TALK
Bagaimana cikgu nak mohon belajar luar negara? Khas bagi penjawat awam bergred DG

Bagaimana cikgu nak mohon belajar luar negara? Khas bagi penjawat awam bergred DG

Hal sambung belajar luar negara ni bukan kebiasaan buat penjawat awam yang bergelar guru atau bergred DG. Yang biasa tu adalah sambung Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) atau sepenuh masa dengan Hadiah Latihan Perkhidmatan) HLP tak kira la sama ada dengan biasiswa ataupun tidak. Semuanya diketahui adalah dalam negara Malaysia.

Bukan tak ada. Hanya jarang kita dengari. Mungkin ada antara kita langsung tak tahu pun bahawasanya boleh je nak sambung luar negara. Tanpa tajaan pun takde masalah.

Sambung belajar dianggap sebagai berkhursus dalam perkhidmatan bagi penjawat awam. Cuti ini dinamakan sebagai Cuti Sambung Belajar. Bukan cuti tanpa gaji yang biasa tu. Cuti tanpa gaji yang tu dibolehkan kepada semua penjawat awam, bergantung kepada berapa lama telah berkhidmat.

Macam kami, ingatkan nak mohon cuti belajar tanpa gaji je. Pihak KPM benarkan dengan kiraan selama 14 tahun kami berkhidmat bersamaan 360 hari bercuti. Kemudian kena terus balik tak boleh sambung. Sayang pulak. Silap-silap kena bayar balik.

Bila minta nasihat, rupanya boleh ambil cuti sambung belajar. Tempohnya selama mana ditawarkan belajar oleh pihak universiti. Kalau 2 tahun pengajian, dapatlah 2 tahun bercuti. Kalau rasa nak sambung lagi, mohon la 3 bulan awal sebelum tamat pengajian. Istimewa kan.

Tapi, syaratnya kena sambung belajar ke tahap yang lebih tinggi daripada kelayakan sijil tertinggi kita sekarang. Contohnya, kalau sijil tertinggi kita sekarang ni adalah Ijazah, maka mohonlah peringkat Master. Jika dah ada Master, mohonlah di PhD. Faham kan? Tinggi ke atas.

Apa kata kalau sekadar nak tambah pengetahuan atau kemahiran dengan ambil kursus jangka pendek je? Boleh. Macam dijelaskan di atas tadi. Kena mohon Cuti Tanpa Gaji (CTG) atas urusan peribadi. Ini memang hak kita sebagai penjawat awam dibenarkan ambil. Tak perlu nak sambung belajar pun boleh nak mohon. Contohnya nak berniaga ke, nak masuk pertandingan ke atau apa-apa la. Dibolehkan.

Bagaimana cara nak mohon untuk sambung belajar ni? Sila tonton video ni sehingga habis. Dari A sampai Z proses permohonan dijelaskan. Nak tajaan ke, dengan duit biayaan sendiri pun takde masalah. Asalkan ada keinginan, semuanya boleh.

Jangan lupa SUBCRIBE channel ini. Semoga berjaya ya! Nak seribu daya. Taknak seribu dalih. Faham ayat ni. Insya Allah ditetapkan pendirian. Jangan sesekali berhenti di sekerat jalan. Teruskan niat selagi ada peluang.

Khas untuk cikgu ya

4 thoughts on “Bagaimana cikgu nak mohon belajar luar negara? Khas bagi penjawat awam bergred DG

Leave a Reply to Zie Cancel reply