Naik feri Istanbul : Eropah ke Asia

Impian bagi setiap pengunjung di kala tiba di Istanbul adalah nak menyeberang sungai pemisah antara Istanbul Asia dan Istanbul Eropah. Ada dua cara nak ke Asia. Salah satunya adalah menaiki feri. Ramai yang cadangkan naik di Pelabuhan Eminonu dan akan berakhir di Pelabuhan Uskudar. Kenapa ramai naik kat situ? Sebab situ dekat dengan Spice Bazar. Sebenarnya, feri ni merupakan pengangkutan […]

Pertama kali solat di Masjid Hagia Sophia

Satu pengalaman yang cukup bermakna apabila dapat menjejakkan kaki ke dalam Hagia Sophia, Istanbul. Apatah lagi sudah boleh beribadah di dalamnya. Sungguh bertuah pengalaman ini kerana sebelum ini Hagia Sophia merupakan sebuah muzium selama 86 tahun. Pada hari Jumaat, tanggal 24 Julai 2020, Hagia Sophia dibuka buat pertama kali bertujuan dijadikan tempat beribadah buat umat Islam. Syukur ya Allah. Kisah […]

Kereta rosak semasa road trip ke Cappadocia – [Ankara–Gerome] #ep2

Ikuti kisah dan pengalaman aku sendiri iaitu5 sekeluarga dengan menyewa kereta serta melakukan road trip selama 6 hari yang bermula di Istanbul – Ankara – Cappadocia – Eskişehir – Bursa – İstanbul. Jumlah keseluruhan pemanduan ini adalah 1527 km, yang memakan masa hampir 20 jam perjalanan. Ini merupakan sambungan daripada entri Sewa kereta buat road trip round Turki – [Istanbul […]

Dari Turki pulang ke MALAYSIA >>> Catatan dan video

Seperti yang sedia maklum, aku ada post-travel-blues selama 3 bulan. Aku pun taktau betul ke tidak sindrom dialami. Sama je perasaan tu sebagaimana aku balik dari travel dari mana-mana negara. 3 bulan tu pun tempohnya tidak la tepat. Aku hanya agak je. Lebih kurang tempoh itu. Daripada aku layan perasaan yang tidak menguntungkan itu, lebih baik aku on balik laptop […]

Didenda OVERSTAY di Turki

Tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di sesebuah negara adalah satu kesalahan. Kepada warga asing yang tinggal lebih masa atau masih di negara berkenaan akan dikenakan denda samada dalam bentuk bayaran ataupun penjara, atau kedua-duanya sekali. Oleh itu, pelawat dikehendaki keluar daripada negara berkenaan sebelum tamat tarikh tempoh. Setakat ke hari ini, belum ada seorang pun tahu yang aku dan dua […]

Lockdown di Turki

Dah hampir dua bulan meninggal bumi Istanbul. Aku pun dah lupa dinginnya musim sejuk tu macam mana rasa. Lidah pun dah keras nak menyebut beberapa perkataan dalam Bahasa Turki. Adakala kami berteka-teki dengan anak-anak maksud ayat yang biasa digunakan di sana. Alhamdulillah. Anak-anak masih memahaminya. Suami aku pun masih lagi menjalani pengajian Bahasa Turki secara atas talian di universiti yang […]