
Membeli-belah di Spice Bazaar, Istanbul Turki
Aku nak ceritakan sikit pengalaman aku selama menjadi Personal Shopper buat orang Malaysia. Sengaja aku kutip pengalaman ini sebab tau dah. Lepas balik ke tanah air nanti tak nyempat dah aku nak buat dua pekerjaan dalam satu masa.
Personal Shopper ni takde dalam bayangan akan jadi. Bermula daripada suka up status pasal kopi, sehinggalah orang mintak tolong beli dan poskan ke Malaysia. Pada awalnya aku menolak sebab aku bukan seorang reti berniaga. Aku ni orang yang makan gaji. Ikut je arahan dan buat. Tu je aku tau selama 15 tahun ni.
Dipendekkan cerita, aku cuba dan alhadulillah. Entah berapa kali aku dan suami duk ulang alik ke Eminonu ni duk beli kopi je.
Baik. Back to the title, anda yang akan ke sini perlu berhati-hati. Sini ramai betul peniaga yang suka menipu. Pelbagai tektik penipuan. Ada yang letak harga lain, bila time bayar dah jadi lain. Timbangan tidak tepat. Harga tidak masuk akal. You are my family. Tak beli you just only my brother. Macam-macam.
Bagi aku, anggap la kita sedang bertempur. Biasa la tu. Bukan semua orang ni hati baik. Tapi, ada je peniaga di sini yang sangat la ok. Cuma, aku nak berikan penekanan kepada yang suka menipu ni. Kalau korang terkena, memang berhuhu la jawabnya. Beli Baklava sekilo harga 1000 TL. Fuh… Syahdu duit tu melayang.
Aku tak pernah kena. Cuma tau je. Tu pun orang yang berpengalaman ceritakan sendiri. Spice Bazaar ni tempat agak lewat aku sampai biarpun dah berbulan menetap di Istanbul.
Bagi yang datang melancong, sinilah antara tempat pelancong suka lawat. Tapi kami, tidak. Kami tidak gemar membeli-belah. Tapi, disebabkan aku dah terbabit dengan urusan jual beli ni, terpaksa la aku buat research dulu.
Setelah banyak buat research, baru kami berani hala ke Spice Bazaar. Jadi, rentak penipuan tu dalam pengetahuan kami. Hanya perlu jalani praktikal je. Dah macam students tahun akhir jalani Latihan Industri. Haha
Semasa kami membeli-belah di sini, kami sudah sedia tahu sikit-sikit bahasa Turki. Setakat perbualan untuk urusan jual beli tu boleh la paham. Sebab dah biasa kan.
“Kaç para?” “Berapa harga?”
“Ne kadar?” “Berapa jumlah?”
“Yirmi Lira? “Dua puluh Lira?”
Contoh aku bagi tu ayat kebiasaan guna. Malas aku nak senaraikan panjang-panjang ayat lain. Korang nak tau, pakai google translate jela ek. Biarpun akan jahanam jugak translation dalam GT tu. Hihi
Kebiasaan negara yang mempuyai bahasa sendiri pasti akan bercakap sesama mereka menggunakan bahasa sendiri kan. Bila korang bercakap English dengan mereka, mereka pasti berbincang dengan bos atau kawan dalam bahasa ibunda. Takyah jauh. Dalam Malaysia kalau ke kedai Chinese pun sama kan. Waktu ni la mereka bincang nak naikkan atau apa-apa la untuk kenakan kita (Ni aku refer di Istanbul)
Untuk bercakap bahasa Turki aku memang tak pandai. Jadi, bila berurusan, aku akan berbahasa Inggeris. Mereka yang berniaga di Spice Bazaar ni sememangnya pandai sangat berkomunikasi dalam Bi.
Kami ni mintak nak diskaun. Peniaga ni balas, “One moment. May I ask he first.” He tu merujuk bos dia kot. Diorang bincang samada nak kekalkan harga biarpun dah dijanjikan diskaun. Kami ni macam la tak paham…
“Biz Türkçe biliyoruz. Ama konuşmuyoruz.”
“Kami tau Bahasa Turki. Tapi taktau bercakap.”
Ayat atas tu hanyalah Level A1 je. Setakat tu je aku belajar. Jadi, agak ringkas dan seolah ayat budak tadika je.
Terus sembang Bi campur Turkish dengan kami. Adududu…. Harga pun murah je mereka bagi kami. Awal tu tercekik air liur jugak bila dengar harga diberi.
Jadi, bukan nak berlagak kami tau bahasa Turki. Takat aras bodoh-bodoh tu je. Cuma nak bagitau, anda perlu extra berhati-hati. Ada je mereka yang jujur dan baik. Takde cakap banyak, terus bagi harga sebagaimana dibincangkan. Keluar resit pun tak tipu-tipu.
Apa pun, aku suka datang ke Spice Bazaar kerana tempat ini agak happening. Menampakkan budaya Turki dengan lebih dekat. Sini pun mudah nak pergi dengan menggunakan public transport. Hanya pakai Istanbul Kad. Tip je dengan jumlah kredit dalam kad tu.
Jangan takut pulak ke sini. Datang la dengan bersederhana. Setiap tindakan yang melampau akan membawa kerugian. Contohnya membeli-belah mengikut nafsu yang langsung bukan keperluan. Bersederhana lebih baik.
Aku habiskan entri ni dengan satu nasihat. SILA BUAT RESEARCH HARGA DULU! Bandingkan la dulu harga dengan kedai-kedai berdekatan. Tanya dulu kawan-kawan yang pernah pergi berapa harga yang dibeli dulu.
Peniaga di Spice Bazaar ni ramah. Terlebih ramah sebenarnya. Pandai-pandai la ek. Wassalam.
- Trip Indochina – Kembara Phnom Penh, Kemboja // Day 3
- Trip Indochina – Menaiki bas ke Phnom Penh, Kemboja // Day 3
- Trip Indochina – Bermula di Ho Chi Minh, Vietnam // Day 1
- Trip Indochina – Cara nak melawat Cu Chi Tunnels Ho Chi Minh // Day 2
- Perbelanjaan lebih murah di Wilayah Narathiwat – Day 3