About

Assalamualaikum

Saya Nhazla binti Mohamed Fikri. Bekerja sebagai pendidik dalam bidang Teknologi Pembinaan di sebuah jabatan kerajaan. Sudah bekeluarga dan mempunyai tiga cahaya mata. Seorang lelaki dan dua perempuan. Nak tambah lagi? Kalau dah rezeki apa salahnya. Jom meriahkan lagi umat nabi Muhammad saw di muka bumi ini.

Saya suka mengembara. Tiba je cuti sekolah, saya akan bercuti bersama keluarga. Tak kira di dalam atau luar negara. Memang tak pernah sekali pun anak-anak ditinggalkan. Apatah lagi suami. Hihi Mereka inilah travel buddies saya kini dan selamanya.

Umur tak muda dan tak tua. Saya ni sedang-sedang aje. Tak kisah sangat umur tu. Hanyalah sekadar angka bila mengisi borang. Yang penting, sihat. Badan nak pakai lama. Perlu jaga seeloknya. Jadi, saya gemar bersenam. Senaman yang biasa saya buat adalah cardio dan Zumba. Hiking jarang-jarang. Berlari paling tak suka. Semput!

Bab makan tak pantang. Lepas bersalin pun tak hirau langsung pantang 40 hari tu. Bantai je apa yang tekak mahu. Ais pun balun walaupun waktu tu baru berapa belas hari. Eh, pengakuan berani mati ni. Gila! Haha Tiada apa yang tak boleh. Saya dah try and error. Kalau tak sesuai, tinggalkan. Simple. Setakat ini Allah masih izinkan saya makan apa sahaja. Disebabkan ini jugalah saya jadi suka makan. Tapi dengan kadar yang berpada-pada serta masih seimbang. Belum sampai tahap melantak dan mentekedarah okey…

Saya sengaja mewujudkan platform ini sebagai tempat untuk saya berkongsi apa yang sepatutnya dikongsi. Rugilah pendam sendiri kalau benda baik kan. Boleh juga buat tambah pahala. Inilah amal jariah yang paling mudah dibuat. Hanya menulis dan kongsi perkara baik je. Yang tak elok baik simpan ketat. Jangan dicanang oii!!! Buat malu, buat timbul fitnah.

Apa yang saya harapkan agar setiap entri yang dipaparkan mendapat manfaat kepada setiap pembaca. Saya tau saya tak hebat menulis. Tapi sekurang-kurangnya saya cuba menyampaikan sesuatu. Tak kisahlah di Facebook, Instagram, Twitter atau blog. Cuma saya lebih gemar memilih medan ini sebagai tempat saya menyampai.

Pesanan sama disampaikan saban tahun kepada tahun akhir pelajar saya iaitu;

“Berkongsilah apa jua ilmu yang kamu miliki dalam bentuk penulisan. Jadilah seorang pemberi maklumat. Bukan penerima semata-mata.”

Jika begitu pesanan saya kepada pelajar, mengapa tidak saya?