Pertama kali solat di Masjid Hagia Sophia
Satu pengalaman yang cukup bermakna apabila dapat menjejakkan kaki ke dalam Hagia Sophia, Istanbul. Apatah lagi sudah boleh beribadah di dalamnya. Sungguh bertuah pengalaman ini kerana sebelum ini Hagia Sophia merupakan sebuah muzium selama 86 tahun.
Pada hari Jumaat, tanggal 24 Julai 2020, Hagia Sophia dibuka buat pertama kali bertujuan dijadikan tempat beribadah buat umat Islam. Syukur ya Allah.
Kisah sejarah binaan ini sangat unik. Bangunan asal Hagia Sophia dibina sekitar 360 tahun yang merupakan sebuah gereja. Pada tahun 532, berlaku rusuhan besar-besaran kepada kerajaan timur empayar Rom.
Tahukah anda, Hagia Sophia pernah dijatuhkan. Raja ketika itu telah mengumumkan untuk membina semula bangunan gereja yang agung itu pada skala yang lebih besar.
Hagia Sophia yang baru siap selepas 5 tahun 10 bulan dan dirasmikan pada 27 Disember 537.
Kubah besar pada bangunan tersebut roboh pula pada tahun 558 akibat bencana gempa bumi. Pun begitu, pembaikan dilakukan sejurus kemudian dan kekal sehingga kini selama 1500 tahun.
Sultan Ahmad al-Fatih ke II dari empayar Uthmaniyah telah menukarkan Hagia Sophia yang dahulunya sebuah gereja menjadi masjid buat umat Islam.
Sayangnya, masjid Hagia Sophia telah ditukar fungsi sebagai sebuah muzium bertarikh 1 Februari 1953, iaitu semasa pemerintahan Mustafa Kemal Ataturk yang melaksanakan dasar sekularime.
Muzium Hagia Sophia dibuka kepada pengunjung pada 1 Februari 1935 sehingga tahun 2020.
Pada tarikh 10 Julai 2020, di bawah pimpinan Reccep Teyyib Erdogan mengembalikan semula status menjadi Masjid Hagia Sophia.
Alhamdulillah. Aku sekeluarga cukup bertuah. Selama ini hanya mengetahui perkhabaran rakan pergi mengunjungi Hagia Sophia sebuah muzium. Kami pula ke sana untuk menunaikan solat.
Hagia Sophia dari rumah kami tidak jauh. Sukanya suami dan anak lelaki boleh menunaikan solat Jumaat di sana. Aku pun turut sama dapat merasainya.
Kami sediakan vlog untuk tatapan buat pembaca. Jika ada peluang mengembara ke Turki, bolehlah mengunjungi binaan yang sarat dengan kisah sejarah ini. Kami pergi pun, bukanlah yang kali pertama. Terasa nak pergi lagi dan lagi.
- Naik feri ke Tak Bai – Thailand
- Feeling emotional
- Rumah pertama keluarga kecil kami
- Aku umpama nomad, berpindah-randah
- Bila dah tetapkan, jangan ada PENYESALAN