Trip Indochina – Killing Fields merupakan padang pembunuhan yang kejam di Kemboja! // Day 5
Terima kasih kerana sudi membaca entri aku mengenai perjalanan Indochina kami ini. Ini entri keenam dah. Walaupun nampak Day 5 kat tajuk tu, sebenarnya di Day 3 aku separate jadi dua. Panjang nak letak dalam satu entri.
Ringkasan catatan pengembaraan Trip Indochina kami sekeluarga.
Kami lima sekeluarga memulakan Trip Indochina dari KLIA 2 – Ho Chi Minh pada Disember 2022. Trip kami ini tidak melalui agen pelancongan dan kami travel secara diy. Berada di HCM (Ho Chi Minh) selama 3 hari 2 malam. Sempat melawat ke Chu Chi Tunnels semasa berada di Kota Saigon.
Dari HCM, kami melalui jalan darat ke Phnom Penh Kemboja dengan menggunakan kenderaan bas. Banyak masalah yang timbul semasa hari keempat kami merentasi sempadan. Anda boleh baca Trip Indochina – Menaiki bas ke Phnom Penh yang merupakan pengalaman kami sendiri.
Walaupun azab nak sampai, tapi kemboja ni di luar jangkaan. Menarik untuk dikunjungi. Menggunakan dua matawang rasmi iaitu Dolar Amerika dan Riel Cambodia.
Phnom Penh sarat dengan sejarah kerana mereka baru sahaja melepasi zaman perang. Sebelum ni kami sempat melawat Muzium National. Kali ni kami akan melawat pula Padang Pembunuhan atau dikenali sebagai Killing Fields.
HARI KEDUA DI PHNOM PENH
Tempat yang ditunggu-tunggu oleh aku dan termasuklah anak-anak sangat teruja nak ke Padang Pembunuhan ni. Kami pernah menonton di youtube tentang tempat ni. Dah tau sejarah sikit-sikit. Itu yang membuatkan kami tak sabar nak rasai sendiri pengalaman berada di sana.
Pun begitu, dalam masa yang sama aku agak sedih bila mengetahui sejarah hitamnya. Aku cuba ringkaskan untuk anda tahu kenapa perlu masukkan tempat ni dalam list.
Suku penduduk Kemboja mati dibunuh dengan kejam di bawah rejim Khmer Rouge Pol Pot, dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai atau mati kelaparan, buruh paksa serta diseksa.
Pembunuhan ini dilakukan tanpa sebab. Mereka membunyikan lagu supaya jeritan rakyat tidak kedengaran. Bayi dihempap ke pokok sehinggakan batang pokok tersebut berlekuk dan dipenuhi dengan darah. Kejam.
Aku rasa, elok anda buat research sendiri tentangnya agar mendapat pendedahan yang lebih mendalam.
KILLING FIELDS / PADANG PEMBUNUHAN PHNOM PENH
Ada dua cara nak ke Killing Fields. Dengan bas atau tuktuk. Disebabkan kami lambat keluar dari hotel, maka kami pilih booked tuktuk by apps. Kami dah check-out dan letakkan beg-beg di kaunter receptionist. Sebab, bila balik nanti, mesti dah agak lewat petang.
Jauh tempat tu dari hotel kami menginap adalah 12 km. Setengah jam dengan menaiki tuktuk. Jalan agak mencabar sebab ada bouncing dan berdebu. Wajib pakai mask.
Ingatkan panas macam kelmarin. Rupanya hari ni suhu drop ke 22°C. Best betul jalan-jalan sebab tak berpeluh. Angin pun bertiup dengan sangat kuat.
HARGA TIKET MASUK
Kanak-kanak dan Dewasa = $6 / seorang (bayaran wajib dalam dolar)
Bawah 6 tahun = Percuma
Sewa Audio = $3 (ada pilihan bahasa. Kami pilih Bahasa Melayu)
Audio disediakan dalam banyak pilihan bahasa. Aku pun lupa berapa. Tak sangka Bahasa Melayu pun ada. Boleh dikatakan, ramai pengunjung yang hadir ke sini adalah foreigner. Itu yang ada banyak pilihan audio.
Aku cadangkan sewa audio ni. Kalau tak, korang akan nganga macam aku ke Muzium International. Sekali tawaf dah bosan nak keluar. Taknak jadi macam kelmarin, aku sewa dua audio. Bergilir-gilir dengar dengan anak.
Ingatkan kejap je nak duk sini. Sekali tu dua jam tanpa sedar. Memang layan habis dengar audio tu. Sambil dengar, boleh tengok barang yang dipamerkan. Semua barang tu adalah hasil tinggalan rakyat yang dibunuh. Termasuklah tengkorak.
Aku taknak ulas panjang tentang sejarah sana. Apapun, satu je aku nak cakap, sangat berbaloi. Masukkan Padang Pembunuhan ni ke dalam senarai wajib lawat!
PESANAN
- Bawa bekal makanan ke Killing Fields. Sana takde orang jual makanan. Nasib baik kami dah packed makanan dalam beg.
- Cuaca tidak dapat dijangka. Sejuk dan berangin. Silap haribulan yang tidak biasa boleh demam.
- Datang dengan tuktuk, sila balik dengan tuktuk yang sama. Kami terkena hari tu. Tak suruh tunggu. Sekali nak booked balik, driver semua reject. Diorang taknak deal melalui aplikasi. Deal pakai mulut. Harga 2 kali ganda.
- Pergi awal sebab sana sangatlah luas. Lagipun, memang akan lupa pada masa.
- Disebabkan situ adalah padang, bawa payung dan jangan lupa minum air. Tandas bersih kalau dah penuh tangki.
- Yang terakhir, sila hormati tempat peringatan. Usah la buat content yang boleh mengganggu perasaan orang lain. Content macam joget ke apa tu tak payah la… Cakap-cakap biasa tu, ramai je buat.
Kepada yang nak melihat tempat tu, tapi entah bila nak sampai. Boleh tonton vlog kami melawat Padang Pembunuhan di Phnom Penh. Lebih jelas dan faham apa yang aku sampaikan. Mungkin dengan video, maklumat boleh topup.
Selesai lawatan ke Killing Fields, kami terus balik ke hotel untuk dapatkan beg-beg kami balik. Tak tunggu lama, kami singgah ke Restoran Wau yang dimiliki oleh rakyat Malaysia sendiri. Beliau buka kedai makan dengan masakan kita. Bangga sangat!
Malam nanti nak naik bas ke Poi Pet iaitu daerah bersempadan dengan Thailand. InsyaAllah, esok tu kami dah kat Bangkok. Eh, tapi ini throwback. Ikutkan, kami memang dah selamat habiskan Trip Indochina ni. Hehe
Yang bestnya, kami naik sleeper bus. Ada katil. Memang korang patut cuba. Teramat lain dan penuh kelainan yang memang tak ada kat Malaysia. Paling tak sangka, stesen bas yang bukan di stesen. Dah la kami beli tiket di pejabat pos barang. Kaunter tepi jalan dengan meja sebijik.
Ni pulak bas banyak bersusun tepi jalan. Tak ada pun stesen. Ramai je orang. Ada jugak ternampak rakyat Malaysia satu suami isteri je buat Trip Indochina macam kami.
Sila stay tune dengan entri yang lain. Memang sentiasa bersambung-sambung. Happy travelling!
- Pengembaraan satu family ke Guangzhou, China
- Percayalah, Allah is the best planner
- Naik teksi di China dengan Didi Apps – Greater China
- Apps perlu download sebelum travel ke China
- Naik teksi di China guna Aplikasi Didi