{"id":2967,"date":"2019-04-18T23:57:41","date_gmt":"2019-04-18T15:57:41","guid":{"rendered":"https:\/\/nhazlafikri.com\/?p=2967"},"modified":"2022-11-21T11:37:24","modified_gmt":"2022-11-21T03:37:24","slug":"kenapa-sakit-kepala-semasa-berada-di-tempat-tinggi-kenali-gejala-airplane-headache-dan-acute-mountain-sickness-ams","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/2019\/04\/18\/kenapa-sakit-kepala-semasa-berada-di-tempat-tinggi-kenali-gejala-airplane-headache-dan-acute-mountain-sickness-ams\/","title":{"rendered":"Kenapa sakit kepala semasa berada di tempat tinggi? Kenali gejala Airplane Headache dan Acute Mountain Sickness (AMS)"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-regular-font-size\">Entri sebelum ni aku telah menyediakan entri tentang&nbsp; perjalanan ke Gunung Bromo Surabaya bersama kanak-kanak dan bayi. Perjalanan lengkap selama empat hari berada di bumi Surabaya. Terselit sikit cerita tentang sakit kepala semasa berada di atas gunung. Dan aku pernah janji nak ceritakan semula pengalaman tu. Sebenarnya, bukan sekali tu je sakit kepala datang menyerang. Pertama kali semasa berada di atas kapal terbang, dan kali kedua pula menyerang ketika kereta meluncur ke Cemoro Lawang. Sakit kepala yang tak pernah alami selama ini. <\/p>\n\n\n\n<p> Alhamdulillah. Aku ok je dan takde perkara melampau yang berlaku kepada diri ini sepanjang berada di sana. Kebetulan waktu tu bekalan ubat satu beg hilang entah ke mana. Puas mencari sepanjang berada di Indonesia. Tak jumpa-jumpa. Syukur jua kepada Allah akhirnya beg ubat tu jumpa kembali. Jumpa pun kat dalam beg transit yang ditinggalkan bersama kereta di <em>parking<\/em> &#8216;Park n Go Putrajaya.&#8217; Hampeh betul. Buat penat cari merata. Sampai ke supir pun beriya membantu. Ampun pak! Sia-sia je perasaan gelabah terbuang macam tu je. Huhu <\/p>\n\n\n\n<p> Balik dari Surabaya, aku terus buat pembacaan. Nak tau jugakkan apa ke nama sakit ni. Normal ke tak simpton tu. Tak pergi jumpa doktor pun sebab dah tak rasa sakit kepala sebagaimana di sana. Hasil daripada pembacaan, inilah yang diketahui.   <\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">1. AIRPLANE HEADACHE<\/h3>\n\n\n\n<p>Sakit kepala ni aku rasa selepas sejam penerbangan. Sakit tu di kawasan dahi atas kedua belah kening. Bagaikan satu urat yang ditarik-tarik tegang secara melintang. Hidung pun jadi tersumbat. Mata macam nak terjojol keluar. Telinga pun berdesing. Nak makan pun tak lalu. Takde rasa lapar dah. Sakitnya tak pernah alami. Aku tengok orang lain rileks je. Anak-anak aku pun elok duk bergelak ketawa. Kenapa aku yang dipilih? Ini sebabnya.<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Selesema.<\/li><li>Tekanan udara di tempat tinggi.<\/li><li><em>Stress<\/em>.<\/li><li>Kurang air. <\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>Aku memenuhi kriteria senarai di atas. Ya, aku memang selesema waktu fly dan menyebabkan hidung tersumbat dan sakit kepala. Radang sinus. Dan aku memang <em>stress<\/em>. Faham-fahamlah dengan situasi bersama anak berumur 11 tahun, 9 tahun dan bayi 9 bulan. Ada waktu anak-anak terkawal. Ada waktu aku yang tak terkawal. Niqrisa pula menyusu sepenuhnya. Tak campur langsung. <em>Breastfeed mom<\/em> sentiasa dahaga. Aku banyak <em>ignore<\/em>. Lupa pun ya. Aku akui yang aku kurang minum air sebelum berlepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Tak hairan la aku kena\nserangan <em>Airplane Headache<\/em>. Cara\nmengatasinya, perlu terbalikkan hal di atas. <\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Dapatkan rawatan dan makan ubat untuk sembuhkan selesema sebelum berlepas. Ubat ibu menyusu tak jadi la. Aku dah makan. Tapi tak berkesan. Tukar ubat. Minta nasihat doktor.<\/li><li><\/li><li>Jangan <em>stress<\/em>! Lalu je situasi kacau-bilau dengan anak-anak. Biarlah tunggang-langgang macam mana pun. Jiwa kena rileks.<\/li><li>Minum air dengan cukup. Sebelum dan selepas menyusu. <\/li><li>Sediakan ubat <em>paracetemol<\/em>. <\/li><\/ul>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/2aaa-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2974\" srcset=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/2aaa.jpg 1024w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/2aaa-300x169.jpg 300w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/2aaa-768x432.jpg 768w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/2aaa-945x532.jpg 945w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/2aaa-600x338.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption>Kiri kanan depan dengan anak-anak. Tak kira dengan beg-beg lagi. Gambar elok je senyum. Tapi sebelum tu bukan main ribut!<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"684\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/3a-684x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2975\" srcset=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/3a.jpg 684w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/3a-200x300.jpg 200w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/3a-600x898.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 684px) 100vw, 684px\" \/><figcaption>Sakit kepala hilang sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya. Lega&#8230; <\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">2. AMS (ACUTE&nbsp; MOUNTAIN SICKNESS \/ ALTITUDE SICKNESS)<\/h3>\n\n\n\n<p><em>Acute Mountain Sickness \/ Altitude\nSickness<\/em> dikenali\nsebagai penyakit akut gunung di kalangan pendaki. Anda akan berisiko untuk\nmendapat AMS apabila :<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Anda\ntinggal di dataran rendah yang berhampiran pantai dan tiba-tiba ke 2400 meter\ntinggi dari paras laut.<\/li><li>Pernah\nmenerima sejarah diserang AMS<\/li><li>Ke\ntempat tinggi dengan cepat.<\/li><li>Badan\ntidak mampu dengan ketinggian.<\/li><li>Berada\nbawah alcohol<\/li><li>Mempunyai\nmasalah jantung, paru-paru dan sistem saraf<\/li><li>Pesakit\nanemia<\/li><li>Pengambilan\nubat penenang, tidur, tahan sakit dan seumpama dengannya yang boleh\nmengurangkan kadar pernafasan<\/li><li>Dehidrasi\n\/ kurang air dalam badan<\/li><\/ul>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"508\" src=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/gunung-1024x508.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2976\" srcset=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/gunung.jpg 1024w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/gunung-300x149.jpg 300w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/gunung-768x381.jpg 768w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/gunung-945x469.jpg 945w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/gunung-600x298.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption>Kami sekeluarga berada di ketinggian 2329 meter dari paras laut<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Jika anda salah satu tersenarai di atas,\nmaka anda akan mula mengalami gejala ringan seperti berikut :<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Sukar\nuntuk tidur<\/li><li>Pening<\/li><li>Kepenatan<\/li><li>Sakit\nkepala<\/li><li>Bengkak\npada tangan, kaki dan muka<\/li><li>Hilang\nselera makan<\/li><li>Mual\ndan muntah<\/li><li>Nadi\n\/ jantung bergerak dengan cepat<\/li><li>Sesak\nnafas <\/li><li>Hidung\nberdarah<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>AMS ini terbahagi kepada tiga iaitu ringan, sederhana (<em>High Altitude Pulmonary Edema<\/em> \u2013<strong>HAPE<\/strong>) dan berat (<em>High Altitude Cerebral Edema<\/em> \u2013 <strong>HACE<\/strong>) Tahap berat ni boleh membawa kepada kematian. <\/p>\n\n\n\n<p>Aku pernah tau AMS sebelum ni. Sungguh tak sangka kena kat aku. Laki aku dengan anak-anak <em>slumber<\/em> je berada di gunung. Aku ni sampai tahap nak angkat kepala pun tak mampu. Simpton lain turut dirasai seperti loya, tak boleh nak tidur, sesak nafas dan sakit badan. Mulalah fikir latihan naik turun bukit sebelum ni seperti takde makna. Tak <em>fit<\/em> lagi ke aku ni? Perlu usaha kuat lagi!<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk pengetahuan korang, AMS ni menimpa kepada pengunjung bermula di ketinggian 2400 meter dan ke atas daripada aras laut. Perkara ni biasa jika kita ni asal dari dataran bawah. Tak biasa dengan udara sejuk dan oksigen yang kurang. Ni lah pertama kali aku ke gunung. Aku ingatkan AMS ni menyerang hanya kepada pendaki. Rupanya yang daki dengan menaiki kenderaan pun kena jugak. Lagi teruk sebenarnya sebab naik dengan kadar lagi laju daripada pendaki. Ni namanya tak cukup persediaan. Aku tak buat pembacaan atau rujuk doktor sebelum ke gunung. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"583\" src=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/4a-1024x583.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2978\" srcset=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/4a.jpg 1024w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/4a-300x171.jpg 300w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/4a-768x437.jpg 768w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/4a-945x538.jpg 945w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/4a-600x342.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption>Alhamdulilah. Anak-anak maintain takde apa-apa selama berada di gunung. <\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Gunung Bromo berada di ketinggian 2329 meter sahaja. Tak capai pun minima 2400 meter tu. Tapi badan aku dah tak dapat menerima ketinggian tersebut secara tiba-tiba. Dah la takde ubat. Takde pengetahuan pulak tu. Maka, terpaksa la menahan sakit selama AMS. <\/p>\n\n\n\n<p>Baring, duduk, jalan, guling, semua tak kena. Kata Irul (supir) sakit kepala ni akan hilang apabila tinggal semalaman di gunung. Tak pun kena turun ke tempat rendah dari tempat aku berdiri ketika tu. Ikutkan hati aku nak je terus turun. Tak mampu rasanya nak tahan sampai esok pagi. Bagai nak pecah di bahagian depan kepala. Dah la dalam <em>flight<\/em> dah kena. Hari yang sama jugak menyerang di gunung. Dua kali alami membuatkan aku nak terus <em>give up<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang mujurnya aku ni tak panik. Panik akan menyebabkan sesak nafas. Bahaya weh bila berkait semangat yang lemah. Suami aku banyak membantu. Anak-anak pun <em>behave<\/em>. Kesian kat mereka punya pasal. Aku gagahkan juga. Cuba menerima dengan ketinggian ini. Datang jauh-jauh takkan nak berkelubung dengan selimut je atas katil. Alhamdulillah, sakit tu beransur pulih. Maknanya badan aku dah mula menerima dengan tempat tinggi. Sakit tu hilang macam tu je lepas tu. Ditambah pula dengan pemandangan yang kebabow lawa. Selain cara membiasakan diri satu malam di tempat tinggi, cara lain yang boleh diatasi seperti :<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Turun\nke kawasan rendah dengan cepat<\/li><li>Berehat\nsekurang-kurangnya sehari<\/li><li>Minum\nair dengan banyak<\/li><li>Gunakan\noksigen tambahan<\/li><li>Jika\nmakin teruk, perlu segera ke hospital untuk menerima rawatan.<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>Apa yang berlaku ini tidak membuatkan aku serik. Perasaan seperti nak lagi, lagi dan lagi. Inilah namanya pengalaman. Kalau tak pergi, memang tak tahulah apa itu AMS. Untuk itu, aku perlu membuat beberapa pencegahan agar perkara seperti ni tidak akan berulang. Mencegah lebih baik daripada merawat. <\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\">LANGKAH MENCEGAH<\/h4>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Mendaki\ngunung secara beransur-ansur<\/li><li>Berhenti\nuntuk sehari atau dua di lain-lain ketinggian bagi memastikan badan dapat\nmembiasakan dengan paras tinggi<\/li><li>Tidur\ndengan ketinggian yang lebih rendah<\/li><li>Keupayaan\nturun dengan cepat<\/li><li>Ketahui\ncara mengendali AMS<\/li><li>Minum\nair secukupnya<\/li><li>Tidak\nminum alcohol<\/li><li>Makan\nmakanan tinggi karbohidrat<\/li><li>Elakkan\nminum air mempunyai kafein seperti kopi<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>Aku perlu berhati-hati selepas ini. Kesihatan yang kurang baik akan mengganggu <em>mood<\/em> <em>travel<\/em>. Aku pun risau jugak kot lepas ni anak-anak atau suami pulak yang terkena. Naunzubillah\u2026 Mintak jauh la. Kalau AMS ringan macam aku sebelum ni boleh la <em>handle<\/em>. Buatnya yang AMS sederhana, atau yang berat mau panik satu keluarga. Walaupun<em> insurans cover<\/em> sekalipun takde makna dah. Keluar berjalan niat nak suka-suka. Takkan la nak masuk hospital. Rugi duit dan masa.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/52a-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2977\" srcset=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/52a.jpg 1024w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/52a-300x169.jpg 300w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/52a-768x432.jpg 768w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/52a-945x532.jpg 945w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/52a-600x338.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption>Dua hari selepas berada di pergunungan. Semuanya ok!<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Sesiapa yang langsung takde mengalami AMS, tahniah kepada anda. Anda sangat bertuah. Aku insan terpilih dan semangat makin kuat nak ke tempat tinggi sekali lagi. I challenge myself going up to the mountain again. Challenge accepted! Bhahahahahhaaha!!!! (First, kena <em>fit <\/em>kan badan dulu. Huhu&#8230;.)<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>NEVER STOP TRAVEL<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\" style=\"text-align:center\">WONDERFUL INDONESIA<\/h3>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Entri sebelum ni aku telah menyediakan entri tentang&nbsp; perjalanan ke Gunung Bromo Surabaya bersama kanak-kanak dan bayi. Perjalanan lengkap selama empat hari berada di bumi Surabaya. Terselit sikit cerita tentang sakit kepala semasa berada di atas gunung. Dan aku pernah janji nak ceritakan semula pengalaman tu. Sebenarnya, bukan sekali tu je sakit kepala datang menyerang. Pertama kali semasa berada di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2973,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[52,5],"tags":[169,166,161,158,175,160,170,171,173,172,174,165,167,163,168,164,159,162,176],"class_list":["post-2967","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-talk","category-travel","tag-acute-mountain-sickness","tag-airplain-headache","tag-akut-gunung","tag-ams","tag-gejala","tag-gejala-tempat-tinggi","tag-hace","tag-hape","tag-high-altitude-cerebral-edema","tag-high-altitude-pulmonary","tag-langkah-mencegah","tag-pendaki-perlu-tahu","tag-pengalaman-gunung","tag-penyakit-gunung","tag-persediaan-ke-tempat-tinggi","tag-persediaan-sebelum-mendaki","tag-sakit-kepala","tag-simptom-ams","tag-tekanan-tempat-tinggi"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2967","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2967"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2967\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2979,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2967\/revisions\/2979"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2973"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2967"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2967"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2967"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}