TALK
Kuat dan bertahan

Kuat dan bertahan

Aku banyak mengalami kehilangan dalam tempoh… Bukan sebulan. Tapi sejak Oktober 2024. Kami keluar menyewa selepas jual rumah. Kereta Kembara kami bertukar pemilik.

Elok bekerja dua-dua, kini seorang sahaja bergaji. Sekarang berpindah ke negeri sendiri yang terasa asing. Kawan baru yang susah nak ngam. Jadual yang sangat padat sehinggakan aku takde masa untuk diri sendiri.

Paling aku tak tahan, orang kesayangan dah tak boleh nak bagi pinjam bahu untuk mengadu. Jauhnya dia beratus ribu batu.

Aku kini dah mula saukkan kaki ke dalam kasut single mom. Dah mula berjalan, dan rasa sakitnya. Sakit macam mana pun, kena jalan jugak. Ikut la nak seret ke, nak slow kan pace ke. Janji gerak kedepan.

Satu je aku boleh cakap, semoga orang lain tak merasa apa yang aku rasa. Aku mintak jauh jadi kat orang lain.

Boleh jadi sewel kejap. Atau bahasa sains, kau akan masuk fasa adjustment disorder. Sila buat pencarian sendiri. Whatever nak google or chatGPT. Situ kau akan jumpa maksud fasa tu.

This is temporary situation. Around 6 months macam tu, semua ni akan hilang. Kata si pakar. Kau kira dah berapa lama aku berada di situasi ni? Aku mention kat awal tadi sejak bulan 10 tahun lepas.

Situasi ni sentiasa berubah. Ada je hal baru menimpa. Aku tak anggap kifarah. Orang beriman kena ingat yang ini adalah ujian. Jika lepas ujian, adalah kejayaan.

Kalau tak lepas? Sangkut?

Entah. Setakat ni, pakai lagi kasut tu. Kena set la kat kepala, kena KUAT DAN BERTAHAN

Leave a Reply