TALK
Selamat Hari Bapa buat insan bernama Norazizi bin Ab Aziz

Selamat Hari Bapa buat insan bernama Norazizi bin Ab Aziz

Kesian suami aku yang tak sempat bersama semasa kelahiran anak sulung di hospital.
.
Waktu tu suami baru tiba di Kerteh yang jauhnya 240 km tanpa laluan highway (LPT2 belum siap lagi)
.
Dapat call kena patah balik ke Kota Bharu padahal dah 5 jam memandu tanpa rehat.
.
Tahniah be, dah jadi abah pada tarikh keramat iaitu 20 Oktober 2008.
.
Kemudian anak kedua lahir 2 tahun kemudian. Alhamdulillah, dapat la sepasang.
.
Sepasang tu jela selama 8 tahun seterusnya. Kemudian, lahirlah Niqrisa Auni yang sangat jauh beza umur dengan abang dan kakak.
.
Gembira bukan kepalang kami berdua. Kali ni aku request nak berpantang sendiri. Dan suami setuju untuk urus sama-sama.
.
Azizi Aziz tidak kekok menguruskan ketiga-tiga anak kami semasa bayi. Seorang bapa yang sangat penyayang. Banyak sabar. Sabar dengan segala macam karenah anak-anak.
.
Jika nak bandingkan dengan aku, seorang yang tegas dan sekali jelingan sahaja anak akan menunduk faham. Elok la kan. Sorang api, sorang lagi air.
.
Terima kasih be jadi abah kepada anak-anak kita. Terima kasih kerana berusaha menjadi abah yang terbaik buat mereka.
.
Hulurkan pertolongan biarpun ibu tak bagi. Sorok-sorok belikan keinginan anak-anak. Bersekang mata bantu siapkan kerja sekolah . Membela mereka sewaktu kena marah dengan ibu…
.
Jangan imagine aku ibu yang macam mana. Jangan… Haha
.
Paling utama, menjadi abah yang sangat penyayang. Tutur kata yang lembut dan tidak sesekali angkat tangan kepada mereka.
.
Bertuah kau anak-anak dapat abah jadi abah kamu. Kalau dapat macam tok bak mung…. Takkan aku panjangkan 😆
.
Selamat hari bapa buat Azizi Aziz. Terima kasih segalanya

Leave a Reply