TRAVEL
Naik feri Istanbul : Eropah ke Asia

Naik feri Istanbul : Eropah ke Asia

Impian bagi setiap pengunjung di kala tiba di Istanbul adalah nak menyeberang sungai pemisah antara Istanbul Asia dan Istanbul Eropah.

Ada dua cara nak ke Asia. Salah satunya adalah menaiki feri. Ramai yang cadangkan naik di Pelabuhan Eminonu dan akan berakhir di Pelabuhan Uskudar. Kenapa ramai naik kat situ? Sebab situ dekat dengan Spice Bazar.

Sebenarnya, feri ni merupakan pengangkutan penting di Istanbul. Mereka naik sebab nak pergi kerja, sekolah dan banyak sebab. Kita je beriya buat bersiar-siar makan angin. Hehe

Tak salah pun. Apa pun tujuan kita, memang patut cuba naik. Syok rupanya. Aku biasa tengok je orang duk kongsi. Bersungguh ajak naik feri. Giliran aku pulak suruh, ops. Bukan. Paksa korang naik feri.

Trip terakhir kami sekeluarga. Nasib baik masih ada video berbaki. Dapat la buat vlog Istanbul, Turki. Taktau pulak yang jeti feri ni ada berdekatan dengan rumah kami.

Jalan 10-15 minit macam tu dah sampai. Jeti ni kecil je. Memang takkan nampak dari tepi jalan. Sekali tengok macam tempat fun fair. Lokasi kami sekeluarga naik adalah Sütlüce. Sebutan betul Sut-lu-je.

Harga tiket sehala TL 3.50 seorang. Kanak-kanak bawah 12 tahun, percuma. Bukan bayar tunai. Guna kad Istanbul. Topup dulu tau. Masa yang dijadualkan tepat. Jadi, eloknya datang awal.

Boleh je naik di mana-mana. Tak semestinya di Eminonü atau Sütlüce. Ada banyak Karakoy pun boleh. Search dalam Istanbul Ferryboats.

Perjalanan mengambil masa selama 30 minit tak silap aku. Waktu kami pergi tu hujan. Pemandangan sedikit kelam. Tapi, satu kepuasan apabila dapat merasai pengalaman di atas feri.

Boleh rasai dulu susana di atas feri melalui video youtube di channel Ralit ini. Mungkin boleh menaikkan keinginan nak masukkan dalam senarai bucket list anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *