Kemboja
Trip Indochina – Kembara Phnom Penh, Kemboja // Day 3

Trip Indochina – Kembara Phnom Penh, Kemboja // Day 3

Ini merupakan sambungan kedua Day 3. Jika anda baca yang sebelum, aku ada ceritakan bagaimana pengalaman aku menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan ke Phnom Penh. Azabnya bila mana kena paw duit dengan driver, bas rosak dan tuntutan kerusi dalam bas.

Kisah tu agak panjang. Jika anda nak baca perjalanan kami dari Ho Chi Minh ke sempadan Vietnam-Kemboja, boleh baca di Trip Indochina – Menaiki bas ke Phnom Penh, Kemboja // Day 3

Jauh lagi perjalanan tu. Ada lagi pengalaman yang aku tempuh. Perkara tak disangka dan harap menjadi panduan buat pembaca. Sambil aku tulis ni, aku amat berharap tak terjadi pada orang lain. Siapa kita nak menempis jika dah terkena. Tapi, dengan perkongsian seperti ini juga dapat bantu orang lain buat persediaan.

Aku ringkaskan sejarah perjalanan Trip Indochina ini. Kami tiba di Ho Chi Minh pada 14 Disember 2022. Menginap di kawasan Ben Thanh. Kat sana, mudah segalanya. Nak makan, nak tour guide atau booking ticket bas pun boleh. Urusan pun, dalam Ringgit dan boleh berbahasa Melayu. Sempat melawat Cu Chi Tunnels. Segala urusan dengan Bismillah Tours yang terletak di Malaysia Street.

Dipendekkan cerita, kami menaiki bas dari Bandar Saigon ke Phnom Pehn dengan perjalanan sejauh 227 km. Segala urusan di imigresen dipermudahkan. Segalanya diuruskan oleh driver bus. Cuma, adalah perangai kereknya seperti tak mesra dan paw duit. Aku ada ceritakan dalam entri sebelum.

Berlaku kesusahan yang tidak disangka-sangka iaitu bas rosak. Sejam lebih menunggu, akhirnya tukar ke bas lain. Berjalan ke bas ganti sejauh 1 km lebih. Dengan keadaan jalan berdebu, dalam pembinaan dan sangat sibuk dengan kenderaan lain.

Boleh tonton vlog kami pada hari kejadian. Jangan lupa tekan button SUBSCRIBE

Bas yang diganti tu pula tak sediakan seat buat kami berlima. Penumpang lain takde isu kerusi pun. Maka, cuaca yang baik bertukar la kepada puting beliung dalam bas tu… Mulanya marah. Pastu diberi seat. Kemudian dapat malu. Adush…

Sambung balik. Bismillah.


Bas mula bergerak setelah hal kerusi diselesaikan. Tak sampai 5 minit, terus bas berhenti untuk isi minyak dan berhenti makan. Bukan di stesen minyak atau rnr. Tapi di kedai makan. Ada orang datang bawak tong besar isikan ke dalam tangki bas.

Walaupun dalam keadaan lapar, kami sekeluarga tak turun. Aku pun tak nampak suami dan anak lelaki duduk kat mana. Kami terpisah penglihatan.

Pelancong asing lain pun duduk diam je. Yang turun naik cumalah rakyat tempatan. Mungkin mereka sudah biasa begini.

Tak lama lepas tu, naik seorang perempuan dan anaknya. Waktu ni aku dah syak mereka ni anak bini driver bus. Seat yang aku duduk ni memang reserve untuk mereka. Sebelum aku duduk dah ada helmet budak kaler pink dan juga mainan. Ada ke patut suruh kami duduk belakang semata-mata nak bagi kelaurga dia duduk.

Anak bini tu kemain melawa. Duduk je atas tangga sebelah driver. Bukan main bahagia duk berchit-chat. Nak bawa anak bini berjalan-jalan ke Phnom Phenh. Lantak la kau. Malas dah nak amik pusing.

Sepanjang perjalanan banyak melontarkan pandangan ke luar tingkap bas. Boleh nampak Tasik Tonle Sap semasa dalam perjalanan. Tambahan dengan suasana rakyat tempatan membeli-belah di pasar malam. Paling syok tengok ialah penumpang bas. Mereka duduk di paha rakan. Macam duduk di atas kerusi. Memang padat satu bas. Berhimpit seolah sayang nak biarkan ruang kosong.

Bas yang aku naiki ni bawak macam kiri dan kanan jalan ni dia yang punya. Tangan asyik hon untuk berikan laluan buatnya. Memotong kenderaan sehingga kereta lain terpaksa ke bahu jalan.

Taktau nak takjub atau takut. Haha

Semakin menghampiri malam, aku demam. Demam sehingga terketar-ketar. Ni mesti sebab seharian duk berpanas dan main debu. Sakit kepala pun tak berhenti berdenyut-denyut. Nak telan ubat, takut gastrik. Belum makan apa-apa sejak pagi tadi.

Nasib agak baik. Bas berhenti untuk membenarkan penumpang membeli makanan dan juga ke tandas. Nasib baik sekali lagi, ada banyak makanan halal dijual. Kebanyakannya halal dari Thailand. Selesai makan, terus aku ambil ubat penahan sakit. Aku selalu bawa postant. Lebih cepat berhasil.

Memang cepat. Sampai je di bandar Phnom Penh, aku terus okey. Takde dah panas sejuk badan.

Tempat turun bas ni bukan di stesen. Tapi di hadapan lodge hostel. Blur jugak sebab taktau celah lorong mana driver ni turunkan. Pun begitu, ada je bas lain yang tiba selepas kami. Maknanya, sini memang tempat menurunkan penumpang bas.

Waktu ni, pengangkutan awam tuktuk masih disediakan. Ada je pemandu yang tawarkan perkhidmatan ketika ini. Jam dah menunjukkan pukul 9 malam. Aku duk pikir, mahal kot dia akan charge. Bila ditanya, memang mahal.

Kami tolak dan fikir cara lain. Hotel belum booking. Kami search pakai Agoda dan cari kawasan berhampiran. Pemandu-pemandu tuktuk masih belum putus asa memujuk kami. Kami buat tak layan je, sampailah kami selesai booked hotel.

Sementara suami duk cari hotel, aku ada meninjau keadaan sekeliling. Perasan jugak di badan tuktuk tu ada pelekat aplikasi tempah tuktuk secara online. Namanya Pass App. Suami aku terus download dan menempah pakai app tu. Lagi mudah, mudah dan dipercayai!

Maka, bersiar-siar la kami menaiki tuktuk yang dikenali semabagi remouque oleh rakyat tempatan Kemboja menuju ke hotel. Malam tu jugak kami dapat tengok suasana bandar Phnom Penh.

Berakhir la hari yang panjang buat kami dari Ho Chi Minh ke Phnom Penh. Macam-macam ragam dan macam-macam perasaan yang bercampur gaul hari ni.

Syok? Tidak ketika itu. Tapi sangat dirindui semasa aku siapkan entri ini. Takde istilah perit. Nak repeat lagi!

Leave a Reply