Kehadiran kami ke Dayi County yang jauhnya 2 jam dari Bandar Chengdu semata-mata untuk bermain salji di Xiling Mountain. Namun, anganku musnah apabila penutupan tempat bermain ski akibat banjir besar yang lalu tidak dimaklumkan awal oleh pihak hotel kepada kami. Banjir besar pada bulan Ogos tahun lalu menyebabkan tanah runtuh dan masih lagi dalam proses pembaikan.

Bukan salah pihak hotel pun. Dia cuma sediakan penginapan. Bukan pemberi maklumat. Kalau aku tanya dulu keadaan di sana sebelum bertolak tu lain la. Tiada langsung berita dimaklumkan di internet. Mungkin negara China hanya mengeluarkan berita tersebut di rangkaian internet milik negaranya sendiri. Sebabnya, dalam perancangan kami ingin ke Longchi Forest. Kami dimaklumkan oleh pemandu teksi untuk tidak ke sana disebabkan gempa bumi. Bila aku google, takde pun. Jadi, berita dalam negara China sangat terhad terutama bukan tempat pelancongan orang dari negara luar.

Takpe la. Ini adalah pengajaran. Lain kali, tanya dulu. Bukannya terus gamble. Biarpun dah membazir masa dan duit. Apa pun, bukan kami je yang kempunan nak main salji, ada lagi rakyat Malaysia sama-sama senasib. Keluarga Pakcik Sabah dan dua keluarga lagi yang bekerja di Selangor.

Pakcik Sabah sekeluarga dah balik. Kehadiran mereka adalah dari Bandar Chengdu dan terus bermain salji. Manakala dua keluarga lagi macam aku. Bermalam dulu baru esoknya nak ke resort ski. Buat sembang jela dengan orang Malaysia. Nampak macam sebaya kami je. Masing-masing ada bayi. Jadi, bukan kerja gila ya bila bawa anak kecil ke tempat ini. Yang penting, persiapan pakaian mesti lengkap serta menepati.

Macam Genting Highland suasananya. Cuma lebih sejuk dan nyaman

Aku menginap dua malam di sini. Takde buat apa pun. Sembang-sembang dengan rakyat Malaysia. Kemudian ronda kawasan yang seciput je saiznya. Entah, takde apa sangat kot. Takde jumpa pulak orang kampung duk bermain bola ke, melepak kat mana-mana. Musim sejuk kot. Pasar malam pun tak wujud. Betul-betul membosankan kami kerana tidak dapat berada rapat dengan penduduk tempatan.

12 DISEMBER 2019 (KHAMIS)

8.00 pagi. Selesai sarapan terus kami check out hotel. Mulanya kami nak naik van sebagaimana kami datang sebelum ni. Dah pihak hotel nak hantar pakai kereta ke stesen bas. Kalau naik van kena tunggu tepi jalan. Kemudian sepanjang jalan akan ada amik penumpang lagi. Terpaksa melalui pekan-pekan untuk mendapatkan penumpang. Tak mungkin kami menolak naik kereta pihal hotel. Free lagi cepat. Haha

Bas yang tersusun elok di medan parking

30 minit je dah sampai ke stesen bas. Naik kereta boleh masuk dan parking di hadapan pintu. Tak perlu seperti sebelum ni terpaksa berjalan dengan punggah beg yang berat. Petugas hotel membantu kami masukkan beg ke dalam mesin scanner. Rutin biasa setiap kali masuk stesen pengangkutan awam. Wajib scan beg dan badan.

Suami aku dan petugas hotel sama-sama ke kaunter untuk membeli tiket bas. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Bas pun telah sedia menunggu. Kami terus angkut beg dan memilih kerusi paling belakang untuk kami berlima. Tujuannya untuk mengelak kami menjadi tontonan ramai. Pelancong luar ni nampak pelik sikit di mata orang. Huhu

Jagung yang dihadiahkan oleh petugas hotel

Sebelum bertolak, petugas hotel memberi kami jagung panas buat bekal makan kami di atas bas. Alahai, terharunya. Memang perkhidmatan hotel ni baik sangat. Walaupun tak jumpa salji, tapi kami diberi peluang berjumpa dengan orang baik-baik. Allah telah beri pengalaman lain kepada kami. Dalam orang duk kutuk-kutuk rakyat China jahat, kami ditemukan dengan orang yang membantu.

Kebetulan waktu kami ke sini, isu panas tentang kaum Uyghur. Aku taknak amik port sangat. Walaupun orang bising-bising tentang kaum tersebut ditindas akibat isu agama Islam, bagi pendapat aku bukan. Tapi isu lain yang disembunyikan. Yang di highlight kan adalah agama. Sebab itulah isu yang sensitif yang boleh membangkitkan kemarahan dunia. Wallahualam.

Petugas hotel yang baik dan sangat membantu kami sepanjang menginap di Daerah County

Maka, selamat jalan kepada Daerah County. Biarpun salji tak dapat nak jamah, tapi hati kami tersentuh dengan banyak kebaikan yang kami perolehi di sini. Terima kasih atas sebuah pengalaman yang tak mampu dibeli dengan wang ringgit. Lagipun, kami jimat banyak tau! Hehe

β€˜COME AND YOU’LL NEVER BE ABLE TO LEAVE’

Daerah Dayi Xiling – Siri 1

Daerah Dayi Xiling – Siri 2

Daerah Dayi Xiling – Siri 3