
Kembali ke Malaysia
Setelah sebulan kembali ke Malaysia, aku baru rasa nak buka sosmed. FB dan IG selama ni hanya nak bukak yang notifications, like status yang ternampak di wall dan balas komen orang je.
Selama tempoh itu juga, kami terlalu sibuk menguruskan segala macam perkara. Hal rumah nak disewa, mendapatkan kereta, keperluan rumah, hal anak-anak sekolah dan kepersediaan diri untu kembali bekerja. Banyak la. Kalau nak diperhaluskan lagi, memang tak larat nak taip.
Semuanya bermula daripada kosong. Kami dah jual segala harta di Malaysia sebelum keberangkatan ke luar negara hari tu. Pergi dengan 5 beg tarik, balik dengan 6 beg tarik. Itu jela pertambahan harta. Semuanya coklat. Haha
Dalam keadaan sibuk macam tu, memang kami takde masa langsung nak layan sosmed. Sehinggalah ke satu masa sekarang, tiba-tiba hal ni macam dah slow down.
Yang sibuk macam tak cukup 24 jam sehari, kemudian bertukar kepada bosannya menunggu nak habiskan masa 24 jam ni.
Dan, waktu inilah aku baru ada masa nak scroll sosmed. Ternyata, aku cemburu… Aku tak mampu nak tengok status orang lain yang masih menetap di luar negara. Lebih-lebih lagi kawan-kawan yang berada di Turki.
Bateri telefon aku boleh tahan 3 hari sebab aku tak sanggup nak layan sosmed. Biasanya hari-hari jugak charge. Entah. Tak boleh move on kot. Jadi, aku amik keputusan elak scroll status orang.
Tiba-tiba dapat mesej dari kenalan yang tinggal di luar negara.
Sesungguhnya, mesej ini amat mengganggu emosi. Biarpun ada kata-kata semangat diberi, namun tak dapat elak daripada berfikir.
Jadi, aku buat keputusan tulis dalam blog setelah dah hampir 2 bulan aku dah takde entri baru. Apa yang kamu baca, inilah perasaan yang aku rasa kini. Aku taktau nak luah di mana. Aku tengok family aku dah macam boleh biasakan diri sekali lagi seperti rutin sebelum ini.
Tapi tidak aku. Aku ada banyak nak cerita di FB dan IG. Aku banyak save dalam phone. Sebelum aku post, biasanya aku akan taip dulu di satu aplikasi. Seharian aku hadap dan betulkan supaya tidak penulisan tidak menjadi kontroversi. Tapi, aku tak up pun. Aku biarkan… Kadang tu aku delete je.
Aku nak nasihatkan kepada yang bakal balik dari menetap di luar negara tu, anda akan alami apa aku rasa ini. Kau macam sedang bengong. Soalan duk bermain dalam fikiran, “Betul ke aku keputusan balik Malaysia ni?”
Nak taknak, memang kena balik. Aku pun takde ceritakan lagi kan kenapa kena balik biarpun belum tamat tempoh. Hanya orang tertentu je tahu. Kena pilih weh… Jenis manusia ni kalau yang tak paham orang, memang buat sakit jiwa je bercerita.
Takde point pun entri kali ni. Saje nak share feeling sedang rasa. Aku rasa useless, loser, unmotivated, pasif, in negative vibe and late to make a new step. Kalau dulu jadual sibuk macam mana pun akan sentiasa semangat nak buat apa-apa.
Kini dah lemau.
Aku memilih dengan membuang masa depan tv je memanjang. Aku pun nak elak daripada ingat yang aku pernah tinggal di luar negara. Galeri gambar pun aku takmau tengok. Youtube? Anak aku bukak, aku akan lari.
Entah bila semua ni akan berakhir. Semua ni amik masa. Dan kalau boleh, aku taknak hilang daripada ingatan. Sebab aku masih menaruh harapan. Biarpun hanya angan-angan.
Ok lah. Penulisan kosong. Emosi pun turut kosong.
Semoga korang ada rasa seperti aku setelah pulang dari luar negara, contact la aku. Aku nak tau, sama ke kita rasa? Macam ni jugak ke? Atau korang felt macam pergi balik melancong je?
- Trip Indochina – Kembara Phnom Penh, Kemboja // Day 3
- Trip Indochina – Menaiki bas ke Phnom Penh, Kemboja // Day 3
- Trip Indochina – Bermula di Ho Chi Minh, Vietnam // Day 1
- Trip Indochina – Cara nak melawat Cu Chi Tunnels Ho Chi Minh // Day 2
- Perbelanjaan lebih murah di Wilayah Narathiwat – Day 3
10 thoughts on “Kembali ke Malaysia”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
ala..baru saja layan kt utube..
terima kasih sebab layan channel kami
Assalam pn. Ada no hpn yg saya boleh hubungi pn.
Boleh menghubungi saya di FB messenger Nhazla Fikri atau ig nhazlafikri. InsyaAllah. Saya akan bantu
Assalamualaikum,
Boleh saya tau apa youtube Puan?….tentang life di Turki ke?
Saya faham perasaan tak boleh nak move on tu. Padahal saya hanya travel untuk 2 minggu shj ke sana, apa la sangat jika dibandingkan dengan Puan yang menetap lama. Ambil masa bertahun juga untuk saya ‘pulih’ hehe.
Salam perkenalan,
Wawa
Waalaikumsalam. Maafkan saya atas kelewatan membalas. Baru berkesempatan membuka blog. terima kasih memahami.
Boleh taip Ralit di youtube. Dah lama tak upload video baru
Saya baru discover blog Puan, dan vlog. Tulisan di blog sangat jujur dan menarik, saya juga suka travel tapi sekarang ada anak kecil.
Saya harap Puan terus menulis dan membuat vlog walaupun di malaysia atau di mana mana, saya rasa Puan ada bakat, sharing hidup berkeluarga juga menarik bagi org macam saya. Saya kagumi travel spirit Puan dan suami walaupun sudah berkeluarga, saya pun berharap dapat buat apa yang keluarga puan buat. Untung anak anak puan dapat parents macam korang.
You’re inspiring, keep going 🙂
blog ni sekadar perkongsian pengalaman kami sekeluarga sahaja. niat saya satu, bagi membantu semampu mungkin keluarga di luar sana untuk teruskan minat travel biarpun ada anak kecil. terima kasih puan sudi baca blog terpencil ini. semoga puan juga boleh membawa anak-anak merantau bersama nanti. InsyaAllah
Saya rasa sama macam akak.
Dah setahun lebih balik Malaysia tapi masih terngiang-ngiang sampai sekarang suasana kehidupan kat Turki tu.
Kadang² lalu jalan yg nampak macam Turki, rasa lupa kejap yg kita ni dah ada kat Malaysia.
Kadang tu rasa penat layan perasaan. Kalau ikut hati rasa sekarang juga nak book tiket. Tapi apakan daya. Keadaan tak mengizinkan.
Mungkin normal je kot perasaan kita ni. Entahlah.
Normal. Cuma masa je yang boleh menghilangkan perasaan ini. Satu perasaan yang indah tak mungkin dinikmati oleh semua orang. Dalam masa yang sama, syukur dapat rasa