
Belajar Bahasa Turki percuma – pengalaman
Dah balik dari Turki kan, kenapa nak belajar lagi? Duk pikir lama jugak bagi soalan tu. Aku dah 2 bulan balik Malaysia. Tak nampak bayang untuk ke Turki dalam tempoh terdekat. Ada sebab ke ek?
Dalam hati bergolak jugak. Antara nak dengan taknak. Nak la sebab aku rindu kehidupan di Istanbul. Taknak pulak sebab aku taktau bila nak guna bahasa tu.
Sebelum suami buat keputusan nak sambung belajar ke Turki, ada la jugak menentang. Aku takmau belajar bahasa baru. Lagi satu, negara Turki ni bukan dalam senarai negara yang aku nak pergi.
Biarpun aku ni suka travel sana sini setiap tahun, aku ada aim sendiri negara nak tuju. Lebih kepada kami sebenarnya. Bukan aku seorang. Pilihan ke negara Turki disebabkan oleh suami nampak peluang untuk sambung belajar di sana.
Sebagai seorang isteri yang sentiasa menyokong suaminya, aku setuju dan sanggup susah senang bersama. Biarpun hati ni kelat. Tak cuba, manakan tau.
Aku positifkan diri dengan harapan kami okey di sana. 3 bulan berlalu dengan keadaan tak okey sebenarnya. Masalahnya satu, bahasa! Mereka tak berbahasa Inggeris. Hanya di restaurant fast food je memang konpem boleh. Lain-lain urusan selain makan di kategori tersebut, semuanya azab.
Banyak urusan kena setel. Bab bil utiliti, bab rumah, bab pembelian pakaian, barang dapur, transportation, cari jalan, urusan visa dan baaanyak lagi! Semua tu memerlukan komunikasi.
Can you speak English?
Ingilizce yok!
Arghhhh!!!! Tension gila aku rasa tiap kali berurusan. Nak taknak, aku kena belajar jugak bahasa mereka bagi memudahkan segala urusan di Turki. Niatnya hanya nak boleh bercakap basic sahaja.
Aku pun mula mendaftar. Ada yang berbayar, dan ada yang percuma. Malam-malam aku study balik. Setiap hari. Nak lagi pandai, aku beranikan diri praktik bercakap dengan orang tempatan.
Untuk sebaris ayat 3-4 perkataan boleh la. Dibalasnya balik dengan satu perenggan 150 patah perkataan membuatkan aku hanya angguk sahaja.
Dipendekkan cerita, hanya sempat tinggal 6 bulan sahaja di Istanbul. Atas alasan yang belum dikongsi umum. Aku pun tak pandai lagi nak berkomunikasi dalam bahasa Turki. Hanya faham sikit-sikit dan banyak buat-buat faham.
Kebetulan beberapa hari terakhir aku nak berangkat pulang, kelas bahasa masih berjalan. Kelas tu pulak juga merupakan kelas terakhir aku belajar setelah 14 minggu perjumpaan. Dan, aku tak masuk. Disebabkan aku sibuk bersiap untuk pulang ke Malaysia.
Sehinggalah ke tarikh hari ini, 5 Jun 2021, kelas kedua sambungan yang hari tu bermula sekali lagi. Sebelum tu aku memang dah fikir, nak ke taknak.
Aku pilih nak teruskan sebab aku rasa ini juga satu ilmu. Lagipun, dah mulakan, kenalah habiskan. Tak sanggup aku gelarkan diri sendiri orang yang buat kerja sekerat jalan. Daripada aku menyesal, baik aku teruskan.
Untuk hari ini, aku tak kata aku dah pandai. Aku pun sedang belajar. Untuk karang 50 patah perkataan pun belum lepas lagi. Tapi, aku nak mencuba.
Dulu, sebelum aku tiba ke Istanbul, banyak benda aku nak cuba. Nampak je aku seperti makan angin. Hanya menemankan suami di sana. Hakikatnya aku mencuba banyak perkara. Ada yang kekal sehingga kini dan menjana pendapatan pendapatan. Boleh la buat bagi anak makan besar sekali sebulan.
Kesimpulannya, jangan menolak selagi kita tak tempuhi. Rasa dulu pengalaman sendiri. Kadang-kala benda kecil pun membuatkan kita nampak hala tuju. Memberikan kegembiraan tanpa kita sedar. Macam keputusan ke Istanbul. Dulunya tak suka, sekarang rindu.
Pendapat orang lain mungkin tak sama. Ada orang taknak amik risiko. Tak salah pun. Hanya kita sahaja tau akan kemampuan diri.
Itu je. Assalamualaikum.
- Ladang Bunga Matahari di Lopburi
- Beli tiket di Station Hua Lamphong Bangkok
- Trip Indochina – Sleeper bus dari Phnom Penh ke Bangkok // Day 6
- Trip Indochina – Killing Fields merupakan padang pembunuhan yang kejam di Kemboja! // Day 5
- Trip Indochina – Makan KFC di Phnom Penh, Kemboja // Day 4