TURKIYE
Rumah sewa kami di Istanbul, Turki

Rumah sewa kami di Istanbul, Turki

Nak cerita skit keadaan rumah yang kami sewa di Istanbul Turki. Aku tak boleh olah banyak sangat sebab baru je kan datang sini. Kalau cerita pun, sekadar dalam pengalaman sendiri.

Sepanjang berada di sini, kami jadi nomad dulu. 3 buah rumah berpindah-randah heret beg besar ke sana sini. Yang last ni barulah dapat duduk menyewa rumah sendiri.

Ketiga-tiga rumah sebelum ni menginap di rumah atas. Cantik la sangat pemandangan. Nampak dari jauh bangunan seperti berkotak-kotak. Ini kerana bandarnya berbukit. Ada je perasan yang tangga menghala ke bawah. Cuma tak pasti ruang apa ke bawah tu (Lama lepas tu baru perasan yang bawah tu jugak adalah rumah)

Tak sangka pula kami dapat ni rumah bawah tanah. Ada pilihan lain di tingkat dua. Tapi disebabkan keluasannya kecil, kami tolak.

Bergambar di hadapan ruang tamu rumah kami

Bila masuk, ingatkan bawah tanah tu betul-betul kedap gelap takde cahaya matahari. Eh, ada la tingkap. Tingkap dalam rumah sama aras dengan kita macam kita kat Malaysia. Cuma, bila berada di luar tingkap ni searas tanah.

Kat dapur pula dah jadi sama tinggi dengan orang lalu lalang. Siap boleh lambai-lambai lagi kalau orang jalan tepi dapur. Tipu la. Mereka tak nampak pun kami di bahagian dalam. Hehe

Kalau bilik tidur pula, tingkapnya tinggi. Nampak kaki orang berjalan jela.

Pandangan dari bilik tidur

Ketinggian aras berbeza disebabkan keadaan bentuk muka bumi di sini berbukit-bukit. Dan setiap rumah di aras mana pun ada tingkap. Maksudnya, semua rumah mendapat cahaya matahari semulajadi.

Aku taktau rumah kami ni di aras berapa. Sebab bawah rumah aku ada lagi tangga ke rumah lain. Dan mereka juga masih menerima cahaya matahari melalui tingkap rumah. Kalau ikutkan rumah aku ni sama aras dengan pintu masuk utama bangunan ni. Ikut pandangan aku la, sama aras je dengan jalan di pintu masuk luar. Bila tanya student dah lama tinggal sini, dia cakap kami di tingkat 2. Pening. Haha

Pintu utama memasuki bangunan apartment

Bangunan di sini menarik minat aku setiap kali keluar. Kalau ada pape yang menarik, nanti aku kongsi lagi.

1 thought on “Rumah sewa kami di Istanbul, Turki

Leave a Reply