
Pengurusan rumah di Istanbul
Menjadi banyak tanda tanya buat yang ingin berhijrah ke Turki. Kebanyakannya blur taktau nak mula dari mana. Aku dan suami banyak menerima pertanyaan buat mereka yang berkeinginan berpindah ke Istanbul.
Biasa la tu. Itu yang kami lalui waktu awal persediaan nak pindah ke luar negara. Bukan semudah berada di Malaysia tau. Ada beza biarpun tak banyak.
Aku pecahkan kepada beberapa bahagian supaya memudahkan pembaca memahami perkara yang perlu dititik beratkan. Diharap juga dengan entri aku ini dapat membantu mereka dan melegakan keresahan dalam memikirkan soalan-soalan tu.
1. DAPATKAN RUMAH DAHULU
Bila dah niat nak berpindah, kena la sediakan rumah. Sama je pindah mana-mana pun. Tempat untuk berteduh ni la paling wajib. Boleh pilih nak orang sana bantu carikan atau sampai sana baru cari.
Jika nak rumah tu dah siap sedia disediakan, pastikan anda hubungi dulu orang yang boleh dipercayai. Tak kisah la siapa pun. Students atau warga Malaysia yang dah pun menetap di sana. Mohon jangan arahkan mereka. Minta tolong dengan baik-baik. Jika mereka tidak sudi, tidak usah la berkecil hati. Bersangka baik yang mereka mungkin ada pengalaman tidak buruk berurusan dengan orang sebelum ini.

Sekiranya anda tidak mahu bantuan sesiapa, boleh je urus sendiri. Sampai di sana, anda kena sewa dulu tempat penginapan seperti hotel, hostel, apartment atau menumpang rumah orang dalam tempoh tertentu. Tak berani la nak letak berapa hari. Macam kami, lima hari jugak baru boleh masuk rumah. Lima hari tu jugak la berpindah-randah hotel ke hotel.
Kena sediakan kos penginapan selama tempoh mencari rumah. Bagi aku, sama je adakan rumah dulu atau tidak. Sebab memang kena tinggal sementara di tempat lain dulu sebelum selesai urusan. Banyak juga kena buat.
Jenis rumah macam mana yang anda inginkan? Ini ada aku bincangkan dalam entri sebelum ni. Boleh klik >>> Bagaimana sewa rumah di Istanbul <<<<
2. PEMASANGAN UTILITI
Selepas rumah, hal paling kita nak adalah utiliti. Utiliti yang wajib adalah elektrik dan air. Bagi utiliti pilihan pula adalah internet dan gas.
Aku amik semua. Penting buat aku sekeluarga. Gas takde takpe sebenarnya. Sebab boleh pakai alat pemanas elektrik. Di Istanbul, ramai yang langgan gas disebabkan dah ada pemasangan dalam rumah. Jadi, air panas dan dapur memasak boleh pakai gas ni.
Bagi yang tidak mahu menambah perbelanjaan pada gas ni, boleh guna dapur elektrik atau beli tong gas. Nak mandi pun boleh pakai pemanas air elektrik. Pilihan pada tangan anda.
Kami langgan internet rumah disebabkan anak-anak dan suami belajar online. Jenuh la bil di telefon je. Lagipun, kami takde televisyen. Nak tengok cerita ke apa, semua di laptop.
Untuk pemasangan utiliti ni, anda perlu sediakan deposit. Semuanya bil kecuali internet. Internet ada pilihan nak yang top-up atau bayaran bil.
Semua ni boleh dilanggan sekiranya anda mempunyai kimlik dan kontrak rumah. Kimlik ni adalah kad pengesahan anda tinggal di Turki. Manakala kontrak rumah tu adalah perjanjian sewa.
Paling cepat dapat kimlik adalah sebulan. Paling lama, entah la berapa bulan. Aku duk sana 6 bulan pun tak dapat-dapat. Kontrak rumah akan dapat sebaik sahaja selesai urusan sewa rumah.
Jadi, takkan nak tinggal di hotel je kan selama itu. Anda perlu minta tolong emlakcı untuk bantu anda sediakan utiliti yang disenaraikan. Mungkin kena bayar lebih la sebab dah guna nama dia kan. Atau, boleh tanya mana-mana students Malaysia yang sudi gunakan kimliknya sebagai penama sewa. Semua ini atas budi bicara.
Sekiranya salah seorang berkenaan telah bersetuju, barulah utiliti boleh dipasang. Ingat satu lagi, hanya pada tempoh tertentu sahaja. Lepas dah dapat kimlik, kena tukar balik kepada nama sendiri.
3. PERBELANJAAN SEISI RUMAH
Bagi keperluan barang dapur, bagi aku la, mahal. Sebabnya aku masak makanan orang Malaysia. Bahan mentahnya jarang digunakan orang tempatan. Nak kata sukar didapati tu tak la. Hanya bahan tertentu je takde. Pun boleh lagi kita tukar dengan bahan lain. Aku hanya tekankan kepada bahan mentah seperti halia, bawang putih dan serai.
Sekiranya anda bolehtelan makanan orang Turki hari-hari, semua bahan mentahnya agak murah. Ke berpatutan ek? Ok la. Macam cheese. Murah sangat nak dibandingkan dengan Malaysia. Dah la macam-macam jenis. Roti pun sama. Mereka tak makan nasi ya. Makanan ruji mereka adalah roti. Lauk kureng.
Hah, jajan seperti cokelat, kek, cekedis dan apa-apa makanan tidak sihat tu tersangat murah! Heaven la buat korang suka makanan macam tu. Boleh pergi ke kedai serbaneka Bim, Şok, Makbul, A101 dan Pazar.
Pakaian kena beli ikut musim. Harganya berpatutan. Aku selalu tengok harga butik. Jika butik di Zalora jual RM89, di Turki pula jual dengan angka sama iaitu TL89. Angka sama, tukaran matawang je tak sama.
Bayaran bagi langganan utiliti ni tersangat mahal! Bil air boleh sampai ratus. Bil elektrik berganda pada bil air. Bil gas? Haha Bercatu nak guna!
4. PERABOT
Ada rumah sewa disediakan bersama dengan perabot. Yang menyewa tanpa perabot ni, kena la dapatkan sama ada nak beli baru atau second hand. Ataupun, akan ada lelongan perabot terpakai daripada students nak balik Malaysia.
Tapi, kalau boleh, bawa yang penting dulu sebelum nak ke sana. Bawa sarung bantal, kain cadar, tikar lipat atau apa-apa alas lantai nipis dan periuk nasi. Periuk nasi takde jual di Turki.
Kami tidak adakan televisyen dalam rumah. Bukan faham bahasa Turki. Lagipun, semasa kami tinggal di hotel selama lima hari sebelum tu, kami takmau anak-anak tengok cerita yang dipaparkan. Mereka tak tapis macam di Malaysia.
Kami pasang youtube di laptop. Nak tengok movie tertentu, kami download.
Aku rasa, cukup empat perkara anda perlu tahu berkaitan dengan rumah. Jika ada apa-apa lagi, aku tambah di entri lain. Lepas ni aku akan ceritakan pasal pengangkutan pula.
Jadi, itu sahaja. Harap membantu!
- Kembara keluar mengembara
- Translate dokumen sebelum ke luar negara
- Naik feri ke Tak Bai – Thailand
- Feeling emotional
- Rumah pertama keluarga kecil kami