{"id":3543,"date":"2019-07-27T22:58:12","date_gmt":"2019-07-27T14:58:12","guid":{"rendered":"https:\/\/nhazlafikri.com\/?p=3543"},"modified":"2022-11-21T11:20:30","modified_gmt":"2022-11-21T03:20:30","slug":"bagaimana-aku-mampu-bawa-semua-anak-travel-setiap-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/2019\/07\/27\/bagaimana-aku-mampu-bawa-semua-anak-travel-setiap-tahun\/","title":{"rendered":"Bagaimana aku mampu bawa semua anak travel setiap tahun?"},"content":{"rendered":"\n<p>Sebagaimana kita sedia maklum, <em>travel <\/em>ke luar negara memerlukan duit yang sangat banyak. Tiket kapal terbang boleh mencecah ribuan ringgit walaupun hanya ke negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Itu belum termasuk makan, hotel dan <em>transportation <\/em>di negara yang dilawati lagi. Nak tak nak, kena menabung dulu sebelum memulakan perjalanan. Duit kena penuh dulu, baru senang hati nak melangkah jauh.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi yang tertanya-tanya mana aku cekau duit sebelum ni, meh aku ceritakan. Aku bukan anak orang kaya. Jauh sekali <em>travel <\/em>menggunakan sumber daripada mak ayah. Dah beranak pinak memang tak mungkin pinjam daripada mereka. Berhutang? Isk, takde. Takkan la nak pinjam Ah Long semata-mata nak rasai pengalaman yang bersifat sementara. Itu kerja gila. Dapat <em>reward<\/em>? Haha Ingat aku ni orang sentiasa bertuah ke?<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut pengalaman, aku ada cara tersendiri menguruskan perbelanjaan untuk membawa aku dan anak-anak <em>travel <\/em>luar dari Malaysia. Faham-fahamlah kalau dah bawa seluruh seisi keluarga ni. Perbelanjaan lebih daripada biasa. Semua senarai perbelanjaan perlu didarab dan semuanya menjadi berganda. Jika yang gerak seorang diri pun bukan main senak perut nak menyimpan duit sampai cukup, inikan pulak bawa satu keluarga kan. Aku kongsikan beberapa tips agar boleh membantu ibu bapa lain yang inginkan percutian bersama anak-anak. Sekarang sesiapa pun boleh. <\/p>\n\n\n\n<!--more-->\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">1. SIMPAN DUIT <\/h3>\n\n\n\n<p><em>Of course<\/em> la dengan buat <em>saving<\/em>. Aku akan <em>save <\/em>duit paling banyak setakat ini adalah 1\/3 gaji bagi sebulan. Suami pun kena <em>cut<\/em> jugak duit gaji sama bahagian macam aku buat. Nasib baik la minat kami serupa. Kalau duit <em>travel <\/em>ni terusik, wajib <em>topup <\/em>balik. Ada jugak bulan-bulan tertentu kami sengkek akibat perkara yang tak boleh dielakkan. Maka <em>saving<\/em> kami akan berkurangan. Takpe. <em>Save <\/em>setakat mampu. Sikit pun tak apa la. Janji ada. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"819\" height=\"575\" src=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/07\/2-2.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3591\" srcset=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/07\/2-2.jpg 819w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/07\/2-2-300x211.jpg 300w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/07\/2-2-768x539.jpg 768w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/07\/2-2-600x421.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 819px) 100vw, 819px\" \/><figcaption>Pertama kali kami simpan duit semata-mata nak ke negara musim sejuk. Jepun pulak tu. Negara yang jauh tinggi mata wangnya berbanding Malaysia. Terpaksa menabung setahun awal. <\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">2. BERJIMAT-CERMAT<\/h3>\n\n\n\n<p>Jangan kata aku kedekut! Haha.. Berjimat ni maksudnya tak suka membazir. Benda belum rosak, buat apa ganti baru. Baju masih banyak, tak perlu beli lain. Stok makanan banyak lagi, kenapa nak makan kat luar. Macam tu la lebih kurang. Bukan takde langsung beli. Tengok pada situasi. Dah teringin sangat nak makan, beli jela. Kalau baju tu dah lama berhajat nak beli, <em>grab <\/em>je dan bayar. Cuma, kalau tiap masa je duk teringin, itu dah lebih kepada membazir. Membazir amalan syaitan. Didiklah diri supaya sentiasa bersederhana. <\/p>\n\n\n\n<p>Di situasi aku, setiap kali aku terfikir nak beli sesuatu yang tidak patut, aku mesti fikir macam ni, &#8220;Duit sebanyak ni dah boleh bayar hotel. Jimat satu malam.&#8221; Atau, &#8220;Fuh, kalau betul aku nak makan Takoyaki ni, baik aku sendiri <em>fly <\/em>ke Jepun.&#8221; Ini contoh. Tapi, kalau dah tahap meroyan nak sangat makan Takoyaki tu, <em>of course<\/em> la kena beli. Takkan nak tunggu sampai Jepun baru nak rasa. Takut tak sempat sampai sana dah arwah. Muahahahaha<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">3. TIKET MAMPU BAYAR<\/h3>\n\n\n\n<p>Beli tiket <em>flight<\/em> yang mampu bayar je. Nak kata kena beli waktu tiket sedang murah tak jugak. Yang penting, kena tau bajet diri sendiri. Macam aku. Aku <em>set <\/em>mampu bayar RM2000 <em>return <\/em>untuk sekeluarga. Kalau jumpa harga lebih kurang tu, aku akan terus <em>grab <\/em>tanpa fikir panjang. Dah memang harga tu aku boleh bayar. Buat apa lagi nak pening-pening fikir. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanya kepada diri anda. Berapa sebenarnya anda boleh bayar bagi tiket <em>flight <\/em>untuk membawa satu keluarga. Selagi tak jumpa harga yang anda nak, jangan beli. Usah bandingkan harga tiket dengan orang lain. Sebab kemampuan setiap orang tidak sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Aku pernah berkata kepada suami yang aku takkan beli tiket <em>flight <\/em>selagi tak jumpa harga RM600 <em>return<\/em> untuk 5 beranak. Ya, aku dapat harga tiket tu. Itupun sebulan sebelum <em>fly<\/em>. Macam tak percaya pun ada dapat. Apa yang penting, sabar dan belilah mengikut kemampuan poket masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">4. RANCANG SENDIRI<\/h3>\n\n\n\n<p>Buat sendiri perjalanan anda sekeluarga. Ini lebih menjimatkan daripada mengupah orang lain sebagai <em>tour guide<\/em>. Upah <em>tour guide<\/em> tu sepatutnya membolehkan kita tinggal lagi dua hari di negara berkenaan. Sempat jugak la nak ronda tempat lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Itinerari aku biasanya tidak membabitkan tempat yang memerlukan bayaran. Aku lebih suka buat perjalanan dengan <em>sightseeing <\/em>di taman, pasar, <em>mall<\/em> dan celah rumah penduduk setempat. <em>Free <\/em>je. Itulah kelebihan rancang sendiri. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/07\/3-2-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3592\" srcset=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/07\/3-2.jpg 1024w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/07\/3-2-300x169.jpg 300w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/07\/3-2-768x432.jpg 768w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/07\/3-2-945x532.jpg 945w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/07\/3-2-600x338.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption>Rancang percutian anda dengan baik dan teratur. Kami siap print maps sebab nak bagi anak-anak tau ke mana nak dituju.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Tak rugi pun bagi aku tak masuk Disneyland atau mana-mana taman tema sebab bagi aku melihat budaya itu lebih bermakna. Bila lagi aku nak menikmati daun-daun kuning luruh berguguran. Kat Malaysia takde orang jual sate kala jengking kat pasar. Prinsip aku, taknak &#8216;mengkayakan&#8217; orang yang sedia kaya. Pernah sekali je masuk Manila Ocean Park. Itinerari boleh diubah mengikut kesesuaian keluarga jugak. Untungkan bila buat sendiri itinerari. <\/p>\n\n\n\n<pre style=\"text-align:center\" class=\"wp-block-verse\">Rajinkan diri membuat pembacaan dan jangan malu untuk bertanya. <\/pre>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">5. TIDAK MENCARI VIRAL<\/h3>\n\n\n\n<p>Orang kita ni suka sangat dengan benda-benda <em>viral<\/em>. Makanan dan minuman la terutamanya sekali. Contoh yang <em>viral <\/em>sekarang ini adalah minuman Bubble Tea. Beriya-iya orang beratur panjang di setiap premis yang menyediakan air yang dimasukkan bahan <em>pearl <\/em>ni. Tak kira berapa harga pun sanggup bayar. Sama jugak dengan tempat destinasi percutian. Sekali orang <em>share <\/em>tentang Hatyai, maka berduyun-duyun la orang ke sana. Sampaikan penuh dengan rakyat kita. Macam kat pasar tani pagi Malaysia dah pun. <\/p>\n\n\n\n<p>Air, makanan, pakaian, barang atau tempat yang sedang <em>viral<\/em>, elakkan. Tunggu reda dulu barulah cuba. Sebab, bila dah <em>viral<\/em>, semuanya menjadi mahal. <em>Demand <\/em>yang tinggi. Usah risau digelar sebagai ketinggalan. <\/p>\n\n\n\n<p>Destinasi tumpuan juga menjadi salah satu sebab perbelanjaan menjadi tinggi. Hotel di kawasan tumpuan juga mahal. Aku pernah ke Hohhot China sebelum ni. Autonomi yang jarang menerima pelancong. Berbeza dengan Beijing. Dua kali ganda mahal perbelanjaan yang perlu dibayar. Bijaklah dalam memilih destinasi. <\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">6. ELAK BERHUTANG<\/h3>\n\n\n\n<p>Aku ada buat <em>loan<\/em>. Tapi <em>loan <\/em>perumahan jela. Kereta beli <em>second hand<\/em> je pun. Dua-dua kereta bayar <em>cash<\/em>. Gaji aku hanya untuk aku dan keluarga. Takde nak bayar banyak kat bank. Aku akan mengelakkan sehabis mungkin daripada membuat hutang. Orang lain beli perabot bayar bulanan, aku sanggup kumpul duit dulu baru beli. Ini contoh je tau. Kalau tak mampu bayar tunai, aku rela tak beli. Sanggup aku kumpul sampai cukup dulu barulah buat pembayaran. Pendek kata, aku takkan buat hutang. Jangan sesekali cuba. Sebab benda ni macam berhantu. Kredit <em>card <\/em>pun sama. Elakkan hutang lama-lama. <em>Swag <\/em>di kedai, balik terus <em>bank in<\/em>. Sebelum nak <em>swag<\/em>, fikir dulu sama ada duit dalam simpanan bank dah ada atau <em>zero<\/em>? <\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">7. RANCANG HIDUP ANDA<\/h3>\n\n\n\n<p><em>Over <\/em>tak dengan berfikiran macam ni? Tak bagi aku. Sebab hal ni menjadikan aku seorang yang berfikir ke masa hadapan. Orang yang sentiasa merancang menjadikan seseorang lebih berwawasan dalam hidup ini. Tak jadi, takpe. Nama pun rancang. Sebaik-baik perancang adalah Allah swt. Redha dan teruskan merancang. <\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">8. DISIPLIN<\/h3>\n\n\n\n<p>Inilah kunci segalanya. Semua senarai di atas tidak akan menjadi kalau disiplin tidak menjadi keutamaan dalam diri. Disiplinlah dalam membuat simpanan. Disiplinlah juga dalam hal perbelanjaan. Anda perlu bertegas dengan diri sendiri. Orang yang berdisiplin pasti akan berjaya dalam usahakan sesuatu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika betul anda boleh disiplin dan mengawal diri, pasti anda mampu bawa keluarga bercuti bersama. Tetapkan bila nak pergi. Biar ada <em>goal <\/em>buat anda sekeluarga. Berpakat juga dengan anak-anak. Barulah satu keluarga berasa teruja nak pergi. Kalau ada yang dah lupa tujuan, ada jugak yang akan ingatkan. <\/p>\n\n\n\n<hr class=\"wp-block-separator\"\/>\n\n\n\n<p>Tak semestinya kena kaya dulu baru boleh <em>travel <\/em>jauh ke luar negara. Hal ni nak jalan dalam Malaysia pun kena pakai duit jugak. Jangan asyik tengok orang lain. Berusaha untuk diri sendiri dan keluarga untuk capai impian menjejakkan kaki ke negara orang. Tak kira berapa lama anda <em>set <\/em>kan tarikh, kalau anda tetapkan pendirian, insyaAllah tercapai jua. <\/p>\n\n\n\n<p>Terus-terang aku cakap, aku tidak kaya. Kami suami isteri betul-betul tegas dalam bab mengurus kewangan untuk <em>travel<\/em>. Walaupun bukan kepentingan buat orang lain, tapi ini adalah acara wajib buat kami sekeluarga. Tidak la sampai sanggup berlapar. Cuma, bila sekali dah travel, semua ni menjadi <em>addict<\/em>. Entah, tak tau nak cakap <em>feeling <\/em>tu macam mana. Cuba pergi sendiri! Hahahaha!!!<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"869\" src=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/07\/4-1-1024x869.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3593\" srcset=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/07\/4-1.jpg 1024w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/07\/4-1-300x255.jpg 300w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/07\/4-1-768x652.jpg 768w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/07\/4-1-945x802.jpg 945w, https:\/\/nhazlafikri.com\/wp-content\/uploads\/2019\/07\/4-1-600x509.jpg 600w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption>Bila dah boleh urus sekali dua perjalanan, seterusnya menjadi makin mudah. Tak cuba tak tahu kan. Impian anda juga tidak mustahil.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p><strong>SEMOGA BERJAYA<\/strong><\/p><\/blockquote>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebagaimana kita sedia maklum, travel ke luar negara memerlukan duit yang sangat banyak. Tiket kapal terbang boleh mencecah ribuan ringgit walaupun hanya ke negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Itu belum termasuk makan, hotel dan transportation di negara yang dilawati lagi. Nak tak nak, kena menabung dulu sebelum memulakan perjalanan. Duit kena penuh dulu, baru senang hati nak melangkah jauh. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3590,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[42,43,157,12,44,31,1123],"tags":[309,301,305,304,308,306,214,310,303,307,302],"class_list":["post-3543","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ke-luar-negara","category-kembara","category-pengalaman","category-perjalanan","category-persediaan","category-riadah-keluarga","category-tips","tag-berjalan-jalan","tag-family-travel","tag-family-trip","tag-family-vacation","tag-itinerari-sendiri","tag-kids-travel","tag-melancong-bersama-keluarga","tag-melancong-keluar-negara","tag-menabung","tag-simpan-duit","tag-tabung-travel"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3543","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3543"}],"version-history":[{"count":19,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3543\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3617,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3543\/revisions\/3617"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3590"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3543"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3543"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3543"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}