Trip Indochina – Menaiki bas ke Phnom Penh, Kemboja // Day 3
Alhamdulillah. Ini merupakan entri ketiga kami mengenai perjalanan Overland Indochina Trip kami bermula 14 sehingga 22 Disember 2022. Seperti mana aku dah maklum pada entri pertama hari tu, ikutkan plan nak lama lagi sebab nak ke Laos. Tapi Laos ni terpaksa skip atas sebab tak berani nak tanggung risiko ketika itu.
Antaranya banjir di Hatyai dan kampung halaman, ketiadaan tiket pengangkutan disebabkan cuti Sambutan Hari Natal serta kekangan cuti sekolah yang hampir berakhir.
Agak terkilan di hati ini sebab itinerari Laos tu dah disediakan. Pastu, tak pergi. Selain Laos, kami juga tak sempat lengkapkan kesemua destinasi lain iaitu ke Kanchanaburi dan Samut Songkhram. Ini bukan disebabkan tak ada tiket. Nanti aku ceritakan di entri lain.
Untuk perjalanan ke Phnom Penh ni agak panjang. Sila baca sehingga habis. Banyak yang anda boleh amik ikhtibar daripada apa yang kami dah lalui. Yang baik dijadikan sempadan. Yang buruk tu jadikan sempadan.
Bismillah…
16 DISEMBER 2022
14hb tiba di Ho Chi Minh. Hari kedua ke Cu Chi Tunnels. Tempat yang patut korang masukkan dalam senarai destinasi wajib pergi apabila berada di Bandar Saigon. Antara sejarah terpenting yang perlu tahu apabila menjejakkan kaki ke sini.
Macam mana cara nak pergi? Apa menarik di sana? Boleh baca entri sebelum yang telah aku update di blog dengan klik >>> Trip Indochina – Cara nak melawat Cu Chi Tunnels Ho Chi Minh // Day 2
Aku target hari ketiga ni nak keluar dari Vietnam. Takmau lama-lama memandangkan Overland Indochina Trip ni masih panjang. Ada beberapa negara lagi nak singgah. Kemboja, Laos dan Thailand. Ini perancangan asal. Jadi, macam mana pun, hari ini kena keluar.
Sehari sebelum tu kami tempah tiket melalui Bismillah Tour. Pergi ke Cu Chi Tunnels pun pakai servis dia jugak. Nombor telefon untuk dihubungi melalui Whatsapp +84834838922 https://wa.me/qr/LK7OAH4MGM3PL1
HO CHI MINH (VIETNAM) – PHNOM PENH (KEMBOJA)
Sebagaimana anda sedia maklum, kami ke Phnom Penh melalui jalan darat iaitu dengan menaiki bas. Tempoh perjalanan lebih kurang 6 jam. Boleh tahan jauhnya. Ikutkan kami nak ke Siem Riep. Tapi, kami tukar destinasi sebab memakan masa 14 jam perjalanan.
BAYARAN TIKET BAS
Bayaran harga tiket bas dengan tour = $23 per seat
Kanak-kanak bawah 6 tahun ke bawah = Percuma (Beriba)
Bayaran harga tiket bas di kaunter tiket = $18
BELI TIKET BAS DI EJEN PELANCONGAN
Kami tak pergi ke kaunter tiket. Sebabnya, dah agak lewat nak ke sana. Kami balik dari Cu Chi Tunnels pun dah bergelap di langit. Nak mencari tempat lagi. Perut anak-anak dah lapar setelah lawatan yang berjam-jam lamanya. Jadi, senang cerita, kami minta Bismillah Tour belikan tiket.
Agak mahal. Tapi, terpaksa. Kalau esok baru nak cari, makan masa jugak. Silap-silap, trip bas taktau pukul berapa. Lagipun, aku nak kena berangkut budak-budak lagi. Semua tu, kos jugak. Tolak campur, lebih kurang je berhabis duit. Kaedah jela berbeza.
Dengan bayaran $23 seorang, Bismillah Tour tu akan datang pick up dari hotel dan hantar ke tempat menunggu bas. Ok la kan. Takde nak berangkut beg dan anak-anak. Tapi, bukan jauh pun. Nak jalan kaki, lebih kurang 3 km jugak rasanya.
Memang dihantar dan banyak urusan dipermudahkan oleh Bismillah Tour tu. Nak tukar duit Dolar kecil-kecil pun boleh. Dia akan bantu sehabis baik.
Di Kemboja nanti nak pakai dolar. Jadi, bawak duit $100 dolar susah la pulak nak pecahkan time naik tuktuk. Sebaiknya, tukar siap-siap. Nak tukar kat bank boleh, nak tukar dengan guide atau di kaunter bas tu pun boleh.
Bas datang jam 1 tengahari. Elok dia simpan beg semua, kami naik ke tempat duduk masing-masing. Menikmati Bandar Saigon buat kali terakhir. Eh, tak sampai 30 minit, datang driver ke pekerja bas dalam tu mintak $2 each passport. Dah aku berlima, $10.
Pelik jugak la. Dah kenapa nak duit kami? Dah la $2. Convert Ringgit dah RM8.80. Darab 5 orang, dah RM44. Setiap passenger dia mintak 2 Dolar.
“What for?” Tanya seorang passenger ni tak puas hati.
“To process your passport. Your visa.” Kata pekerja bas tu.
Padahal kan, tak payah bayar pun. Sekadar nak tulis borang masuk macam Thailand tu je. Bagi kami borang tu dan kami isi sendiri apa salahanya… Saje la nak kutip duit.
Sah kami kena scam...
Sampai di imi Vietnam lebih kurang jam menghampiri 3 petang. Lancar je urusan. Cuma, kerek si pekerja bas tu jela. Dah la nak ke tandas pun dia punya bengis, “2 minutes!” Hek eleh…
Selesai sahaja urusan pasport keluar, bas bergerak ke imi Kemboja pula. Kat sini, sangaaaat lama. Bukan sebab urusan pasport. Tapi, urusan bas rosak. Sejam lebih tau. Dah la nak masuk Maghrib. Kami belum solat lagi ni. Taktau nak solat kat mana. Nak masuk tandas, duit Riel takde. Takkan nak pakai $1 kot untuk 5 orang. Mahal betul. Haha
Ikutkan, 40 sen je. Duit tu takde. Akhirnya kami buat keputusan beli simcard Kemboja dengan harga 130 000 Riel di satu kiosk bersebelahan tandas. Yang tak tahan, ada yang ulat simcard. Sebab apa aku kata ulat? Sebab dia jual nama simcard sama, tapi lebih murah dan tawaran yang berbeza dengan kios tu jual.
Muka penjual kios tu kemain rimas. Pekerja kios tu berbaju kemas dan nampak la yakin dengan deko kedai jual simcard macam Malaysia. Yang ulat tu memang mengarut betul cara dia jual simcard.
Kebetulan juga ada makcik pengurup wang. Dia ada duit Riel dan Dolar. Dia punya nak scam kami dengan mengatakan tukaran 100 USD bersamaan 100 000 Riel. Aku taktau la dia silap sebut ke menipu. Kita kan tengah pening nak convert duit berlainan negara.
Nasib baik la ada beli simcard. Penjual simcard kiosk tu la yang menempis kami daripada membeli duit daripada dia. Kami memang takde niat pun nak tukar duit dengan makcik tu. Dengan beli simcard ni la kami dapat baki dalam Riel. Bijak kan. Semata-mata nak ke tandas.
Selesai melepaskan hajat dan mengambil wuduk, kami naik atas bas untuk solat. Panas betul bas takde air-cond. Solution bagi masalah ini, tukar bas lain yang sedang menunggu sejauh 1 km lebih dari imi Kemboja.
Semasa sedang memakai beg dan persiapkan anak-anak, aku nampak passenger yang persoalkan ‘What for‘ tengah berkelahi dengan pekerja bas kutip duit tadi. Rupa-rupanya, pasport dia kena conteng dengan pekerja tu. Perangai tak bermoral! Boleh plak dia tak puas hati dan balas dengan cara macam budak-budak.
Pekerja tu minta maaf. Tapi kan, lepas passenger tu berlalu, pekerja tu baru berani panjangkan leher marah-marah sambil tangan diangkat tanda dia tak salah. Hek eleh. Orang dah pergi baru berani.
Ingatkan, jalan kaki kami ni mudah je. Nampaknya tidak. Jalan yang kami lalui tu dalam pembinaan. Berpasir, berdebu dan paling teruk adalah berkongsi jalan yang sama dengan kereta, motosikal, tuktuk, lori dan segala jenis pengangkutan.
Ini jalan kaki paling teruk la sepanjang hidup aku. Dah la aku bawak ahli keluarga. Tak terjangkau dek akal aku bawak anak-anak travel macam ni.
Dengan keadaan lelah berjelir rasanya, kami tiba jugak dekat bas. Jauh betul. Debu naik ke muka. Bahaya pulak tu. Bahangnya tak payah cakap. Dah la aku kendong beg 8 kg. Dukung Niqrisa pulak tu. Fuh, mencabar!!!!
Tengok body bus, takde buka bonet untuk simpan beg. Maksudnya, kena bawak naik atas. Bila naik, driver bas suruh letak beg belakang dan duduk la kat sana. Aku ingatkan ada kerusi. Rupanya kena duduk bertenggek dengan beg-beg. Aku punya panas di hati ni, tak boleh bawak bincang. Bila babitkan anak-anak, boleh naik hantu.
Aku letak beg dan terus ke depan mengadap driver tu. “You think I pay the tickets just because to seat on the floor? I need our seat now!!!“
Entah apa aku bebelkan lagi. Dengar tak dengar je passenger lain ikut sama menyokong aku. “Give their money back!” “Not fair! Where’s their seat?!”
Driver tu clear kan kerusi yang ada barang dan persilakan kami duduk. Entah la puas hati ke tak. Hati ni masih rasa panas. Dah la kena separate seat dengan suami. Seat kami ni dia dah reserve buat anak bini dia. Aku tau sebab di seat kami ada helmet kaler pink. Ada jugak mainan lain. Tak lama lepas tu, naik anak bini dia bertenggek kat tangga. Ada jugak seat yang dia letakkan barang.
Time tengah marah tadi, bercampur-gaul perasaan. Malu pun ada. Yelah. Mengamuk depan orang asing. Biasanya aku cool je. Suami aku ceritakan balik. Mat salleh tanya, “You can speak English?” Dia ingatkan sepanjang perjalanan tadi, kami ni tak reti speaking. Takkan kami nak sembang English laki bini. Kah!
Perjalanan bas dari border Vietnam-Kemboja ke Phnom Pehn ni masih jauh. Lebih kurang 4 jam perjalanan lagi. Aku akan sambung lagi di Day 4. Dalam perjalanan tu pun, boleh tahan ujian yang Dia bagi. Inilah indahnya travel. Kita berada di luar zon keselesaan. Sesuatu perkara baru untuk dikenang.
Perit ke? Perit ketika itu je. Kejap sangat. Pastu, perasaan sekarang ni dah mula rindu. Haha Ok. Jumpa di entri seterusnya. Selamat mengembara!
JADIKAN TAULADAN DAN PEDOMAN
- Elok beli tiket bas yang mempunyai pas perjalanan ; Mekong Express, Virak Bunthan
- Dapatkan gambaran awal dulu perjalanan ke Kemboja
- Pertahankan hak kita jika di pihak benar.
- Hati mesti cekal.
- Cuba berbincang elok. Jangan macam aku duk menengking (Tapi, itulah yang buatkan mereka tak membalas balik. Kalau tidak, mesti driver tu buat balas macam budak-budak. Conteng pasport contohnya. Huhu)
Jangan terlupa untuk baca entri pertama kami. Ada beberapa tips dan pengalaman aku kongsikan. Siap aku share vlog lagi untuk lebih jelas >>> Trip Indochina – Bermula di Ho Chi Minh, Vietnam // Day 1
2 thoughts on “Trip Indochina – Menaiki bas ke Phnom Penh, Kemboja // Day 3”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
[…] bas. Banyak masalah yang timbul semasa hari keempat kami merentasi sempadan. Anda boleh baca Trip Indochina – Menaiki bas ke Phnom Penh yang merupakan pengalaman kami […]
[…] bas. Banyak masalah yang timbul semasa hari keempat kami merentasi sempadan. Anda boleh baca Trip Indochina – Menaiki bas ke Phnom Penh yang merupakan pengalaman kami […]