Ruin my day betul la. Dah ladi hari birthday aku. Ada jugak aku terbaca beberapa status lain pasal kekesalan sesetengah ‘rakan’ yang bagi nasihat alim di sosial media pasal gambar bahagia ni la. Simpati betul aku dekat diorang.

Apa pun, jadilah diri sebenar. Pedulik kan mereka. Tin kosong memang bunyinya kuat. Tapi, mereka tu takde perkara nak kongsi. Orang yang bukan boleh dijadikan inspirasi. Persetankan mereka semua. Terusan berkongsi apa sahaja. Medium sosial ini tiada had selagi tidak membatasi agama, bangsa dan adab.

Nasihat kepada aku sendiri, sentiasa berkongsi perkara bermanfaat. Always think positive tentang orang lain. Tapi, orang yang matikan kegembiraan orang lain ni nak think positif jugak ke? Err…

Lupa nak bagitau. Aku dah masuk 35 dah di tahun 2020. Angka dah tua, tapi hati masih muda tau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

“Once you replace negative thoughts with positive ones, you’ll start having positive results.”


Willie Nelson