TIPS
Tips naik flight dengan bayi / anak kecil

Tips naik flight dengan bayi / anak kecil

Nak travel, tapi ada baby. Macam mana nak handle? Ramai parents jadi susah hati bila fikirkan penerbangan yang memakan masa yang lama dengan anak kecil. Banyak nak kena fikirkan.

Contohnya, macam mana kalau menangis je dalam flight? Berak nanti senang tak nak cuci? Bila anak bosan, apa nak buat? Time kapal terbang nak mendarat, berdengung tak telinga anak?

Ini la persoalan-persoalan yang asyik berlegar dalam kepala sebelum nak bawak anak kecil naik kapal terbang… Sekiranya menangis, akan mengganggu emosi kita. Lagi parah, kalau budak ni melalak dengan high volume. Satu kapal stress.

Aku bukan pakar. Cuma nak berkongsi melalui pengalaman. Anda boleh dapatkan tips lengkap daripada website parenting yang betul seperti Support Airasia, Hello Doktor dan Majalah PaMa.

Kepada yang rasa maklumat diperoleh tidak cukup, boleh baca daripada pengalaman aku ini. Hanya praktikal kepada anak aku je. Jika bersesuaian, boleh la ikut. Yang rasa kurang sesuai dengan anak anda, sila abaikan dan carilah jalan penyelesaian yang terbaik buat anda dan anak.

Anak aku yang bongsu telah mula terbang di udara seawal usia 5 bulan lagi. Waktu tu kami menuju ke Manila dengan tempoh perjalanan 2 jam setengah tak silap aku. Dari Manila, kami terbang sekali lagi ke Cebu. Kemudian, Cebu – Manila – Kuala Lumpur.

Ke Manila di usia 5 bulan

Di usia 9 bulan pula, kami menaiki kapal terbang sekali lagi dari KLIA – Surabaya.Kemudian, di usia 18 bulan, pergi ke Chengdu, China. Dan sehingga di usia kini, masih lagi menaiki kapal terbang dengan perjalanan paling lama, 12 jam.

BAGAIMANA NAK HANDLE ANAK KECIL?

Persediaan sebelum naik pesawat.

  • Bawa 1-2 mainan yang membolehkan anak bermain dengan leka. Contohnya; Quite book / Busy book / anak patung kesayangan.
  • Biarkan anak bermain sehingga penat. Jangan bagi anak tidur sebelum masuk ke dalam pesawat.
  • Masuk paling last. Biarpun dapat panggilan berkali-kali untuk family masuk dulu, abaikan. Anak tidak selesa berada di tempat sempit terlalu lama.

Semasa dalam pesawat.

  • Masalah telinga berdengung boleh diatasi dengan bagi minum susu. Lagi selamat, biarkan anak tidur. Sebab itu, biarkan anak penat sebelum masuk pesawat.
  • Jika anak bosan, berikan mainan. Kami bawa satu je. Yang mudah keluar masuk beg. Quite book yang direka sendiri. Kamikenali keperluan anak aku. Jadi, aku cipta Quite book yang bersesuaian dengannya.
  • Anak buang air besar ni tak boleh elak. Takde masalah pun dalam flight. Tandas mesra bayi. Cuma, sila pastikan anda bawa lengkap perkara diperlukan seperti plastik buang pampers, tisu basah dan tuala. Nak mandikan tak boleh ya.

Sekiranya anak tantrum? Kami takde pengalaman. Kami kenali anak kami tu macam mana. Pernah praktikkan naik kenderaan awam dan berjalan jauh. Jadi, kami tahu peelnya bagaimana. Dari situ kami mula fahami apa keperluan dalam flight nanti.

Anak kami ni suka menangis. Nangisnya seperti menjerit. Sejam perjalanan dalam kereta, sejam la menangis meraung seperti kena toreh pisau. Kami pun pening jugak fikir macam mana nak atasi masalah tu.

Kami banyak kali bawa keluar berjalan-jalan sebab nak selesaikan masalah anak apabila travel. Dan, perkara di atas la kami praktikkan. Tak sangka menjadi.

Sehinggakan ramai kawan cakap, “Untung la anak kau baik.” Padahal anak aku tu kategori high demand. Waktu 3 bulan pertama tu digelar sebagai baby colic. Siapa ada anak macam kami ni faham sangat la.

Alhamdulillah kami dapat atasi. Yang minor macam meragam sikit-sikit tu biasa la. Tapi tidak la sehingga mengganggu orang lain. Emosi aku pun terkawal. Tu yang jadi tak pernah serik travel.

Setiap masalah anak ada penyelesaiannya. Cuma, anda kena kenali anak dahulu. Siapa lagi boleh faham jika bukan kita sebagai ibu bapa?

Leave a Reply