Diari 3 – PKP sekat perancangan 2020?
Hari ke 30 menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covod-19 yang telah melanda Malaysia. Banyak negara yang mengambil inisiatif yang sama dengan menasihatkan rakyat untuk duduk di rumah, kurangkan aktiviti luar, tidak berkumpul dan menjarakkan diri 1 meter dengan orang lain.
Disebabkan itu, boleh dikatakan semua negara yang dilanda teruk oleh wabak ini menutup sekolah-sekolah, termasuklah tempat pengajian tinggi. Penularan wabak tidak tahu bila akan tamat. Jadi, berkemungkinan tempat-tempat pengajian merupakan yang terakhir sekali yang akan dibuka. Ini kerana sekolah dan institut tinggi menjadi tempat berkumpul yang paling berisiko.
Aku dan suami sama-sama cikgu di satu tempat, iaitu kolej vokasional. Maka, kami pun terlibat sama. Patutnya, kami tak perlu risau sebab, walaupun tak pergi kerja gaji tetap masuk. Itu kata netizen. Kami masih bekerja dari rumah dengan merancang, menyedia bahan dan menghantar tugasan kepada pelajar. Masih juga perlu clock in dan clock out setiap hari bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Jadi, apa yang mengganggu perancangan di tahun 2020?
Ya Allah… Aku dah meronta-ronta dalam hati ni. Ujian IELTS suami terpaksa dilanjutkan sehingga ada pemberitahuan pembukaan semula. Kelas Bahasa Inggeris suami dan anak lelaki juga tak boleh diadakan mengikut jadual. Nasihat daripada kerajaan jugak supaya menangguhkan percutian ke mana-mana negara pada tahun ini.
Aku taknak melancong. Aku dan suami ada perancangan lain. Itu yang membuatkan kami jadi tertangguh dalam semua hal.
Pun begitu, Allah gantikan yang lebih baik buat masa sekarang. Kami diperkenankan doa untuk mengajar anak di rumah. Nak buat homeschooling anak-anak ni dah berhajat lama. Nah, dah sebulan mereka bersama kami.
Nufail pun dah tak perlu mengambil peperiksaan. Peperiksaan UPSR dan PT3 pada tahun ini dibatalkan. Alhamdulillah. Ini je masih dalam rancangan.
Kerajaan memberi kelonggaran buat semua peminjam bank dapat tangguhkan pembayaran selama 6 bulan. Sukanya. Bolehlah kami simpan duit rumah. Bayaran pinjaman peribadi kami teruskan seperti biasa. Sebabnya aku rahsiakan.
Tapi, tak sangka pulak handphone aku rosak hari ini. Nufail basuh di sink. Tak tau la macam mana dia basuh sampaikan dalam phone aku dipenuhi air. Mahal nak beli beri. Aku suka pakai Xperia je. Tapi, dia punya harga gila-gila.
So, apa yang kami rancang memang tak sebaik perancangan-Nya. Dia Maha Mengetahui. Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Aku pun tersasul sambil makan pagi, phone ni patut tukar tahun ni sebab dah sampai masa. Tup, tup tak sampai 5 minit terus rosak. Merajuk ke…?
Entri ni lebih kepada luahan. Aku cuba nak elak fikir semua ni. Yelah. Kita tak boleh lari. Kita perlu hadapi masalah dan perlu diselesaikan. Cara pertama, aku catat dulu kejadian semua ini untuk rujukan aku di masa hadapan. Jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran dan sekaligus mematangkan fikiran.
Aku tulis ni pun sewaktu aku sedang bertenang. Jangan sesekali menulis ketika sedang beremosi. Sifat amarah akan memakan diri. Doakan aku dan keluarga kejap. “Ya, Allah. Apa yang berlaku sememangnya kehendak-Mu. Namun begitu, Engkau makbulkan juga hajat hambar yang bernama Nhazla ini.” Amin… Tolong aminkan sekali tau. Ok, sila bersemangat semula!!!
:: This is our Ohsem Journey ::
Diary no. #03
- Naik feri ke Tak Bai – Thailand
- Feeling emotional
- Rumah pertama keluarga kecil kami
- Aku umpama nomad, berpindah-randah
- Bila dah tetapkan, jangan ada PENYESALAN