{"id":5130,"date":"2021-11-16T17:43:16","date_gmt":"2021-11-16T09:43:16","guid":{"rendered":"https:\/\/nhazlafikri.com\/?p=5130"},"modified":"2021-12-24T00:32:39","modified_gmt":"2021-12-23T16:32:39","slug":"pengalaman-homeschooling-anak-di-luar-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/2021\/11\/16\/pengalaman-homeschooling-anak-di-luar-negara\/","title":{"rendered":"Pengalaman homeschooling anak di luar negara"},"content":{"rendered":"\n<p>Agak banyak soalan yang diajukan kepada aku mengenai persekolahan anak-anak semasa tinggal di Turki. Mulanya aku nak hantar anak-anak ke sekolah awam di Istanbul. Disebabkan peningkatan covid-19 yang meningkat dan ketika itu juga sekolah dan institusi pendidikan lain tutup sementara.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami pun tidak lama di sana. Hanya 6 bulan sahaja. Untuk bersekolah di Turki, ibu bapa perlu mempunyai ikamet (kad sah tinggal) Tempoh untuk mendapatkan ikamet sangat lama di Istanbul dan kami buat keputusan untuk homeschool sahaja. <\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\"><strong>APA ITU HOMESCHOOLING<\/strong><\/h4>\n\n\n\n<p>Homeschooling ini adalah pendidikan di rumah oleh ibu bapa. Menurut&nbsp;<a rel=\"noreferrer noopener\" href=\"https:\/\/www.moe.gov.my\/index.php\/en\/secondary-school\/4771-pengecualian-daripada-mengikuti-pendidikan-wajib-home-schooling-2\" target=\"_blank\">Kementerian Pelajaran Malaysia<\/a>&nbsp;(KPM) pula, Homeschooling&nbsp;merupakan satu kaedah persekolahan di rumah yang diberikan kepada ibu bapa yang memerlukannya seperti mempunyai masalah kesihatan kronik atau sebab yang munasabah bagi memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga.<\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\"><strong>Panduan Homeschooling di Malaysia<\/strong><\/h4>\n\n\n\n<p>Sebelum anda memilih untuk menghantar permohonan anda, ketahuilah anda harus mematuhi syarat-syarat yang telah dikeluarkan oleh KPM. Syarat-syaratnya adalah :<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Warganegara Malaysia<\/li><li>Pemohon memiliki kelulusan ikhtisas perguruan<\/li><li>Salah seorang ibu bapa mesti menjadi pengajar sepenuh masa<\/li><li>Diwajibkan menggunakan&nbsp;<strong>kurikulum kebangsaan<\/strong><\/li><li>Berkemampuan untuk penyediaan prasarana yang kondusif<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>Ibu bapa turut harus membenarkan wakil daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk lakukan lawata pada bila-bila masa ke rumah anda.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sumber tutorkami<\/strong> : <a href=\"https:\/\/www.tutorkami.com\/tuition\/panduan-cabaran-homeschooling-malaysia\/\">https:\/\/www.tutorkami.com\/tuition\/panduan-cabaran-homeschooling-malaysia\/<\/a><\/p>\n\n\n\n<!--more-->\n\n\n\n<p>Berbalik kepada cara aku homeschool anak-anak. Dah beberapa tahun aku dah baca pasal ni dan telah sertai komuniti ibu bapa yang homeschooling anak-anak mereka di Facebook. Antaranya <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/groups\/fingergym\/\">Idea Homeschool Anak<\/a> dan <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/groups\/230384874308270\/\">Santai Homeschooling &amp; Parenting<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga aku sertai Worldschooler di peringkat global. Seronok melihat ibu bapa dari serata pelusuk dunia menyediakan pendidikan terhadap anak-anak mereka. Ada pelbagai jenis kaedah yang boleh diguna pakai.<\/p>\n\n\n\n<p>Anda juga boleh buat <em>research <\/em>di <em>google<\/em>, <em>youtube <\/em>dan juga terus sahaja email dan mendapatkan nasihat daripada KPM.<\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\"><strong>KAEDAH HOMESCHOOLING<\/strong><\/h4>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\"><li>Ibu bapa sebagai pengajar<\/li><li>Mengupah tenaga pengajar<\/li><li>Anak masih bersekolah, tapi belajar di rumah<\/li><\/ol>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\"><strong>CABARAN HOMESCHOOLING<\/strong><\/h4>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\"><li>Andalah guru besar, guru dan andalah ibu bapa<\/li><li>Perlu tahu akan silibus pendidikan yang diinginkan<\/li><li>Disiplin dari segi jadual masa<\/li><li>Wujudkan suasana sekolah di rumah<\/li><li>Sediakan bahan pendidikan secukupnya<\/li><\/ol>\n\n\n\n<hr class=\"wp-block-separator is-style-wide\"\/>\n\n\n\n<p><strong>PENGALAMAN HOMESCHOOL ANAK DI LUAR NEGARA<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Aku sediakan jadual sebagaimana jadual sekolah mereka. Ada subjek-subjek teras dan elektif. Masa yang diperuntukkan lebih kurang. Takde la terlalu lama atau terlalu sekejap. Aku juga masukkan waktu rehat.<\/p>\n\n\n\n<p>Anak-anak mempunyai meja dan kerusi belajar, laptop dan printer. Segala kelengkapan beg sekolah seperti buku dan alat tulis disediakan. Jika mempunyai amali, aku akan sediakan bahan-bahan yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Aku adalah guru kepada anak-anak di Tahun 5 dan Tingkatan 1. Aku perlu tahu kesemua subjek, silibus dan takwim. <\/p>\n\n\n\n<p>Buku teks dan latih tubi aku dapatkan di website. Ada yang print dan ada juga jawab di dalam internet sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk aku, aku perlu faham dahulu apa yang akan diajar. Jika agak sukar, aku akan buka link youtube. Mujurlah juga guru-guru di Malaysia yang membuka channel pembelajaran. Terima kasih cikgu. Aku pun ikut sama belajar. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga anak-anak sertai live pengajaran dan pembelajaran di youtube. Yang penting, aku kena cakna bila tarikh dan masa.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendek kata, aku menjadi guru sepenuh masa buat anak-anak aku. Biarpun berlainan tahap, aku masih boleh menyediakan pendidikan buat mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang paling seronok, apabila kami kembalinya ke Malaysia dan anak-anak bersekolah ke sekolaha harian, mereka lebih faham dan jelas apa yang mereka pelajari di Istanbul. Alhamdulillah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bermaksud, anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran di Malaysia. Anak-anak sendiri yang maklumkan yang mereka lebih tau berbanding rakan-rakan mereka ketika itu sedang PdPR di rumah. <\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\"><strong>SOALAN BIASA DITERIMA TENTANG HOMESCHOOLING<\/strong><\/h4>\n\n\n\n<p><strong>1. Adakah homeschooling sah?<\/strong> &#8211; Ya, sah jika anda mengikuti silibus Kebangsaan Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>2. Bolehkah tak hantar sekolah dalam tempoh yang lama? <\/strong>&#8211; Boleh. Syaratnya wajib berikan pendidikan kepada anak-anak tidak kiralah homeschooling atau hantar sekolah di negara berkenaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\"><em>Menutur Akta Pendidikan 1966, kanak-kanak wajib diberikan hak pendidikan kepada mereka. Ibu bapa yang gagal menghantar anak ke sekolah berdepan dengan denda sehingga RM5000 atau penjara selama 6 bulan. Namun,&nbsp; pada ketika artikel ini ditulis, akta ini hanya mewajibkan anak dihantar hingga ke darjah 6.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p><strong>3. Balik ke Malaysia nanti, adakah boleh anak saya kembali bersekolah ke sekolah harian?<\/strong> &#8211; Boleh. Anak anda akan masuk belajar ke kelas tahun semasa. Sebab itulah kena pastikan anak anda belajar sebagaimana silibus kebangsaan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>4. Guru besar \/ Pengetua tak persoalkan kenapa anak tidak bersekolah sekian lama?<\/strong> Akan ada soalan itu. Sesiapa pun akan musykil. Jawablah dengan jujur.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>5. Adakah pasti anak saya boleh masuk ke sekolah di Malaysia semula? <\/strong>&#8211; Boleh. Apa pun, rujuk KPM.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>6. Sekiranya saya tak sempat balik sebelum anak saya duduki SPM, anak saya dah tak boleh ambil exam ke?<\/strong> &#8211; Mohon di tahun lain. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>7. Jika saya homeschool anak tidak mengikut silibus kebangsaan, dan hanya mengajar subjek yang diperlukan sahaja, adakah anak saya boleh kembali bersekolah? <\/strong>&#8211; Boleh. Cuma, kesian la budak tu. Terkebil-kebil dalam kelas tak faham. Letak diri kita di tempat anak. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>8. Anak saya mungkin tak sempat menduduki peperiksaan SPM. Bolehkah anak saya ambil exam lain?<\/strong> &#8211; Boleh. Ada banyak exam antarabangsa. Yang ni anda perlu buat <em>research <\/em>sendiri tentang peperiksaan yang diikhtiraf di Malaysia. Tapi, apa pun, anda kena faham bahawa SPM juga adalah salah satu sijil yang diperlukan untuk di sesetengah permohonan IPT dan kerja. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-embed is-type-video is-provider-youtube wp-block-embed-youtube\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\n<iframe loading=\"lazy\" title=\"Homeschooling anak di Turki dengan silibus Kebangsaan Malaysia\" width=\"640\" height=\"360\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/_wZ_CYeSIbM?feature=oembed\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture; web-share\" referrerpolicy=\"strict-origin-when-cross-origin\" allowfullscreen><\/iframe>\n<\/div><figcaption>Tonton ulasan daripada kami sendiri di Youtube Ralit<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<hr class=\"wp-block-separator is-style-wide\"\/>\n\n\n\n<p>Aku tak ulas panjang-panjang pun, takut tersalah info jugak. Aku hanya bagitau secara umum apa yang aku tahu selama ini. Jika ada silap, maafkan aku. Mungkin dah ada perubahan tanpa aku sedar. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaiknya, anda hubungi sendiri Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak sana lebih tepat untuk memberi maklumat.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang paling penting, anda tidak boleh membiarkan anak anda tidak bersekolah. Wajib mendapat pendidikan. Cara bagaimana? Terpulang pada ibu bapa sendiri.<\/p>\n\n\n<ul class=\"wp-block-latest-posts__list wp-block-latest-posts\"><li><a class=\"wp-block-latest-posts__post-title\" href=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/2025\/11\/11\/kuat-dan-bertahan\/\">Kuat dan bertahan<\/a><\/li>\n<li><a class=\"wp-block-latest-posts__post-title\" href=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/2025\/11\/06\/pintu-masuk-ke-thailand-bukit-bunga-tanah-merah\/\">Pintu masuk ke THAILAND &#8211; Bukit Bunga Tanah Merah<\/a><\/li>\n<li><a class=\"wp-block-latest-posts__post-title\" href=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/2025\/10\/24\/pjj-life-malaysia-england\/\">PJJ Life &#8211; Malaysia \/\/ England<\/a><\/li>\n<li><a class=\"wp-block-latest-posts__post-title\" href=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/2025\/10\/02\/kali-ni-ke-england-uk\/\">Kali ni ke England, UK<\/a><\/li>\n<li><a class=\"wp-block-latest-posts__post-title\" href=\"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/2025\/09\/02\/kelebihan-cikgu-malaysia\/\">Kelebihan cikgu Malaysia<\/a><\/li>\n<\/ul>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Agak banyak soalan yang diajukan kepada aku mengenai persekolahan anak-anak semasa tinggal di Turki. Mulanya aku nak hantar anak-anak ke sekolah awam di Istanbul. Disebabkan peningkatan covid-19 yang meningkat dan ketika itu juga sekolah dan institusi pendidikan lain tutup sementara. Kami pun tidak lama di sana. Hanya 6 bulan sahaja. Untuk bersekolah di Turki, ibu bapa perlu mempunyai ikamet (kad [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5132,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[52],"tags":[963,966,965,961,959,964],"class_list":["post-5130","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-talk","tag-cabaran-homeschooling","tag-kaedah-homeschooling","tag-panduan-homeschooling","tag-pengalaman-anak-di-turki","tag-pengalaman-homeschooling-anak-di-luar-negara","tag-proses-homeschooling"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5130","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5130"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5130\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5141,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5130\/revisions\/5141"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5132"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5130"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5130"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/nhazlafikri.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5130"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}