TRAVEL
7 Persediaan perlu tahu sebelum pindah ke Turki

7 Persediaan perlu tahu sebelum pindah ke Turki

Ramai jugak yang mesej aku bertanyakan persediaan nak pindah ke Turki. Bagus la kan. Banyak buat research, akan menjadikan lebih bersedia. Takde la pergi rempuh dengan kosong.

Macam aku. Aku dan suami kurang bermaklumat pasal Turki. Yang aku tau urusan untuk keluar je. Lagilah waktu tu sibuk dengan hal clear kan barang rumah. Semak kepala. Macam-macam duk fikir sampaikan apa ada di negara Turki tu pun kami tak cakna.

Sekadar nak membantu, aku senaraikan di bawah. Berpandukan pada pengalaman aku sekeluarga. Nak percaya ke tidak, terpulang. Kena beza ya. Kita pindah ni negara ni. Bukan pergi travel.

HAL YANG PERLU ANDA LAKUKAN

1. PERIUK NASI

Periuk nasi kena bawa??? Korang tau tak. Selama sebulan kami makan nasi tanak dalam periuk. Aku duk fikir yang Turki tu makan nasi macam kita. Rupanya makanan ruji mereka adalah roti. Bread maker banyak la jual. Periuk nasi tu ada jual online kat sana. Mana la kami ada akaun bank. Maybank Malaysia ada la.

Nasib baik, ada periuk nasi yang ditinggalkan oleh rakyat Malaysia yang dah pun pulang ke tanah air. Kecik je saiz kami beli. RM50 tau. 2nd je. Tu pun pecah dah sikit. Bila tanak nasi, ngam isi perut untuk 5 orang. Kalau ada tetamu, kena tanak 3 kali…

Saiz ni kecil comel je. Nasib baik sangat ada orang kita jual. Ingat nak pos dari Malaysia dah hari tu

2. DOLLAR/POUND

Tukar duit siap-siap dalam rupa not Pounatau Europe tau. Menyesal tak sudah kami tukar RM kepada TL. Dapat separuh je. Patutnya waktu tu kami dapat 5000 Lira. Tapi, bila tukar di kedai pengurup wang di Kota Bharu, 2000 Lira je. Banyak tau bezanya.

Bila sampai di Turki, barulah aku cuba buat kira-kira di sana. Tukaran Dollar atau Pound ni lebih tinggi nilainya. Kalau korang taknak rugi, baik tukar siap-siap di Malaysia. Jangan tukar kepada Lira. Tapi duit $. Sampai di Turki baru tukar kepada TL.

3. BAJU SEJUK

Takyah mengada-ngada azabkan diri kendong baju sejuk dari Malaysia. Kat Turki bersepah jual. Murah dan bersesuaian lagi. Trend terkini pulak tu. Aku pun ngek pergi bawak.

Sampai sana jadi terliur tengok style orang Turki berpakaian. Takut juga awalnya nak membeli-belah baju sejuk kat sana. Kita kan sedia maklum tau harga pakaian tu mahal dijual di Malaysia. Bundle pun RM50. Inikan pulak nak beli baru.

Kat Turki boleh dapat semurah 100 TL. Kalau pandai cari la. Jaket aku TL 185. Convert duit Malaysia baru RM90 lebih kurang. Tak perlu bawa ya.

Beli baju di mall. Baru seminggu berada di sana

4. UNIVERSAL SOCKET

Bukan takde jual. Masalahnya, bila baru sampai, bateri phone kita konpem dah nak kong. Nak la recharge balik kan. Macam mana nak cucuk kalau universal socket takde?

Nak keluar membeli jenuh la cari kedai. Sebaiknya, prepare satu ketul pun jadi la. Sekadar nak cas sebarang gajet. Bagi aku, penting sebab kita kalau boleh nak pastikan phone sentiasa ada bateri.

5. KICAP & SANTAN

Kicap dan santan lagi penting daripada Maggi Asam Laksa! Kicap masin dan cair je ada jual. Tak sedap nak buat masak masakan Melayu. Aku sendiri jadi bodoh sedangkan dah biasa masak. Bahan utama kicap dah takde. Tapi, jika anda tidak berminat dan langsung tidak kisah ok la.

Oh, santan! Memang takde. Aku cuba inovasi pakai krim, susu atau yogurt. Tak sedap macam santan. Jika anda dah biasa tanpa santan, hidup anda pasti bahagia di sana. Hehe

Budu pun kami bawak tau! Beli tiub punya. Banyak jual di pasaraya. Aku tambah sikit lagi apa aku bawa. Perencah nasi goreng, perencah cukup rasa, dan banyak perencah yang aku sendiri dah lupa. Yang aku lupa bawa adalah perencah tomyam. Sedih tau… Diorang takde tomyam.

6. BAHASA TURKI

Wajib tau berbahasa Turki. Segala jenis mak nenek urusan guna bahasa Turki je. Susah betul nak berkomunikasi. Macam itik dan ayam. Diorang ni cakap banyak. Ramah je. Tapi aku tak paham sepatah haram.

Bahasa Turki bagi aku susah. Tak macam bahasa Melayu. Tunggang terbalik ayatnya. Nak samakan dengan bahasa Inggeris pun tak boleh.

Memang akan amik masa nak faham bahasa Turki ni. Sampai ke hari ini pun aku tak boleh tangkap. Macam budak sekolah baru belajar bahasa Inggeris. Merangkak cari maksud dan susun perkataan dalam ayat.

Jika anda tidak boleh berbahasa Turki, banyak masalah akan timbul. Salah satunya ditipu. Bab tipu ni dah aku ceritakan dalam entri sebelum ni.

Belajar la dulu sebelum ke Turki. Aku cadang Yunus Emre. Percuma je. Masalahnya satu je bagi aku. Lambat naik level. Tapi, wajib la belajar.

7. TERJEMAH DOKUMEN

Terjemahkan segala dokumen penting seperti surat nikah, sijil atau apa-apa berkaitan dalam bahasa Turki. Mahal tau buat kat sana. Malaysia lagi murah. Aku pulak tersilap pergi terjemahkan ke bahasa Inggeris.

Jadi kerja pulak tukar ke bahasa Turki di sana. Kira double bayar.

PERKARA SIA-SIA

Kenapa sia-sia? Tak buat takpe hal kat bawah ni. Ini bagi aku la. Sebab takde gunanya selepas aku bawa. Memang sia-sia. Aku pun tak terlepas daripada buat kesilapan. Untuk elakkan orang lain sama macam aku, aku kongsi.

1. PAKAIAN

Bawak baju 7 helai siang, 7 helai malam dah la. Selebihnya beli di Turki. Pakaian kita tidak bersesuaian dengan musim negara sana. Kita punya nipis. Kena plak aku pergi musim sejuk. Baju tshirt aku pakai tak tahan menampung suhu.

Akhirnya aku pergi banyak baju di pasar maupun mall. Baju yang aku bawa dari Malaysia tu aku pakai 2 lapis. Dalam rumah tu oiii!

Tak usah beli luggage mahal-mahal semata-mata bebankan beg dengan baju-baju tak pakai. Ada hajat nak pakai musim panas? Takyah. Sebab anda pasti nak beli jugak baju kat sana. 7 helai bawa dari Malaysia tu dah mencukupi.

2. BAHASA INGGERIS

Anda fasih berkomunikasi bahasa Inggeris? Band 6? IELTS skor tinggi? Maaf la. Sana takde siapa layan anda…

Ingelizce yok! Bermaksud, “Taktau bahasa Inggeris!”

Yang pandai bahasa Inggeris ramai di hotel dan premis kedai fast food macam McD, KFC dan lain-lain. Jika berurusan di airport dan pejabat kerajaan pun, mereka hanya tau bahasa Turki je. Tensen skit bab ni.

Borang takde dwi bahasa macam kita. Fully Turkish

3. KRIM PENJAGAAN

Krim muka aku buang je. Tak memadai dengan cuaca Turki. Kena pergi beli baru. Bersesuaian dengan cuaca sana.

Tapi, nak kata sia-sia pun, tak juga. Bergantung akan ketahanan kulit anda. Kalau ok, boleh teruskan pakai produk dari Malaysia tu. Untuk aku, tak boleh. Memang kena tukar.

Nasib baik sekali percubaan je terus ngam dengan kulit. Produk Malaysia buatkan kulit aku kering di musim sejuk. Sakit tau.

Cuba la dulu. Kot krim penjagaan anda takde masalah pun. Aku je melebih-lebih. Haha

4. KASUT

Kasut ni macam jaket jugak. Tak sesuai pun kasut kita pakai dari Malaysia. Dia punya produced barangan di Turki ni bersesuaian dengan cuaca dan persekitarannya.

Suami aku siap jatuh berdebuk akibat licin. Aku pula bocor masuk air. Branded je. Takmau la cerita brand apa. Karang kata takbur pulak. Haha

Tapi, jangan tak pakai kasut pula bila nak gerak Turki. Nak, nak musim sejuk. Pakai je dulu kasut tu. Sampai Turki, boleh la cuba dulu. Tak sesuai jugak, kena la beli lain.

Maksud aku di sini, jangan beriya sangat beli kasut butik yang mahal di Malaysia. Membeli-belahlah di Turki jika memang niat nak beli kasut. Lebih baik begitu.

5. LESEN MEMANDU

Lesen memandu Malaysia tak boleh pakai di Turki setelah 6 bulan menetap. Sebaiknya, pergi buat lesen memandu antarabangsa di JPJ.

Kalau ikutkan, boleh je guna lesen sedia ada. Janji belum lebih 6 bulan menetap. Masalahnya, kita akan jumpa jugak karenahnya di sana. Sama juga dengan lesen memandu antarabangsa.

Nak sangat memandu lama di Turki, kena buat lesen lain. Perlu buat permohonan. Aku pernah baca caranya. Banyak modal pulak.

6. INSURANS

Macam-macam insurans amik tau. Tapi satu pun tak boleh pakai. Pertama kali jejakkan kaki di bumi Turki. Roda beg tarik rosak. Pergi ke kaunter untuk claim. Katanya, sikit je tu. Claim buatpe.

Bertekak la macam mana pun, dihalaunya kami.

Insurans lain pun tak cover. Sekadar on paper jela. Aku anggap sekadar persediaan. Biarpun tau takkan boleh guna. Mahal tau kami beli cover insurans berlima.

Sampaikan nak pergi hospital pun takut. Turkey is not like other countries. You will know if you travel a lot.

7. PEKERJAAN

Antara keinginan rakyat Malaysia iaitu nak kerja di Turki. Tak mungkin jika anda tidak berbahasa Turki. Tapi, tak mustahil. Jika dapat, itu rezeki anda.

Suami aku ditawarkan untuk bekerja di kedai makan. Syaratnya bercakap bahasa Inggeris dengannya. Dia pula akan bayar gaji dan mengajar bahasa Turki.


Nah. Walaupun aku cakap sia-sia tadi pasal bahasa Inggeris dan pekerjaan tidak mungkin dapat tadi, sebenarnya bergantung pada rezeki.

Sebabnya, rata-rata diketahui memang tak dapat. Ramai yang menyesal selepas berharap macam-macam di Turki ni. Padahal mereka kena prepare mental tentang isu yang aku senaraikan di atas. InsyaAllah dapat jika anda bersabar dan percaya kepada rezeki. Hanya masa yang menentukan. Tapi, jangan la terlalu mengharap datang je terus dapat. Itu aku nak sampaikan.

Semua ini rezeki. Memang ada jugak berharap dapat pekerjaan. Jadi tukang sapu pun dah syukur. Lain pulak dapat. Jadi pelayan di kedai makan. Mereka pula anggap kawan. Sembang dalam bahasa Inggeris.

Sorang tu jela. Yang lain, takde. Sama seperti aku ceritakan tadi.

Tak perlu nak ikut satu-satu apa aku kongsikan. Cuma, pandai-pandai la fikir apa yang perlu dan tidak perlu buat diri sendiri. Diri sendiri je tau keperluan diri kan.

Apa pun, yang bakal berpindah ke Turki, tahniah aku ucapkan. Bagi aku, pergi mana-mana pun akan ada pros and cons. Kita la yang kena pandai adapt.

Good luck. Kolay gelsin!

1 thought on “7 Persediaan perlu tahu sebelum pindah ke Turki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *