TURKIYE
Pengalaman kena scam di Turki

Pengalaman kena scam di Turki

Aku lupa nak cerita pasal pengalaman kena scam di Turki. Ada banyak bentuk scam sebenarnya. Elok sangat la baca dulu kisah sebegini sebelum nak jejak kaki ke sini.

Tak ada niat nak memburukkan sesebuah negara. Ini kerana tak kisah la negara mana pun, pasti ada golongan yang suka mengambil kesempatan. Watak scammer ni ada di mana-mana negara.  Mungkin agak berbeza dari segi bentuk penipuan.

Apa pun, perlu ingat. Setiap yang indah, ada yang buruk. Mesti ambil tahu supaya berjaga-jaga. Melainkan kalau terkena juga. Itu namanya dah nasib. Anggap sahaja sebagai ujian menguji kesabaran.

Berbalik kepada tajuk, kami sekeluarga ada kisah ingin dikongsi. Senang buat rujukan kepada sesiapa yang berkeinginan untuk datang ke Istanbul, tidak kira untuk pindah, bekerja, belajar atau melancong. Kalau tak niat nak jejak pun takpe. Sekadar pengetahuan.

Jika anda ke tempat tourist spot seperti di Hagia Sofea, Grand Bazar atau mana-mana area Sultanahment terutamanya sekali, berhati-hatilah dengan orang lelaki yang ramah tiba-tiba mahu ajak bersembang. Lakonannya seperti sedang makan angin di kawasan tu. Macam kami. Ini bukan sekali. Banyak kali berlaku dalam satu hari dengan tektik yang sama.

Kita sedang elok berjalan sambil mengambil gambar. Tiba-tiba ada lelaki bertegur sapa. Takde nampak gaya muka pecah, peragut atau bengis. Suci murni je. Nampak la bagai santai bersiar-siar.

Dia tak datang menghampiri pun. Elok berdiri sebelah je. Seolah kita ke tempat dia berdiri. Bertegur dalam Bahasa Inggeris dengan lancar. Ini di luar kebiasaan rakyat tempatan. Kebanyakan mereka Inglizce Yok. Bermaksud tak boleh berbahasa Inggeris.

Dialog mereka sama. Where are from? You know, I am glad you be here. Welcome to Istanbul. Bla, bla, bla.. Yada, yada. Kemudian, “There’s my uncle’s shop near from here.”

Semua ni adalah ayat scam untuk perangkap kita pergi singgah kedai uncle dia. Uncle la, aunty, atuk nenek, segala ahli keluarga la. Sekali anda masuk, anda akan terjerat. Kalau pandai tempis, boleh la keluar dengan tidak membeli apa-apa dengan jayanya. Kalau tak, anda seolah kena pukau membayar dengan harga tidak masuk akal. Harga karpet RM2000? Baklava seribu? Tolong mengucap bila dengar harga tu…

Tak perlu layan. Angkat tangan tanda tidak, diam dan berlalu pergi je. Tak perlu kesian atau rasa bersalah sebab biarkan dia sepi di situ. Dia tak kisah pun dan sibuk cari mangsa lain plak. Mereka tak akan buat apa pun. Polis banyak area tu.

Seterusnya. “Come and have a sit in our restaurant. Eat and don’t pay if you hate.” Menipu betul moto kedai dia. Haha Aku taktau la ada orang percaya ke tak. Kata-kata menjanjikan bulan dan bintang ni tolonglah jangan dianggap sebagai mereka orang peramah.

Jika betul la anda ter masuk ke dalam kedai makan tu jugak, pastikan anda minta menu beserta senarai harga. Catat harga makanan supaya anda tidak ditipu semasa pembayaran.

Kami tidak pernah kena. Tapi, tektik ini wujud di Istanbul. Aku pernah baca dan mengetahui daripada pengalaman orang lain. Tolonglah berjaga-jaga. Pergilah ke Restauran Malaysia di area Sultanahmet. Bukan sebab nak support orang kita. Tapi, tiada penipuan. Kalau nak makan jugak makanan orang tempatan, keluar daripada kawasan situ dan pergi jauh sikit.

Sila booking teksi menggunakan aplikasi iTaksi. Apa akan jadi kalau tak guna aplikasi tersebut? Kalau nak rasa ronda Istanbul tanpa disuruh boleh la. Sehingga la dia puas hati dengan bayaran yang dia nak kaut. Pemandu teksi akan ronda sejauh mungkin supaya meter bayaran meninggi.

Jika anda memanggil teksi dengan apps iTaksi, jumlah bayaran sudah tertera di phone. Dan pemandu tak boleh pusing merata sebab kita boleh trace setiap jalan yang dilalui.

Simcard yang didaftar atas nama kita akan digunakan kepada orang lain. Macam mana tu? Untuk yang datang seminggu, tak rasa apa. Bagi yang menetap lama, maklumat anda disalah gunakan.

Anda berkemungkinan mempunyai dua nombor telefon berbeza atas satu nama sedangkan anda hanya beli satu simcard sahaja. Macam mana anda boleh tahu? Tiba-tiba mesej telekomunikasi akan mesej memberitahu untuk membuat bayaran. Sedar-sedar, dah kena denda 3000 TL.

Bagi yang niat nak tinggal lama di Istanbul. Lama tu dalam tempoh 3 bulan, 6 bulan atau setahun. Inilah kisah paling tragis jika anda tidak bernasib baik.

Aku pernah ceritakan dalam entri Rumah sewa kami di Istanbul, Turki. Klik dan baca dulu baru faham term aku pakai di entri ini.

Takde satu pun kisah scam dalam tu. Macam tak kena nak ceritakan kat situ sedangkan orang nak cari rumah kan. Karang tak pasal-pasal cancel. Hehe

Emlakci kami ni seorang yang kaki paw. Dia kenakan bayaran sepatutnya, dan dalam masa yang sama mencipta bayaran yang tidak wujud. Contohnya bil api, air dan internet. Ni perlu buat sendiri. Tapi, disebabkan kita tak ada ikamet (permit residen) maka boleh guna ikamet sesiapa pun.

Emlakci janji akan guna ikamet dia untuk sambung segala perkhidmatan utiliti. Tapi, sebenarnya tidak. Hanya ambil duit sahaja semata-mata. Duit deposit mungkin tidak dikembalikan. Ini biasa sangat berlaku. Bukan semua emlakci sama perangai. Cuma, sebahagian besar, ya. Maknanya, ramai sebenarnya yang suka ambil kesempatan terhadap foreigner. Kalau orang tempatan, maunya dia berani buat macam ni. Kena sembelih la jawabnya.

Report polis? Banyak kes tidak berpihak kepada foreigner. Malah, lebih rumit. Jika anda boleh berbahasa Turki, ini baru boleh buat aduan. Sebabnya senang nak berurusan. Kalau tak, rasanya anda akan diputar belit oleh emlakci.

Ada orang yang datang menyewa bernasib baik. Betul la. Bukan semua emlakci sama perangai. Syukur alhamdulillah jika anda bertemu dengan orang yang ada iman. Doakanlah anda dipermudahkan segala urusan.


Aku cerita apa yang dialami dan diketahui sahaja. Ada lagi ke? Kalau aku ingat, aku tambah lagi.

Sesetengah orang tu, dia memang tunggu foreigner untuk diambil kesempatan. Bukan semua. Tapi ada. Beringat-ingatlah.

Aku pun ada perasan, yang orang kita ada yang dikhianat oleh orang tempatan. Tapi, yang dikhianat macam tak perasaan dia telah pun dikhianati. Innocent betul….

Elok juga. Takde la dia sakit kepala. Masalahnya, hal ni memberi banyak peluang kepada mereka yang tidak bertanggunjawab ni melakukan berulang kali. Dan, membabitkan bakal yang datang ke sini.

Bukan mahu mengajar. Sekadar berkongsi pandangan dan pandai-pandai la menempis balik orang macam ni. Macam ni Sultanahmet. Selama 4 jam duduk di area situ, hampir 10 orang datang nak scam dengan kaedah yang sama.

Tapi tak berjaya sebab dah masak. Sama dengan emlakci tu. Aku pun dah pandai pusing balik bila dia nak kenakan kami. Bolayan.

Ok. Setakat ini sahaja. Ada pape, sila komen di bawah ya.

1 thought on “Pengalaman kena scam di Turki

Leave a Reply