TALK
Diari 4 – Belum ada jalan keluar

Diari 4 – Belum ada jalan keluar

Hari ke 71 berada dalam tempoh PKP. Namun, sejak 4 Mei 2020 yang lalu, PKP telah bertukar ke PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Alhamdulillah. Dapat la jugak kami keluar ke sana ke sini di dalam lingkungan daerah didiami.

Raya Aidilfitri hanya kami berlima sekeluarga. Jika nak diikutkan, kami nak pengalaman beraya di perantauan untuk kali pertama ni luar negara. Bukan negeri dalam Malaysia. Tapi, nak buat macam mana. Allah swt punya perancangan. Mungkin ini adalah persediaan buat kami sebelum waktu yang sebenarnya terjadi.

Sekarang dah hampir penghujung bulan Mei. Ikutkan, bulan ini adalah bulan pemilihan dan persiapan ke langkah seterusnya. Namun, kami masih tersekat dek ketiadaan peperiksaan IELTS, PTE atau TOEFL. Peperiksaan ini adalah syarat yang paling penting bagi langkah seterusnya.

Kami cuba email dan memohon agar dipertimbangkan permohonan untuk menerima tanpa peperiksaan memandangkan Malaysia belum lagi bersedia untuk membuka mana-mana tempat peperiksaan.

Kolej Vokasional sendiri pun dah tangguh peperiksaan yang entah ke berapa kali akibat lanjutan cuti PKP. Setiap hari kami buat research . Namun, semuanya mengecewakan.

JIKA DAH ADA NIAT, TERUSKAN. USAH DITANGGUH

Kami berdua masih mengharapkan sinar untuk keluar daripada kekusutan masalah ini. Walaupun bagi sesetengah pendapat mengatakan ini bukan masa yang sesuai memandangkan wabak Pandemik Covid-19 masih belum ditemui vaksin. Aku pegang satu je. Kalau nak buat sesuatu, sila segerakan. Usah ditangguh lagi. Wabak yang sedang melanda seluruh dunia ini pun bukan kita boleh jangka. Sesiapa pun tak sangka hidup kita sekarang ini sudah bertukar ke arah kehidupan norma baru.

Kami dah penat. Taknak dah tangguh. Usia makin meningkat. Anak makin membesar. Kesihatan tidak terjamin. Kehidupan masa depan bukan boleh disuluh. Apa yang perlu difikir, adalah masa kini. Hiduplah seperti hari esok kita akan mati. Buatlah dengan bersungguh-sungguh.

Pagi tadi, aku menerima satu mesej ringkas daripada seorang pemilik akaun FB bernama KHAIROLNIZAM MUHAIDI. Aku pernah bertanyakan soalan buat pertama kali kepadanya. Sungguh tak disangka, tup tup tak sampai sebulan, dia bertanya khabar kepada aku.

Adakah ini sinar jalan penyelesaian buat kami? Adakah Allah swt sedang huraikan kekusutan?


UPDATE : Dua hari berturut-turut aku membalas mesej dengan KHAROLNIZAM MUHAIDI di FB Messenger. Tapi, malangnya tidak banyak membantu. Maka, aku akhiri dengan ucapan berbanyak terima kasih dan akan cuba dengan suami mencari jalan penyelesaian bersama.

Mungkin Allah swt mahu memberi masa yang lebih panjang buat kami. Ini adalah perancangan daripada-Nya. Yang penting, usaha berterusan, tidak sesekali putus asa untuk berdoa dan tawakal kepada Allah. Dia yang Maha Mengetahui.

:: This is our Ohsem Journey ::

Diary no. #04

Leave a Reply