TRAVEL
Tips sewa kereta di Istanbul – Turki

Tips sewa kereta di Istanbul – Turki

Kepada yang berminat drive sendiri di Turki, anda kena tau sikit pasal 5 perkara di bawah ini. Penulisan ini berdasarkan daripada pengalaman kami sendiri. Jika yang pernah menyewa kereta di sana, boleh tambah info lain di ruang komen.

5 Tips penting menyewa kereta di Turki

1. Lesen Malaysia diterima pakai di sana. Cuma ada tempoh 6 bulan sahaja. Nak selamat, buat lesen antarabangsa.

2. Nak sewa kereta di airpot boleh atau di website pun ada. Kami menggunakan khidmat DAB Rental Car. Anda boleh search di google.

3. Pemanduan kereta di sana adalah sebelah kiri. Awal-awal je rasa kekok. Lebih setengah jam dah boleh menyandar elok di kerusi.

4. Mahal ke tidak sewa kereta ni, bergantung jenis, cc dan saiz kapasiti. Tol dan minyak pula kena sentiasa check yang terkini. Makin jauh anda tuju, makin mahal perbelanjaan.

5. Memandu di Turki selamat. Cuma, berhati-hatilah apabila melalui bandar-bandar besar seperti Istanbul dan Bursa. Jalannya sempit dan kita pulak yang terbiasa dengan pemanduan belah kanan.

Tambahan.

1. Sila ambil gambar di setiap sudut badan kereta sebelum pandu sewa. Ini membantu anda apabila pulangkan kereta nanti.

2. Tanya dulu manual penyelenggaran. Maksud di sini, pastikan anda tahu bagaimana nak tukar tayar, tool box tu cukup alat ke tak, atau apa-apa berkaitan dengan pembaikan kereta sekiranya berlaku kerosakan.

3. Simpan nombor telefon orang yang boleh dihubungi sekiranya dalam kecemasan. Kecemasan seperti kemalangan, kereta rosak ataupun sakit semasa road trip.

Kupasan lebih mendalam di link youtube Ralit. Jangan lupa untuk Subscribe!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *