Review – 2 minggu selepas menggunakan Xperia 1
Nak story sikit pasal kejadian sedih tentang smartphone yang membuatkan aku terpaksa beli lain. Nak marah, tak jadi. Terkilan jela dalam hati. Hari-hari berhuhu je. Daripada aku mengeluh dan terputus hubungan dengan dunia sosial media selama beberapa minggu, akhirnya aku beli jugak. Kenapa Xperia 1?
Kita balik kenapa terpaksa beli phone lain. Aku ada mintak tolong Nufail basuhkan phone aku sebab Niqrisa dah kotorkan dengan sisa makanan yang berlengas di tangannya. Selama ni aku yang basuh phone tu. Aku rajin basuh semenjak Covid-19 ni. Ada sedikit paranoid. Nak jadikan cerita, Nufail offer diri nak tolong. Aku pun bagi la. Yakinnya aku dengan dia sebab dia banyak kali tengok macam mana aku basuh. Jadi, aku percayakan dia….
Lepas je dia basuh, terus bagi kat aku. Aku terus fingerprint dan perasan yang skrin menggila. Tekan apa sahaja aplikasi yang ada dalam phone. Macam air yang mengalir. Lalu je air kat situ, terus masuk apps.
Cuak beb.
Suami aku off dan masukkan dalam beras. Niat nak keringkan. Kalau dulu boleh bukak bateri dan keringkan dengan jemur atau pakai hairdryer. Sekarang semua phone baru bateri dah built in. Mengharapkan phone tu kering dalam beras pada petang nanti…
Malangnya. Phone tu masih memberi respons yang sama. Mengeluh pun tak guna. Suami aku keluarkan simcard. Simcard tu dah basah sikit. Kau basuh macam mana Nufail??? Nangis…
Phone Xperia XZ2 ni boleh celup air. Nak snap gambar ke, sembang ke, takde masalah pun selama ni. Aku pernah amik gambar dan video dalam sungai. Aku pun selalu basuh. Macam mana Nufail basuh aku tak tau. Jirus ikut lubang charger kot. Hua… Hua…
Suami aku cakap, sekali phone dah pernah hantar baiki, condition nya dah tak mungkin tip top seperti sebelum ni. Aku diam… Memang dah pernah hantar kilang Sony sebab tak boleh baca simcard. Akibat adik Nufail suka baling.
Jadi, terpaksa beli lain.
Banyak research dibuat. Survey di Facebook pun pernah buat. Ada beberapa pilihan yang membuatkan aku berkenan.
1. Iphone 11
2. Sony Xperia 1 & Xperia 5
3. Samsung S
4. Huawei P20 atau P30
5. Pixel 3
6. Pocophone F1 (Bajet)
Rata-rata suggest Iphone dan Huawei. Aku taknak Iphone sebab aku Android User. Huawei pernah pakai sebelum ni. Tak best. Dan aku ni peminat Sony. Dari zaman Sony Ericsson lagi. Sekarang dah bertukar ke Xperia.
Xperia 1 dikeluarkan bulan Feb 2019. Manakala Xperia 5 bulan Oktober 2019 tak silap aku. Awalnya, aku ingin beli Xperia 5 je sebab lebih murah. Tapi, banyak spec tak cukup. Aku berpaling kepada Xperia 1 disebabkan website Sony tak boleh nak hantar waktu tempoh PKP. Jadi, aku beli di Shopee. Seminggu je dah sampai.
Aku sekarang dah dua minggu pakai Xperia 1.
Pandangan aku pada mulanya macam tak suka dengan skrinnya. Lebih panjang iaitu dengan paparan 21:9. Kalau ikut saiz biasa semua phone adalah 16:9. Tapi, bila dah pakai, tak rasa pun perbezaannya. Best pulak bila skrin lebih luas pada phone lain.
Sangat ringan dan nipis. Akan mudah terluncut jika tak pakai phone case. Nasib baik diberi percuma. Tapi aku order lain di Shopee sebab anak aku suka baling phone.
Gambar dan video? Power! Korang boleh tengok di link youtube di bawah. Boleh subscribe dan komen sekali. Aku shoot 100% pakai Xperia 1. Cuma edit je di laptop. Kekok lagi nak edit di phone. Padahal aku dah bayar pin apps Filmora.
Aku beli warna putih. Kalau ikutkan aku nak warna merah. Memandangkan selama ni pakai phone case, kisah apa sangat warna di body. Bukan nampak pun.
Tentang processor, space atau apa-apa bahagian dalam phone aku tak pandai nak olah. Aku hanya yakin Xperia ni bagus. Sebab dah 4 phone pakai Xperia. Rosak akibat tangan orang lain semuanya. Haha…
Ni orang yang tepat nak sembang pasal XPeria 1. Suami aku sendiri buat vlog di Ralit Channel untuk membantu orang lain yang blur pasal Xperia. Selamat menonton! Jangan lupa subscribe. Hal travel banyak tau.
- Pengembaraan satu family ke Guangzhou, China
- Percayalah, Allah is the best planner
- Naik teksi di China dengan Didi Apps – Greater China
- Apps perlu download sebelum travel ke China
- Naik teksi di China guna Aplikasi Didi