TURKIYE
Persediaan berpindah ke Istanbul Turki – Episod 2

Persediaan berpindah ke Istanbul Turki – Episod 2

Aku niat nak buat episod je memandangkan kisah proses ni terlalu panjang. Tempoh buat ni pun makan masa berbulan-bulan. Mana mungkin pendekkan dalam satu video je kan. Baik. Untuk Episod 2 kali ni aku ringkaskan apa yang dibuat.

Sebelum ni kami ada cakap yang rumah perlu dijual disebabkan nak berhijrah. Ramai jugak yang respon bagitau sayang la rumah sendiri. Takyah jual la… Memang kena jual sebab siapa nak tengokkan sampai setahun kami di Turki?

Keluarga kami jauh. Ramai di Kelantan. Jauhnya tempat tinggal kami mengambil masa 6 jam. Ibu bapa kami dah tua. Tak daya mereka nak berulang jauh. Adik beradik sibuk bekerja. Mereka ada komitmen nak diuruskan sehari-hari.

Lagipun, perabot kami banyak. Bayangkan kalau tinggal setahun. Bagaimana rupa semua barang tu?

Senang cerita, jual. Berpindah dalam keadaan kosong. Takyah nak fikir apa dah harta di Malaysia. Bawak diri dengan beg baju sorang satu je.

Seminggu tempoh tanda tangan dengan peguam, kami ke pejabat tanah untuk tanda tangan pula borang 14A. Kira nak pindah milik kepada pembeli.

Mudah je pakai ajen sebab takde dokumen perlu dibawa bersama. Dia yang uruskan daripada mula perbincangan, pengiklanan, jurucakap dan menyediakan khidmat peguam. Mudah.

Lagipun, kami ni dah sibuk betul dengan persediaan lain. Hal kelulusan bercuti pun belum dapat. Semak betul. Padahal itu yang paling penting untuk keluar negara sebagai kakitangan awam.

Nak cuti tanpa gaji je pun. Kemain susah. Memang la… Kami kan pekerja. Kena akur dengan akur janji yang dibuat awal bekerja dulu. Sabar. Allah suka orang yang sabar.

Bila dah jual rumah, kena la jual sekali dengan perabot. Ouh, aku tak sekalikan dengan penjualan rumah. Perabot ni kami jual asing. Jual sendiri je. Kami muat naik jualan perabot kami ni di status Whatsapp dan Page Fb tertentu sahaja.

Sebab tu la ramai kawan taktau. Ada je yang bertanya. Lebih-lebih lagi kawan yang save nombor phone kan. Status kita akan keluar di Whatsapp status. Aku jawab dengan memberitahu belum masanya untuk dijelaskan. Kami sedang sibuk menguruskan banyak hal dan akan diumumkan dari masa ke masa.

Dah macam orang instafamous pulak kan. Poyo la ko Nala! Bukan. Haha Kita kena fokus dalam menyelesaikan tugasan. Kalau duk sibuk jawab soalan orang, bila nak siap?

Lagipun, biarlah jadi keluar dulu baru bagitau. Ni, awal duk canang nak pergi. Tapi tak pergi lagi. Cerita dah basi. Huhu

Ok, sila tonton kisah kami ni di channel youtube Ralit. Lebih nampak jelas. Tak faham boleh inbox aku. Jangan lupa tekan SUBSCRIBE!

Leave a Reply