TIPS
Pemilihan BEG TRAVEL – Pengalaman 5 sekeluarga

Pemilihan BEG TRAVEL – Pengalaman 5 sekeluarga

Antara hal utama yang wajb ada untuk keluar mengembara adalah beg. Beg membolehkan anda mengisi keperluan seperti pakaian, makanan, kasut, ubat-ubatan dan sebagainya. Bila sebut keperluan ni, hanya tuan beg sahaja yang tahu apa yang perlu untuk dirinya.

Di sini, aku nak ceritakan apa jenis beg aku dan keluarga pakai semasa travel. Tak kata cara aku guna ni betul. Hanya sekadar perkongsian. Sila buat penilaian sendiri setelah habis baca.

TROLLEY BAG ATAU BACKPACK ?

Trolley bag ni adalah beg tarik beroda. Kebiasaan bahan adalah kain dan Polypropyline. Beg tarik senang diheret, mudah dibawa dan nampak kemas. Tidak membebankan pada badan.

Kelemahannya dua bagi aku. Pertama adalah tangan tidak bebas. Kena heret. Bila tangan tengah sibuk, beg ni menjadikan keadaan semakin teruk. Masalah kedua adalah, poket tak banyak. Kena beli beg asing di dalam untuk membahagikan barang yang dibawa.

Backpack ni adalah beg sandang belakang. Beban sepenuhnya kepada bahu dan kaki. Menyusahkan bila kena letak dan sendeng balik beg dalam beberapa keadaan tertentu. Contohnya ketika sport check dan ambil barang.

Kelebihannya, tangan bebas. Poket banyak untuk bahagikan jenis barang yang dibawa. Tidak cepat rosak.


Aku pakai kedua-dua jenis beg bergantung keadaan travel. Jika dalam Malaysia, aku pakai beg tarik je. Senang sebab angkut beg masuk kereta dan sampai hotel kita perlu heret je.

Bila travel luar negara, aku prefer kepada backpack. Aku nak tangan bebas. Kami banyak berjalan di luar negara. Banyak juga turun naik tangga. Anak pula nak kena pegang. Semasa di kaunter nak kena keluarkan dokumen pasport. Menulis lagi.

Tapi, semasa pindah ke Turki, kami guna kedua-duanya sekali. Barang banyak sangat. Beg tarik tu main sumbat je. Backpack pula untuk standby untuk travel dalam negara Turki. Dan juga buat tambahan barang baru semasa pulang ke Malaysia.

JENIS BACKPACK

Setiap daripada ahli keluarga ada backpack. Kecuali Niqrisa. Saiz berlainan. Saiz untuk backpack diukur dengan liter. Suami aku bersaiz 65 + 10 liter. Aku pula kebiasaan guna 45 liter. Anak-anak semuanya 18 liter. Itu baru belakang. Beg bahagian depan lain pula. Suami akan pakai 28 liter. Anak lelaki pula 20 liter. Aku kendong Niqrisa dengan baby carrier. Anak perempuan aku tolong bawa beg Niqrisa bersaiz 5 liter.

Aku tak pasti kenapa beg belakang diukur dengan liter. Yang aku nak terangkan di sini, bila beli beg yang tulis 65 + 10 liter tu, maksudnya beg tu saiz 65 liter. Tapi, ada tambahan 10 liter lagi jika nak guna. Bukan tambah beg lagi. Ada satu bahagian yang boleh buka sampai capai saiz 75 liter.

PEMILIHAN BACKPACK

Sebaiknya, belilah mengikut saiz badan dan jantina. Bentuk dan ketinggian beg direka mengikut badan manusia. Macam Deuter. Jika ada letak bunga, maksudnya untuk badan wanita. Beg kanak-kanak pun sama. Kebiasaan ada tag nama di bahagian dalam beg.

Nak tau selesa atau tidak beg tu dengan kita, kena cuba pakai. Jika di bahagian atas beg tu tinggi daripada belakang leher, maksudnya tidak sesuai dengan kita. Sama juga dengan pinggang atau belakang. Perlu cuba.

Pemakaian backpack ini perlu ngam elok dengan badan dan jenis jenis travel. Antara jenis beg pilihan adalah Daypacks backpack, Overnight backpack, Multiday backpack, Backpack expedition dan Technical backpack.

Setakat ini, kami pernah guna kesemua beg di atas. Bukan dalam satu masa. Berubah ikut jenis travel, jumlah ahli keluarga, tempoh perjalanan dan bentuk muka bumi tempat bakal dituju.


Selagi masih larat, aku dan suami nak pakai bag galas je. Mudah dan cepat. Jika tak berdaya, mungkin baru beralih sepenuhnya kepada beg tarik. Oh, lupa. Jika betul nak galas beg, anda perlu fit. Bayangkan beban 16 kg di belakang. Aku tak sampai pun seberat suami aku. Aku punya biasanya 9-10 kg. Tapi, tambahan berat Niqrisa 10 kg di depan. Jumlah kena pikul dalam satu masa adalah 20 kg.

Kebiasaan aku akan berlatih naik bukit dengan gendong Niqrisa di belakang. Jadual workout aku pack. Suami aku pun sama. Pun begitu, kami tetap mengalami sakit badan. Standby la minyak panas. Badan tiba-tiba kena pikul beban berlebihan secara berpanjangan. Otot mungkin dah koyak. Untuk kurangkan sakit, legakan dengan minyak panas dan pain killer.

Backpack bersaiz 60+15 liter pertama kali dapat. Gred AAA. Kejap je pakai. Terus rosak. Lepas tu terus beli yang original. Tahan sampai ke hari ini

Takut dengan ubat? Malam sebelum tidur, kena buat stretching. Siang tu makan banyak sumber protein. Protein banyak daripada daging. Daging pulak kat luar negara tak halal. Dah mana nak dapat protein? Kacang dan telur tinggi protein ya.

Sebelum aku melalut jauh, aku stop kat sini. Nanti tak pasal-pasal cerita benda lain. Dah lari tajuk dah pun.

Happy travel with family guys. Beban tu bukan daripada budak-budak ni. Tapi beg kita. Pandai-pandai la adjust beban tu ya.

Leave a Reply